Kenapa Tinggalankan Aku

128 2 0
                                    

Zaid, Hashim, Azlan serta Muiz merupakan sahabat baik. Mereka amat suka aktiviti lasak iaitu hiking. Sudah banyak tempat yang telah mereka daki. Masing-masing ada kisahnya yang menarik dan lucu. Kali ini mereka berempat berpakat hendak mendaki di sebuah bukit. Mereka menetapkan tarikh pertemuan untuk membincangkan aktiviti mereka. Mereka sepakat melantik Zaid sebagai ketua kumpulan. Itu penting sebab hanya seorang yang akan mengarah dan menjadi rujukan jika ada masalah. Tugas ketua bukan untuk di banggakan tetapi pandai mengawal keadaan jika berlaku sesuatu dan dalam kesemua mereka, Zaid lah yang paling layak.

“ Aku dah bertanya dengan seorang ustaz tentang hiking. Katanya bila berada di dalam hutan, jangan di potong dahan sesuka hati. Jangan di rosakkan pokok dengan sewenang-wenangnya sebab bukan kita saja yang berada di dunia ini. Kita kena menghurmati makhluk lain.” Kata Zaid sebagai ketua. Rakan-rakan yang lain sibuk mencatat.

“ Satu lagi pesan ustaz ialah jaga pertuturan kita. Yang penting jangan lupa Allah. Bila masuk waktu solat, kita solat” Pesan Zaid lagi
“ Aku setuju dengan kata-kata Zaid tu. Pesanan tu amat penting kita ikut.” Muiz mencelah.
“ Hashim…Pendapat kamu macam mana pula. Takkanlah diam saja.” Tanya Muiz
“ Aku ikut saja tapi jangan risau dan dok fikir benda yang bukan-bukan. Kita nak berseronok, jangan di takutkan pula.” Kata Hashim.
“ Bukan nak takutkan kawan-kawan. Kamu semua dah lantik aku sebagai ketua dan aku hanya menjalankan tugas aku sebagai ketua yang baik.” Kata Zaid sambil tersenyum.

Dia tidak pernah merasa hati dengan sikap kawan-kawan. Dia mengambil sikap positif.
“ Azlan sebagai tukang masak kita dan kita hanya bantu dia saja.” Masing bersetuju Azlan sebagai chef mereka sebab Azlan memang pandai bab masak. Gambar yang di tunjukkan di dalam FB begitu lazat sekali. Mereka bersepakat mendaki pada Jumaat malam. Perjalanan ke tempat hiking mengambil masa 3 jam perjalanan. Meredah highway dan bukit. Masing-masing sudah tidak sabar untuk mendaki. Terbayang bila mereka berada di puncak bukit. Pemandangan bandar ketika waktu malam sungguh cantik. Tiba masanya, sebelum bertolak mereka akan membuat semakkan takut ada barang yang tertinggal.
“ Pastikan semua barang lengkap.” Pesan Zaid
“ Confirm kita 4 orang dan bukan 5 orang.” Gurau Azlan sambil tersengih.

“ Haha….Harap-harap kalau yang ke 5 ni orangnya cun. Barulah best.” Kata Hashim sambil ketawa geli hati.
“ Apa ni kawan-kawan. Kita belum bertolak lagi dah dok bergurau macam ni.” Kata Muiz.
“ Kau ni Muiz takut sangat. Relax la.” Perli Hashim sambil menepuk bahu Muiz. Muiz hanya mendiamkan diri. Malas dia nak bertekak dengan kawan-kawan. Mereka hanya nak berseronok dengan aktiviti. Kalau bertekak memang aktiviti jadi tidak best. Dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Jalan di hadapan tidak nampak. Mereka mengambil keputusan berhenti di tepi jalan. Sambil menanti hujan reda, mereka berbual kosong.
“ Korang pernah dengar tak kisah bukit yang kita nak daki ni. Pernah ada terserempak dengan makhluk macam bigfoot.” Azlan membuka cerita
“ Sebab itulah kita jangan cakap besar bila masuk hutan. Dalam hutan tu macam-macam makhluk ada. Itu kata ustaz la.” Muiz mencelah
“ Kalau aku jumpa, aku nak minta tandatangan dia.” Gurau Azlan
“ Apa ni Lan. Jangan cakap macam tu la. Kita belum lagi daki.” Tegur Hashim
“ Alaa…Dah la. Lan bergurau ja tu.” Zaid meredakan suasana walaupun dia sendiri tidak bersetuju dengan gurauan Azlan tapi baginya api jangan di siram dengan minyak.

