Abang Angkatku

176 2 1
                                    

Aku nak berkongsi pengalaman dimana aku disihir oleh abang angkat aku sendiri . Ia berlaku ketika aku mencecah umur 15 tahun. Mula – mula sekali aku ingin bercerita macam mana aku boleh kenal dengan abang angkat aku . Aku nama kan dia sebagai Amirul (bukan nama betul ). Si Amirul ni anak kawan baik ayah aku . Selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan ayah aku mengambil keputusan untuk menjaganya kerana dia anak tunggal dan tiada saudara mara. Ketika ini dia berumur 17 tahun . Ini disebabkan ayah aku terhutang budi dengan ayah si Amirul ni. Kami sekeluarga menyayangi Amirul seperti darah daging kami sendiri . Makin lama aku mengenalnya aku makin lupa akan batas agama .

Contohnya selepas aku makin rapat dengannya aku makin selesa apabila berpegang tangan dengannya. Kami berdua juga sering keluar bersama-sama tanpa pengetahuan ayah dan ibu aku . Adik aku pula tidak berani untuk memberitahu ibu bapa aku kerana aku telah mengugutnya sekirannya dia memberitahu aku akan menbocorkan rahsia dia yang dia mempunyai kekasih tanpa pengetahuan ibu ayah aku .
Pendekkan cerita sudah 4 tahun kami tinggal bersama. Semakin lama rasa cinta itu muncul . Ketika itu aku sering bermimpi ular , kala jengking dan tidur bersamanya. Aku sering merasa kebas apabila solat . Malah aku dapat merasakan ada sesuatu yang melintas aku .

Suatu hari dimana ibu bapa dan adik lelaki aku pergi ke rumah nenek aku . Mereka akan bermalam di situ . Jadi ibu saudara aku menemani aku . Ia lh tak akan ayah aku nak bagi aku tidur serumah dengan abang angkat aku. Ketika itu kami berdua cuti sem . Salah satu sebab aku tidak pergi kerana aku deman jadi aku tidak larat untuk pulang ke Negeri Sembilan (kampung nenek aku) . Aku pening ketika waktu asar jadi aku pun menyuruh abang angkat aku ambik ubat deman dan hantar dalam bilik aku. Masa tuh ibu saudara aku belum sampai . Lepas aku makan ubat tuh aku tertidur dan bermimpi abang angkat aku melakukan benda yang tidak senonoh dekat aku . Bangun aku dari tidur dan istigfar. Apabila aku bangun sebahagian badan aku lebam dan lengguh . Aku merasakan macam ada yang tak kena dengan abang angkat . Disebabkan mimpi itu tidur aku tak lena . Keesokannya abang angkat aku mengajak aku untuk shopping tapi aku menolak permintaannya kerana perasaan takut dan deman aku tak sembuh lagi.Sebulan sudah berlaku deman aku tidak sembuh lagi namun makin teruk aku selalu muntah dan batuk . Kadang – kadang aku rasa ada sesuatu di bahu aku . Rasa sakit hanya Allah saja tahu .

Dengan izin Yang Maha Agung aku berjumpa dengan seseorang lelaki yang kini menjadi tunangku di universiti aku . Dia memiliki keistimewaan di mana dia dapat rasa kan yang aku disihir serta dia sering melihat lembaga di belakang aku . Dia membantu aku berubat dengan seorang ustaz iaitu ayah dia (bakal ayah mertua aku) . Kata adik aku ketika aku dalam proses berubat segala jenis suara keluar dan aku menjerit nama si Amirul . Ibu aku pula menahan air mata nya. Aku tak ingat sangat apa yang berlaku tapi lepas siap proses berubat tuh badan aku sangat lemah . Nak berdiri pun tak larat. Ustaz tuh cakap yang aku terkena sihir pengasih melalui angin seperti Amirul membaca ayat pengasih kepada aku . Selepat berubat aku murung dan rindu kan dia kerana ketika itu aku mencintainya.

Aku berharap kisah aku dapat menjadi iktibar supaya berhati hati walaupun kita kenal kerana kita tidak tahu niat seseorang itu. InsyaAllah sekirangnya cerita aku di siarkan aku akan bercerita apa terjadi terhadap Amirul sekarang dan cerita penuh kisah aku dan tunang aku bertemu dan bagaimana dia boleh merasakan aku disihir. Aku minta maaf jika ayat aku pelik.

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang