Arwah

154 1 0
                                    

Aku mempunyai rakan sedari kecil bernama Ari. Dia berumur bawah dari aku 5 tahun. Dia tidak berminat bersekolah jadi dia berhenti sekolah dari form 2 dan rajin mencari duit serta meniaga. So walaupun usianya muda diagak matang juga perangainya. Dia sangat mesra, baik dan hormatkan aku. Kalau dia nampak aku sensorang jea dimana mana dia akan temankan aku hingga aku sampai ke rumah.

Korang percaya tak bulan Ramadhan hantu, syaitan kena ikat?? Jadi korang takde bad thinking tentang ramadhan kan berkaitan hal mistik. 2 minggu sebelum hari raya aku balik ke kampung untuk menyelesaikan urusan persiapan raya untuk keluarga aku. Semua dah settle kecuali baju untuk abang aku selain baju melayu. Aku dah tak punya banyak masa, jadi aku mengajak abang aku ke rumah Ari saja memilih baju. Kami terus ke bilik Ari untuk melihat stok dan abg aku mengambil 2 seluar jeans. Aku tak punya tunai yang mencukupi. Aku minta untuk membayar sebelum hari raya. Ari berkata “Ambik jea dulu, nanti dah cukup duit baru bayar. Kalau tak dapat kira tak rezeki lar tu. Ari halalkan.” Ada keanehan pada ayat Ari tapi aku tak banyak fikir masa tu.

3 hari kemudian aku ader waktu bersengang dan curi curi balik rumah. Aku kirim pada abangku saja untuk membayar hutang Ari. Aku tak sempat menemuinya sendiri.
3 hari sebelum Aidilfitri tiba aku dah start bercuti, balik ke kampung. Aku memilih untuk menaiki bas kerana aku bersama dua lagi rakan menaiki bas yang sama, kami searah. Seorang akan turun di Batu 3 dan seorang lagi turun di Pekan Kuala Klawang. Aku?? Aku turun di Batu 8. Oleh kerana hari dah lewat petang aku memilih untuk turun dijalan yang paling cepat sampai antara 4 jalan. Tetapi jalan tu agak sunyi dan terpaksa melewati kawasan kubur kariahku dan tiada rumah dijalan itu hanya ada kawasan tanah lot yang dipenuhi pokok pokok cempedak dan semak samun.

Suasana kampung agak meriah tetapi tidak dijalan itu. Apa boleh buat disebabkan aku dah agak terlewat untuk mengejar waktu berbuka maka aku tiada pilihan lain. Hari merangkak senja ketika kaki aku melangkah turun dari bas dan melewati 3 buah rumah yang sudah tidak berpenghuni. Sewaktu aku baru nak melewati tanah perkuburan, nun kelihatan dari jauh kelibat Ari sedang berjalan. Sedang berjalan menuju ke arah aku. Aku amati betul betul. YA, BETUL ITU ARI. Aku menghela nafas lega kerana dalam keadaan itu Ari ada.

Dari jauh kelihatan Ari memandang aku dengan wajah yang tenang. Dia memakai baju melayu warna krim dan berseluar jeans. Mungkin dia nak berbuka dimasjid fikirku. Jangkaan aku meleset apabila tiada sapaan dari Ari seperti biasa. Senyum pun tidak. Rasa aneh menyelubungi aku bila Ari tidak bersikap seperti biasa. Dia hanya memandang aku dengan wajah yang tenang. Sangat tenang. Dalam otak ku mula diterjah pelbagai tangapan. Sehinggalah ketika dia melewatiku. Kami hanya saling berpandangan sesama sendiri. Mulut aku pun berat nak menyapanya. Sehinggalah dia beredar melepasiku. Aku tidak pula menoleh melihatnya.

Setelah usai solat dan ketika menyambung menikmati juadah berbuka, aku bertanyakan tentang Ari pada abangku.
Aku : Angah, ko dah bayar duit seluar lom.
Angah : Eh, dah lar. Dah lama bayar. Masa ko bagi duit lagi aku dah settlekan.
Aku : Betul lar nie ngah.
Angah : Pernah aku tipu ke?? Tak caya tanyalah mak.
Aku : Pelik lar tadi aku terserempak dengan dia. Tapi dia tak senyum pun. Nak kata marah pun tak. Tu tanya tu apekehalnya.
Angah : Ko kata ape??
Aku mengulangi percakapan.
Angah : (Ketawa) Ko biar betul Mas. Ko salah orang agaknya.
Aku : Ngah, dia lalu sebelah aku Ngah. Tak kanlah aku salah orang.
Angah : Mas .. Ari dah seminggu meninggal mas. Excident moto. Hari nie hari ke 7 lar nie dia meninggal. Kalau ko tak percaya juga jom pegi umah dia.
Aku tersentak. Terdiam. Terkedu. Terperanjat dan segala macam ter yang sewaktu dengannya. Ari kemalangan jalanraya dan mati ditempat kejadian 7 hari lepas atau aku yang bermimpi senja senja buta sambil berjalan.
Kenapa aku boleh jumpa arwah pada waktu itu?? Entahlah aku sendiri pun tak tahu.
Al Fatihah.
…………………………………
Kisah nie pula yang terjadi pada Ex aku. Yang lagi bagus aku gelarkan K jea ar. Masa tu arwah ayah aku ada lagi. Suatu hari K berkunjung ke rumah ayah ku atas satu urusan. Dikesempatan itu dia berkunjung ke rumah sahabatnya yang dah hampir 2 tahun tak diziarahi. Rumah sahabatnya itu dekat saja jaraknya. K ke sana hanya berjalan kaki. Mereka menonton bola dan K bermalam di rumah sahabatnya itu yang berdekatan dengan rumah ayahku. Segalanya seperti biasa.
Keesokan paginya pergi semula ke rumah ayahku. Menyelesaikan baki urusannya. Ketika mahu pulang K dapati kunci keretanya tertinggal di rumah kawannya. Dia berpatah balik ke rumah kawannya dan memberi salam. Hampir sejam K memberi salam dan mengetuk pintu tapi tiada jawapan dari sahabatnya itu. Akhirnya jiran sebelah rumahnya keluar dan menegur.
Jiran : Kenapa dik??
K : Akak ada nampak Azman keluar tak tadi??
Jiran : Azman?? (Mukanya berkerut)
K : Iyealah Azman. Malam tadi saya datang. Saya tertinggal kunci kereta dalam rumah. Nak balik nie tu datang nak ambil.
Jiran : Dik, azman dah setahun meninggal dunia. Kat depan nie lar dia meninggal. Mati tegak, tiba tiba jea. Dalam rumah nie pun dah kosong. Takada barang. Keluarga azman dah angkut semua barang barangnya balik ke kampung. Takada sesiapa tinggal kat sini dik. Kan ke besar kunci mangga nya tu.
K tak berpuas hati dia bermati matian nak masuk ke rumah tu. Akhirnya mangga pintu di pecahkan dan mereka masuk ke dalam. Kunci kereta terlihat tergantung di salah satu tempat penyangkut kunci yang berdekatan dengan pintu bilik pertama. Memang K menyangkutkannya di situ malam tadi.
Banyak tanda tanya yang tak terungkai dari kejadian tu. Kita hanya mampu membuat andaian saja. Jawapan sebenar hanya Allah saja yang tahu.

Sekian…

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang