Gelung Pepuyu

121 5 1
                                    

Baru hari ni aku ada kekuatan nak menulis kisah diri sendiri. Tetapi sebelum tu biarlah aku kenalkan diri aku sebagai Ms I. Aku merupakan seorang jurutera dan sekarang berkhidmat di salah sebuah syarikat di Shah Alam. Kisah yang aku nak kongsikan ini merupakan salah satu kisah benar yang terjadi ketika aku sedang menuntut di salah sebuah IPT di Lumut, Perak. Ketika menuntut di situ, aku telah mnyewa bersama-sama dgn 3 lagi sahabat yang sama fakulti dengan ku. Aku gelarkan mereka Ms H, Ms M dan Ms N. Nak dijadikan cerita, pengalaman seram ni belaku pada salah satu malam,tahun 2016 (tak ingat bulan berapa).

Waktu itu, aku bersama-sama dengan kawan-kawan serumah dalam perjalanan pulang dari Seri Iskandar ke Lumut. Kami sering ke Seri Iskandar kerana adik kepada salah seorang sahabatku, Ms H merupakan pelajar di salah sebuah universiti di situ. Jarak dari Lumut ke Seri Iskandar lebih kurang 1 jam dan kami bergerak ke sana sekitar jam 6 petang selepas selesai kuliah di kampus. Setelah berjumpa dgn adik sahabatku, kami terus buat untuk bertolak balik ke lumut selepas menunaikan solat maghrib di masjid berdekatan. Dan bermulalah detik seram ketika ini..

Sewaktu perjalanan pulang, hujan turun renyai-renyai dan rakan-rakanku hanya berbual kosong sambil menentukan lokasi di mana kami akan makan setelah tiba di Lumut nanti. Aku sebagai driver pada malam itu hanya fokus pada laluan perjalanan dan sekali sekala aku menjeling setiap papan tanda lokasi di sepanjang jalan yang dilalui.

Tiba-tiba mata aku tertangkap dengan satu papan tanda bertulis “GELUNG PEPUYU”. Dalam hati aku bercakap sendiri , “uniknya nama tempat ni’. Untuk pengetahuan semua, aku ni jenis yang suka cari nama tempat/bandar/kampung yang pelik-pelik. Aku suka search pasal sejarah asal macam mana tempat tu boleh dapat nama pelik camtu.

So waktu drive tu aku dah mula excited nak taw pasal sejarah nama “Gelung Pepuyu” ni. Tengah-tengah berangan tu tiba-tiba ada bunyi petir tunggal berdentum. Bunyi tu kuat sangat dan aku nampak petir tu betul-betul menghala ke depan kereta kami dalam jarak beberapa meter. Pelik jugak sebab selalu kalau hujan petir-petir ni mesti langit mesti dah macam lampu disco dah. Bercahaya terang. Tapi ni satu cahaya pun tak nampak dan tahu-tahu je dah berdentum bunyi nya. Kawan-kawan aku dalam kereta ni terus jadi sunyi sepi.sekejap. Tapi lepas tu diorang sambung membawang balik. Aku pun yang dok terkejut dengan petir dah mula boleh fokus balik bawak kereta.

Tapi tak lama!!! Aku terus drive macam biasa sampai la aku perasan dari cermin sisi ada benda berkibar-kibar dekat bahagian belakang sebelah kiri. Macam kain yang carik/ koyak rabak tersangkut. Dalam hati bercakap “Apa benda pulak yang tersangkut ni??” Aku terus tanya Ms M (waktu tu dia duduk belakang aku) nampak tak kain tersangkut kat cermin belakang. Dia kata tak nampak apa pun.

“Mungkin cahaya lampu berbalam-balam tu kot buat kau perasan macam kain” kata Ms M. Nak sedapkan hati aku pun fikir macam tu jugak la. Tapi lagi sekali “kain” tu berkibar tapi kali ni dekat cermin belakang kereta. Terus hati aku mula tak sedap.

Aku try nak clearkan “kain” yang ada dekat cermin belakang tu (masa ni aku bawak perodua kenari. Cermin belakang ade wiper).Dari cermin tengah tu aku boleh perhati wiper belakang ni mula-mula ok tapi makin lama makin tak lancar pergerakannya dan akhirnya wiper tu stuck. Aku cuba tajamkan mata nak tengok dari cermin tengah kenapa wiper tu tak boleh gerak. Adakah disebabkan “kain” tu punca wiper aku stuck? Pandang punya pandang sekali aku perasan macam ada benda bulat dicelah “kain” tu melekat kat cermin belakang .

Aku try intai lagi guna dan cuba teka apa yang aku nampak? Aku nampak ada kepala yang tengah melekat dekat cermin belakang kereta tapi dalam keadaan terbalik. Waktu tu tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku. Rasa macam satu badan aku keras. Sejuk sampai rasa ke tulang.

Aku bersyukur jugak aku tak terbabas sebab terkejut nampak “benda” tu. Aku terus tolak cermin tengah tu ke atas sebab tak nak tengok lagi “penumpang” kat belakang tu. Aku terus bagitahu kawan-kawan aku yang tengah seronok sembang, “Korang, kalau boleh jangan pandang belakang. Dengar apa-apa pun buat tak tahu je”. Tu je ayat yang aku mampu cakap waktu tu..

Kawan-kawan aku yang dok seronok sembang-sembang tadi terus terdiam. Diorang cuba tanya aku kenapa cakap macam tu tapi aku buat diam sepanjang jalan tu. Tiba-tiba aku teringat pesan mak aku, kalau terserempak dengan “benda” ni kat jalan, berhenti dulu dekat tempat yang ramai orang. Kebetulan kami terjumpa kedai makan dekat tepi jalan tu dan cuma ada 4 orang je dekat kedai tu.

Semuanya pakcik-pakcik tengah mengeteh. Kami terus berhenti dekat tepi kedai makan tu tapi kami tak turun dari kereta. Aku terus bagitahu kawan-kawan aku apa yang aku nampak. Tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang ke kereta sambil bawa air kosong segelas terus dihulurnya gelas tu kepada kami. Dia pesan balik nanti jangan balik rumah terus. Cari kawasan yang ramai orang, berhenti lama sikit lepas tu baru balik. Kitorang semua pandang pelik kat pakcik tu. Seolah-olah macam dia tahu apa yang terjadi pada kami.

Pakcik tu terus cakap sambil senyum “ biasalah tu mungkin dia nak tumpang jalan-jalan naik kereta kamu”. Dalam hati aku sempat pulak melawak pakcik ni. Setelah selesai menghabiskan air segelas tadi, kami terus meminta diri dan bergerak terus ke TESCO di Bandar Manjung dengan harapan biarlah “benda” ni tertinggal dekat TESCO ni. Bahaya sungguh kalau bawak kereta tiba-tiba ternampak macam-macam ni. Pada kawan-

kawan semua, mohon maaf kalau cerita ni tak seseram kisah anda semua. Tapi cerita sangat jadi pengajaran dekat saya dan kawan-kawan supaya kami berhati-hati ketika memandu lagi-lagi pada waktu malam. Sekian.

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang