aku nak share sikit kisah aku dengan kawan² time dekat hostel dulu. Maaf ya kalau ada yang terkurang dalam cerita aku ni. Hope korang suka ya. Kami merupakan pelajar jurusan perniagaan di sebuah kolej swasta di ibu kota. Disebabkan kami dari kampung yang sama membuatkan hubungan kami sangat rapat. Dah macam kembar semua benda nak sama termasuk lah belajar ditempat yang sama. Ok, cukup sampai situ nanti aku akan terangkan lagi pasal kawan² aku ni.
Pada mula nya kami ditempatkan di hostel 3b. 3b tu sebab block b dan ditingkat 3 ye. Jangan pulak tanya kenapa 3b. Hehehhe. Block b terletak dihujung sekali dan bersebelahan dengan hutan. Hostel tersebut sangat besar dan mempunyai 5 bilik. 1 bilik boleh memuatkan 4 orang pelajar. Aku, ana, dan ida beserta seorang lagi pelajar dari pahang (siti) ditempatkan di bilik 2. Pada mulanya kehidupan kami sebagai pelajar sangat lah indah. Tiada apa yang pelik berlaku sehingga lah suatu hari.
Madam ayu: " ok class, kita tamatkan dulu kelas kita hari ini. Jangan lupa hantar assignment saya esok".
"baik madam! " jawab kami serentak.
Ida: " weh, jom cafe. Aku lapar la"
Ana: " kau ni asyik makan je, patut la gemok"
Aku dan ana cuba menahan tawa, akhirnya riuh kelas dengan tawa kami bertiga.
Aku : " kita makan dekat hostel je la ye, siti dah masak tu"
" haaaa ye la. Jom balik hostel" jawab ana sambil berjalan keluar. Sampai di lobi aku terdengar nama aku dipanggil.
"ros!! warden nak jumpa kau". Jerit qila sebelom tergesa-gesa berlari menghilangkan diri.
" dah lambat nak pergi kelas la tu" bebel aku sendiri. Dari kolej ke hostel agak jauh lebih kurang 10 minit berjalan. Tapi 10 minit tu rasa macam 2 minit je bila dah rancak berborak. Entah apa yang diborakkan pun tak tahu la. Ada je yang nak diborak setiap kali berjalan pulang ke hostel.
Sampai di lot parking hostel aku ternampak miss amni a.k.a warden aku. Miss amni seorang yang sangat ceria tak pernah aku nampak muka miss sekeruh itu. Pasti ada sesuatu yang berat menganggu fikirannya.Tiba di lot parking hostel aku menyapa miss amni.
"hai miss, jauh termenung. Ada masalah ke?"
Warden : "ehh kamu ros, saya memang nak jumpa kamu ni"
Ana:" tak apa la ros, kami naik dulu lah ," sambil berjalan menaiki anak tangga.
Ros: " ada apa ye miss?" tanya aku dengan penuh persoalan. Takut jugak kan. Mana la tahu warden tahu aku selalu keluar makan malam² hahahahha. Takot kantoii sebab pelajar perempuan hanya dibenarkan keluar sebelum pukul 10 malam.
" hah, macam ni ros, saya ada benda penting nak bincang dengan kamu" aku tengok muka miss amni macam ada masalah. " iya miss, Ada apa?" tanya aku. "macam ni ros, pihak pengurusan hostel terpaksa buka hostel baru disebabkan pertambahan pelajar." aku mendengar dengan penuh teliti. Acah² pelajar baik la kononnya. Heheh. "saya nak kamu pindah ke hostel 2b dan saya lantik kamu sebagai ketua hostel" " 2b miss?" jawab aku dalam keadanya terkejut. Siapa je tidak tahu tentang hostel yang berada ditingkat 2 tersebut. Hostel lama yang dibiarkan tanpa penghuni kerana pernah gempar suatu ketika dahulu apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati tergantung di kipas syiling.
Warden: "pihak pengurusan hostel terpaksa membuka semula hostel tersebut kerana kekurangan hostel"
Ros:"tapi miss kenapa mesti 2b" tanya aku dalam keadaan takut.
Warden:" pihak hostel terpaksa ros, saya harap kamu setuju ya." dengan nada penuh pengharapan. Yes, macam korang fikir. Aku terima tawaran miss amni. Tapi terpaksa ya, aku dah tak ada pilihan lain selain setuju dengan Cadangan tersebut. Tapi bersyarat ya, aku tak akan pindah tanpa kawan² sebilik aku. Disebakan aku ni penakut so aku heret sekali dengan kawan² aku. Hehehe jahat kan aku. Bukan jahat tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Selesai solat maghrib dan isyak berjemaah aku terus bagi tahu tentang kami perlu berpindah ke hostel 2b. Selepas mendengar berita tersebut meraka terus memandang aku dengan penuh tanda tanya.
Ana: "2b? Kau biar betul. Kau jangan main² ros."
Ros: " aku tak tahu macam mana nak menolak permintaan miss amni. Aku terpaksa ajak korang sekali"
" aku tak nak" serentak ida dan siti menjawab.
Ida: " kau bukan tak tahu ros pasal hostel 2b tu"
Siti: " seram wehh, aku tak berani la nak ambil risiko"
Ros: "takkan korang nak biarkan aku sorang²" aku terus belalu menuju ke katil dengan perasaan yang bercampur baur.
Aku terjaga apabila terdengar azan subuh dari surau berdekatan hostel.
"ya Allah, kenapa banyak sangat ulat ni" bebel aku sendiri. Hampir termuntah aku melihat ulat yang begitu banyak datangnya dari bawah katil.