Suami Kata Aku Sakit Mental

129 4 0
                                    

Sedikit pengenalan tentang aku : Aku Teha umur 25tahun; anak yatim; berkahwin dan mempunyai cahaya mata; puteri seorang; Arissa. Suami aku anak tunggal.

Semua nya normal sahaja sehingga la 1 hari, atuk sebelah suami aku sakit. Bilamana atuk dah sakit; mertua aku arahkan aku untuk menjaganya atas permintaan atuk sendiri. Aku akur sahaja. Lagipun aku memang suka jaga orang tua-tua.
Jadi aku cadang untuk jaga atuk dirumah aku sendiri atas alasan lebih selesa. Hari minggu tu aku dan suami pun bergerak awal pagi untuk ambil atuk kat rumah mertua. Sesampai disana, kelihatan atuk terbaring di ruang tamu. Aku memberi salam; dan berjumpa dengan atuk. Aku berbisik ditelinga nya; “atuk; teha ni; atuk ikut teha balik ya..teha jaga atuk” atuk masih tak bergerak dan masih kaku ; matanya juga tidak buka. Aku diamkan sahaja dan berfikir bungkus2 pakaian atuk dulu; segala ubat dan keperluan nya kemudian baru bangunkan atuk. Bila aku bangun untuk jalan ; kaki aku dipegang seseorang hampir2 sahaja tersungkur. Aku tengok atuk dah bangun dah dia cakap “lama atuk tunggu teha; sampai tertidur” aku hanya senyum sahaja.

Suami aku cadang lepas mgrib baru bertolak balik ke rumah kami, aku angguk setuju sahaja. Arissa putri aku langsung taknak dekat dengan buyotnya. Dia yang berumur 2 tahun masih pelat bercakap hanya sekadar berkata..”mi, tot” aku diamkan aje. Lepas solat magrib; aku mengaji surah albaqaroh smbil Arissa dipangkuan aku. Tengah sedap layan taranum; dengan tiba2 pintu bilik ditolak kasar, aku hanya menoleh dan sedikit terkejut sebab atuk yang tadinya lemah sekarang berdiri gah dimuka pintu beserta muka bengisnya..dan teriak ” diamlah hoi..menyalak aje kau ni dari tadi; rimas laa..rimasssss” Arissa dipangkuan terus menangis2, aku hanya diam terpaku. Suami aku datang; dipimpin tangan atuk ; terus diajak keluar. Atuk berdengus seakan marah betul. Aku cuba tenangkan Arissa yang ketakutan tu. Seusai itu; aku bersiap2 hendak bertolak pulang ke rumah. Aku lihat suami aku papah atuk untuk dimasukkan dalam kereta. Aku bertambah hairan dan berfikir “surah albaqaroh ke yg mmbuatkan atuk jadi sehat dan kuat” dan bila tak dengar dia jadi sakit” punya la nak positif time tu.

Sampai la dirumah kami; atuk yang tadi dipapah kini turun sendirinya dari kereta. Aku memandang suami dengan muka beribu soalan. Suami hanya tersenyum kelat. Segala barang dipunggah dan dimasukkan ke bilik tingat bawah. Supaya senang atuk nak ke tandas or minum air; dapur pun dekat. Btw rumah aku 2 tgkat. Katil dari awal2 aku dah siapkan. Atuk menyuruh kami masuk dulu; atuk ada kerja katanya. Aku tak benarkan . Yela..atuknya kejap ok kejap tak mahunya aku tak risau kalau dia ditinggalkan sorang2 diluar rumah. Dengan tiba2 atuk kluarkan kain merah dr poket sluarnya dah macam sup bunjut bentuknya. Dia buka dah tabur2 something depan pagar rumah; jalan depan rumah depan beranda; bahkan depan pintu utama masuk ke rumah. Arissa yang sedang tidur di bahu aku; bangun dan menangis tak berhenti2. Atuk dengan bahagianya berkata”masih berguna kau ya” sambil berkata di depan pintu rumah yg kosong tiada sesiapa sebab aku dan suami berada dibelakangnya. Aku dah mula tak sedap hati terus masuk ke rumah ; dan buka cd player surah al baqaroh. Aku tak pasti kenapa tapi setiap kali takot atau rasa tak sedap hati memang surah ni yang akan aku cari dan surah ni akan selalu aku buka tiap kali Arissa nak tidur bahkan dari Arissa berusia 1 hari dihospital. Atuk yang tadinya hendak melangkah masuk; terhenti dan suruh aku tutup atau aku dan suami harus menghantarnya semula ke rumah mertua. Aku hanya memandang suami dah terus berlalu naik ke tingkat atas sambil buka surah tersebut diphone tanpa mengendahkan nya. Yang pasti suami aku ttup cd play aku. Geramnya lahai..

Seminggu berlalu dan sepertinya atuk makin uzur sehinggakan atuk terpaksa pakai pempers. Tapi pada jumaat malam sabtu itu (12/07/19); dengan tiba2 sedang syok tidur, hidung aku terbau 1 wangian. Aku tak pasti apa; tapi bau yang bercampur asap. Aku kejut suami; tapi mungkin terlalu penat dia hanya mengangguk dan smbung tidur. Aku tak puashati turun ke bawah..dan apa yang mengejutkan aku; atuk tengah pegang keris yang berasap2 dan bau wangi tu datang dari asap. Aku diamkan diri dan perhatikan; atuk seakan bersilat dan yang membuatkan aku bagai nak lari ialah atuk potong lidahnya guna keris tersebut smbil mghadap ke aku. Allahu Akbar..lutut rasa dah goyang tak tahu nak lari atau nak jerit. “ALLAHU AKBAR” itu je yang dapat aku ucap “top” blackot …aku menggigil2 panjat anak tangga ke bilik aku; apa yang aku perasan atuk seakan merangkak naik anak tangga mengikuti aku. Hanya Allah yang tahu perasaan aku yang macam nak gila jerit tapi suami aku tak dengar. Aku rasa macam makin aku naik anak tangga; rasa macam jauh dari bilik aku. Macam aku dah ke alam lain. Nafas aku makin sesak dek bau wangian asap makin hampir. Atuk makin hampir dan cakap”aku ingat kau boleh bantu aku; tapi kau banyak menyusahkan aku; merimaskan aku,aku nak bagi pengajaran yang kau tak akan lupa sampai bila2!!”Allah; Allah; Allah..Yang terlintas di otak aku hanya surah albaqaroh ayat 102. Berulang2 aku baca. Baca dan terus baca sampai aku rasa terlalu penat dan dengan tiba2 terdengar suara suami aku pnggil2. Aku cuba buka mata yang berat dan nampak Arissa dan suami aku didepan aku. Aku cuba bangun; tapi badan terlalu lemah dan sakit. Dan yang membuatkan aku terkejut ‘aku berada dihalaman rumah bukan dalam rumah’. Suami aku papah masuk dan bertnya apa yang terjadi; aku bercerita semua yg berlaku tapi malangnya suami aku cakap yg aku mangigau sbb terlebih baca cerita seram dan yang lebih menyedihan suami aku cakap; aku sengaja mencari alasan tak mahu jaga atuk sbb keadaan atuk yang makin uzur. Allahu. Tanpa berbalah aku meminta izin untuk menyegarkan badan. Bila melintas bilik atuk; aku memandang atuk dalam biliknya; atuk berpaling dan senyum. Senyuman kepuasan.

Minggu berganti minggu aku tetap mengurus atuk dengan sesempurna yang mungkin. Setiap malam tidur aku tak pernah lena. Aku takut kalau anak aku dikenapa-napa sebab atuk selalu mnta Arissa dari aku sambil menangis2; merayu. Aku hanya diamkan sambil bersihkan atuk tapi dalam hati tak berhenti2 membaca surah albaqaroh yang memang aku dah hafal. Walaupun ketika aku menyuap nya makan atau membersihkan nya dia sering memberi amaran seperti “Jaga Kau” “Tunggu Kau” “Kau Jangan Ingat Apa Yang Kau Baca Aku Takot” “Kau jangan ingat yg kau baca tu hebat sangat” .. aku hanya diamkan diri sehingga lah pada awal bulan 8; sekali lagi aku tersentak tengah malam akibat bunyi bising. Aku bergegas bangun takut2 atuk mahu kan air atau dia sedang sakit. Tapi apa yang aku nmpak adalah atuk yg tadi siangnya hanya terlantar tapi kini berada diatas meja mkan sambil meratah ayam mentah yang aku kluarkan dari peti beku untuk dimasak awal subuh esok. Allah..mulotnya penuh darah sambil mencangkung atas meja ayam tu dimakan dengan gelojoh sekali. Disiat2 ayam itu, dilahap penuh selera sambil matanya tengok aku dan yang mengejutkan aku; Arissa turut sama makan ayam itu. Aku terus menjerit2 sekuat2 nya dan bila suami aku bangun aku masih menjerit dan menjerit akibat terlalu takut. Suami aku azankan aku dan aku kembali tenang; aku bercerita bersungguh2 apa yang terjadi sambil aku memeluk Arissa. Suami aku turun dan menjenguk atuk sambil berkata “atok elok je tidur” dan Kali ke 2 yang mnyedihkan aku. Suami aku kata aku sakit mental sebab terlalu penat. Allah ..sebaknya.

Sehingga kini; aku masih berulang alik ke pakar psikiatri atas kehendak suami dan kluarga mertua. Aku hanya menurut sahaja. Yang makin merisaukan aku; Arissa makin rapat dengan buyutnya sehingga tidur malam juga dengan buyutnya. ALLAH..Semoga aku diberi kekuatan untuk terus bertahan jaga atuk.

Teha;

Kisah-kisah SeramTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang