Aku ni jenis tak suka balik kampung sebab malas nak jalan jauh tapi disebabkan masa tu cuti raya dan family aku paksa jugak aku ikut .
Aku yang duduk di kuala selangor terus bergerak balik ke kampung yang berada di Felda Trolak Selatan, Perak. Setelah sampai di kampung pada waktu itu sudah senja dan terus je masuk mandi dan solat maghrib. Lupa nak bagitau yang aku ada seorang sedara yang satu kepala dengan aku jadi nak dijadikan cerita sedara aku ni jenis mulut tempayan dan acah-acah berani, Lepas je makan malam sedara aku ni ajak la gi belakang rumah untuk halau nyamuk, biasalah remajakan belum dapat lesen dari yang dipertua jadi aku terus pergi ke belakang rumah sebab semua family aku yang balik ada dekat depan borak lama tak jumpa.
Belakang rumah nenek aku ni dusun buah jadi banyak la pokok tinggi, aku dengan sedara aku ni teruskan la niat nak halau nyamuk dan tiba-tiba angin yang tadinya bertiup perlahan menjadi lebih kuat dan sejuk diiringi kabus. Aku ni duduk bercangkung dan sedara aku berdiri berhadapan aku menghadap ke arah dusun dan ternampak apa? Sedara aku ni nampak satu lembaga putih atas pokok durian dan aku yang perasan dia dari tadi tak berkelip mata terus je tegur “weh Ayid kau dah kenapa?”. Nama sedara aku ni aku panggil Ayid lupa nak bagitau jadi kita sambung.
Lepas je aku bertanya dia terus bagi isyarat muncungkan mulut dan berkata “kau nampak tak apa yang aku nampak atas pokok tu?” Lepastu aku yang selamba bodohnye menoleh ke belakang dan terus je melontarkan kata-kata dengan selamba “ye aku nampak benda putih tu” bukan acah berani tapi bila sel otak bsrhubung terus terlepas dan masa aku toleh balik sedara aku dia terus hilang ,Banana betul kena tinggal sorang diri . Aku apalagi terus lagi tak pandang belakang dan masa tu la baru aku rasa cuak nak mati.
Cerita ni bukan sampai kat sini je ada lagi. Malam yang sama jugak aku dengan sedara aku ni lepak dekat berandar rumah sedara aku bagi cadangan untuk tidur di luar sebab ramai orang penuh satu rumah maklumlah adik beradik emak ramai jadi aku ikut jela. Malam tu aku tidur berempat aku, Ayid, abang aku dan juga sorang lagi adik sedara aku.
Malam tu aku dengan Ayid belum tidur sebab layan youtube cerita seram kalau tak silam jam masa tu dah pukul 2 pagi, abang dan sorang lagi sedara aku dah tidur. Tengah syok layan movie kat youtube sedara aku yang bebal ni tegur “wey bau apa ni macam bau bunga” aku pun jawab la “aah la macam bau air bunga mawar”. Kalau korang nak tau air bunga mawar tu air yang disiram dekat mayat lepas dikafankan, dengan tindakan bodoh nya si Ayid ni tegur “wangi-wangi tengah malam ni nak kemana?” Terus bau tadi hilang dan bertukar jadi bau busuk dan hanyir, aku pun apa lagi terus kejutkan abang dan sedara aku untuk tidur di dalam tapi yang bestnya orang yang tegur tu lari dulu, nasib baiklah takda apa yang jadi.
Keesokan malamnya pula kitorang masih tidur kat luar lagi tapi malam ni berdua ja, dan malam tu juga la paling seram . Macam biasa aku buat aktiviti aku yang biasa layan movie kat youtube jam menunjukkan pukul 2.30 pagi, aku dengan yid dah rasa mengantuk terus je tidur. Tak sampai satu jam kami tidur si Ayid ni terbangun sebab dengar bunyi orang main congkak dekat atas bumbung dia terus kejutkan aku, “Naz, kau dengar kan?” Aku yang tengah mamai terus jawab “jangan tegur tidur je” . Belum sempat nak baring tiba-tiba zink bergegar macam ada sesuatu yang goncang mula-mula perlahan seperti memberi tanda untuk memulakan sesi perkenalan. Macam yang aku cakap sedara aku ni acah berani dan terus je tegur benda tu “woi hang ingat kami takut ka dengan hang!!” …..bum bam bang bumbung zink meletuk seperti diketuk dengan kuat dan yang tadi perlahan menjadi semakin rancak yang menandakan benda tu marah, mana taknya kena sound dengan budak “kerek” Aku terus terbangun melompat terkejut sebab bunyi tu, aku tengok Ayid dah berlari tak cukup tanah nak masuk kedalam seperti biasa aku ditinggalkan lagi.
Selepas je kejadian malam tu sedara aku terus demam dan aku tak jadi apa-apa sebab aku ni je jenis penakut, alhamdulillah tak jadi pape.. jadi itu je cerita dari aku okey lupa nak bagitau yang kawasan rumah aku tu keras sebab dekat dengan kubur ramai yang nampak pocong, langsuir , kak ponti , hantu kebaya merah dengan payung kubur pun ada tapi yang last tu paling rare yang bertuah je dapat jumpa. Sampai disini saja cerita saya terima kasih dan minta maaf kalau cerita ni tak berapa seram bagi korang.. Cuma waktu terjadi tu dah cukup seram bagi aku…sekian…