“ Hujan dah reda. Jom kita bergerak.” Kata Zaid yang memandu kereta Avanza. Dia memainkan lagu agar mereka tidak kesunyian. Kawan-kawan yang lain telah terlelap. Zaid terus memandu keretanya sambil melayan lagu-lagu. Tiba-tiba dia brek agak mengejut. Kawan-kawan yang lain terjaga.
“ Kenapa Zaid. Ada apa berlaku.” Tanya Azlan
“ Ni ada 2 simpang. Kita nak masuk simpang yang mana satu. Penunjuk arah pun tiada.” Kata Zaid. Masing-masing terdiam.
“ Jap aku tengok google maps.” Jawab Hashim lalu menekan di skrin hp
“ Dia tunjuk kita belok kiri.” kata Hashim
“ Don’t worry…Kita ada teknologi. Tak boleh sesat punya.” Gurau Muiz. Kesemua mereka ketawa.

Kereta terus meredah jalan yang kiri kanannya di penuhi hutan.
“ Aku rasa nak buang air la.” Kata Hashim
“ Alaaa…Buang tepi jalan dah la. Bukan ada orang pun. Kami tak tengok pun.” Gurau Azlan
“ Jangan buat pasal ooo dalam hutan. “ Kata Zaid
“ Hehe…kau ni Zaid tak habis-habis dengan paranormal kau.” Perli Azlan
“ Zaid…Depan tu seperti ada warung.” Kata Hashim. Akhirnya Zaid memberhentikan kereta Avanza. Hashim terus meluru keluar dan berlari ke arah belakang warung. Mungkin dia sudah tidak tahan sangat. Mereka bertiga hanya menanti di dalam kereta. Akhirnya mereka melihat Hashim berjalan menuju ke arah mereka dan masuk ke dalam kereta.
“ Dah lega…” Tegur Zaid. Hashim hanya tersenyum. Kereta Avanza terus bergerak. Dalam perjalanan Hashim lebih banyak mendiamkan diri.

“ Shim. Tandas tadi ok tak. Aku nampak macam tak ada orang.” Tanya Muiz. Namun Hashim lebih banyak tersenyum
“ Kau ni Hashim dah kenapa. Asyik-asyik tersenyum. Dah buang tabiat ke.” Tegur Azlan. Tiba-tiba terdengar bunyi mesej di talipon bimbit Zaid.
“ Allahu Akbarrr….” Tiba-tiba Zaid menjerit.
“ Kenapa Zaid. Berita family kau ke.” Tanya Muiz. Zaid menghulurkan talipon bimbitnya kepada Muiz lalu Muiz melihat. Ia mesej dari Hashim
“ Kenapa tinggalkan aku. Tak guna kamu semua. Aku keluar dari tandas. kereta dah tak ada.” Muiz menghulurkan talipon bimbit kepada Azlan lalu azlan membacanya

“ Allahhhh….Jadi sebelah kami ni siapa.” Tanya Azlan. Namun Hashim masih tersenyum dan kali ini dia terus menyeringai…
“ Aku nak ikut kamu…haha…” Dalam suara makhluk yang menyerupai Hashim. Zaid terus menekan brek bila tersedar kereta mereka telah memasukki ke dalam belukar. Mereka terus meluru keluar dan lari. Dari jauh mereka melihat cahaya lampu dan akhirnya sebuah lori menghampiri mereka. Mereka cerita apa yang telah berlaku dan lori membawa mereka kembali ke tempat Hashim ke tandas.
“ Betul ke bang tempat yang kawan kamu berhenti buang air. Kami kerap melalui jalan ini. Hanya ada rumah usang yang hampir roboh saja.” kata driver lori dan akhirnya mereka tiba di tempat tapi sudah tiada warung yang terang benderang. Kelihatan Hashim berdiri dengan wajahnya yang pucat.

“ Apa jadi ni Zaid. Tadi kita nampak warung terang benderang. Bila aku keluar dari tandas tempat ini menjadi gelap gulita dan hanya kelihatan rumah usang yang hampir roboh.” Cerita dari Hashim. Zaid mengajak Hashim masuk ke dalam kereta dan dalam perjalanan mereka mencari masjid berdekatan untuk bermalam, Zaid telah menceritakan segala apa yang telah terjadi. Mereka sepakat membatalkan aktiviti hiking dan esok mereka akan ke tempat kereta Avanza yang terbabas dan pulang ke rumah. Kejadian yang menimpa mereka, tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus hiking. Jiwa hiking mereka amat kental namun apa yang mereka pelajari ialah jagalah adap pertuturan. Allah nak uji sekejap saja.
Daripada Abu hurairah RA, daripada Nabi saw. Baginda bersabda.
“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam,” ( Riwayat Al Bukhari dan Muslim )

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang