DI jalan yang amat sunyi pada waktu petang, sebuah kenderaan sedang menyusuri jalan tersebut.
“Adik, kau dah call ibu belum kita nak balik ni?” “Tak payahlah bang, kita buat surprise kat ibu ayah lah. Kita balik je”. Adam teruskan perjalanan bersama adik perempuannya Lucy yang baru habis final exam untuk sem keduanya di sebuah universiti. Mereka berbual dengan rancaknya menanyakan khabar masing-masing kerana sudah lama mereka tidak berjumpa.Dari kejauhan mereka terdengar bunyi hon dari sebuah kenderaan yang masih jauh di belakang mereka tapi honnya amatlah kuat. Kenderaan itu dipandu dengan laju sekali. Apabila kenderaan itu semakin menghampiri, mereka dapat lihat ianya sebuah lori seperti lori pembasmi serangga tetap hanya berwarna hitam dan agak yang menyeramkan. Adam memperlahankan keretanya untuk memberi laluan kepada lori tu untuk potong dia.
Tetapi, semakin hampir lori tu dengan kereta mereka, Lori tu hon dengan kuatnya dan terus merapatkan lori di dengan kereta adam. Dia pandu serapatnya-rapatnya dengan kereta Adam sambil hon dengan kuatnya seperti mengarahkan Adam untuk ketepi. “Apahal mamat lori belakang ni gila ke, potong jela aku dah bagi laluan potong jela gila” jerit adam sambil mengeluarkan tangan ke luar tingkap untuk memberi isyarat supaya potong.
Tetapi lori tu masih hon dengan sekuatnya dan pandu serapat-rapatnya. “Adam, ketepi jela. Bagi orang gila gila ni potong ketepi je. Aku takutlah” jerit Lucy sambil menepuk-nepuk bahu Adam “Kan dah ada laluan dia, aku dah bagi pandai-pandailah potong”. Adam mengalah dan terus ketepi masuk ke semak kerana takut jadi apa-apa. Lori tersebut terus memotong dan meninggalkan mereka. Adam mengeluarkan tangan dia dan menunjukkan isyarat lucah kepada lori tersebut. Adam dan Lucy cuba bertenang sebelum meneruskan perjalanan. Intan nampaknya amat terkejut dengan peristiwa yang berlaku tadi.
Setelah betul-betul mereka bertenang mereka pun teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah keluarga mereka.
Selepas 30 minit mereka jalan, mereka terlihat ada sebuah rumah kosong di celah pokok-pokok yang agaknya menyeramkan. Apabila mereka memerhatikan rumah tersebut, mereka perasan lori tadi di tepi rumah kosong tersebut.Mereka memperlahankan kenderaan mereka untuk memerhatikan lori tersebut. Pintu belakang lori dibuka, keluar seorang lelaki berjacket panjang hingga ke lutut dan memakai topi cowboy membawa sebuah benda berbungkus warna putih dan mempunyai tompok-tompok merah dari jauh kelihatan seperti mayat yang dibungkus.
Lelaki itu membawa bungkusan tersebut ke sebuah lubang di tepi rumah kosong itu dan membuang bungkusan tersebut. Lalu lelaki berjacket tu terus memusing pandang ke arah Adam dan Lucy yang sedang khusyuk memerhatikan dia. Adam dan Lucy yang terkejut terus memandang ke tempat lain dan Adam terus menekan minyak. “Lucy, kau nampak tak apa yang aku nampak, bungkusan tu ade tompok-tompok merah. Aku rasa tu manusia lah” “Habis tu, Adam kau jangan fikir bukan-bukan Adam. Aku nak balik cepat dam. Aku takut lah” Adam terus berhentikan kenderaan di tepi-tepi semak. “Adam, apa ni jangan cakap kau nak amik tau pasal bungkusan tula. Pusing baliklah. Aku nak balik.” “Sabarlah aku nak buang air kecik haha” Adam kelaur dari kereta dan terus ke celah-celah semak.
Selesai melepaskan hajat, Adam menuju ke kereta dan nampak lori tu berlalu pergi di hadapan mereka. Adam dan Lucy saling berpandangan. “Ini chance kita lucy, aku nak tau apa ada dalam lubang tu aku nak pusing and tengok apa ade dalam lubang tu” “Kau gila ke Adam, kau tak nampak ke lelaki tadi tu. Kalau dia balik kita mati dam. Kau taknak jumpa mak ayah ke.” “Aku janji sekejap je, kita tengok apa patut then terus blah. Tak lebih 10 minit aku janji.” Lucy berfikir sejenak “10 minit Adam, 10 minit. Lepas tu kita blah terus balik” Adam dengan excitednya masuk ke kereta dan pandu terus ke rumah kosong itu.
Sampai ke rumah kosong itu, memang rumah itu amatlah seram dan Adam parking keretanya betul di depan lubang itu. Adam dan Lucy keluar dari kereta dan menjenguk ke dalam lubang tesebut. Lubang tersebut nampak seperti lubang paip yang besar yang menuju ke bawah tanah. “Lucy amik lampu suluh kat belakang kereta” Lucy menghulurkan tersebut kepada Adam. Adam memanjat paip tersebut dan meminta Lucy untuk memegang kakinya. “Adam, kau nak buat apa ni tolong lah adam, aku nak baliklah” Adam hanya mendengar dan masuk lebih dalam untuk menyuluh lubang itu sambil Lucy memegang kaki Adam dari belakang.