Rose memeluk tubuh lalu menunggu seseorang
"Mana Kaerul ni? Haish, dah sejam ni" Rose meneliti jam tangannya
"Ada aku balik ni kang" Rose menghentak sebelah kakinya sedikit berkali-kali. Tiba-tiba, bahu Rose ditepuk
"So-sorry aku lambat" Kaerul tertunduk penat, dia menarik nafas dalam sebelum kembali berdiri tegak
"Kau pergi mana lama-lama ni? Nasib aku sayang kau. Kalau tak, balik sorang-sorang la kau jawabnya" kata Rose lalu menghulur botol airnya kepada Kaerul
"Nah" Rose menarik Kaerul ke bus stop supaya Kaerul dapat rehat sebentar
"Cer citer kau pergi mana?" Rose membuka topik. Kaerul meneguk air sebelum menjawab soalan Rose
"Sorry lambat, tadi aku singgah disco sekolah. Joget kejap je, tu yang penat ni" jenaka Kaerul
Rose membuat muka seriusnya lalu dia menarik rambut panjang milik Kaerul
"Sakitlah ngok, hish" lantas Kaerul merapikan rambutnya ke belakang
"Baik kau cerita sebelum kepala kau botak" ugut Rose
"Haish, yelah yelah. Tadi aku pergi hantar buku kat Cikgu Jongsuk ..." Kaerul menutup botol air Rose
"... lepastu aku nak baliklah, and u know what, cikgu suruh bagi surat ni kat kau" Kaerul memberi sepucuk surat pada Rose
"Itu je? Habis, kenapa sampai 1 jam tho?!" Rose mengambil surat tersebut lalu disimpannya di dalam poket begnya
"Jomlah balik" ajak Rose. Kaerul menarik nafas lega
"Jom jom" Kaerul mengikuti Rose
###
Rose menghidang makanan di meja makan. Sementara menunggu Jinyoung turun, Rose mengemas beg sekolahnya
"Eh ni surat apa eh?" Rose membuka sepucuk surat yang berada di poket beg sekolahnya
"Malam ni as ur wish, saya datang tepat pukul 8. Jangan lupa sambut saya as awak sambut cinta saya. Btw, saya nak duduk sebelah awak"
- ur future husband
"Pukul 8? Sekarang pukul berapa?" Rose menilik jam dinding rumahnya
"Eh dah pukul 8!" Rose berdiri cemas
Ting! Tong!
Loceng rumah Rose berbunyi, Rose semakin cemas
"Pasta, buka pintu tu. Tengok siapa yang datang" ujar Mrs Park
"Na-nae omma!" Rose segera ke pintu rumah lalu dibukanya, dan yah dia Jongsuk
Jongsuk melambai ke arah Rose. Rose yang dalam keadaan gelabah keluar lalu menutup pintu
"Pasta! Siapa tu?!" Tanya Mrs Park
"Orang main loceng omma" tipu Rose
"Kenapa cikgu pakai lawa-lawa ni?" Tanya Rose
"Lawa ke ni? Saya pakai baju biasa je ni. Mungkin saya terlalu kacak kot" Jongsuk cekak pinggang lalu merapikan rambutnya ke atas
"Ceh, yeye je kacak" Rose roll eyes. Jongsuk membongkokkan sedikit badannya
"Kalau saya tak kacak, awak tak terpikat kat saya" bisik Jongsuk di telinga Rose. Rose gugup
"Da-dah lah, jom masuk" Rose membuka pintu rumah
Aduh!
Mrs Park dan Jinyoung terjatuh selepas sahaja Rose membuka pintu
"Omma dengan Jr buat apa ni? Curi curi dengar eh" Rose mencekak pinggang
ANDA SEDANG MEMBACA
Be Mine! (LJS X PCY)
Teen FictionRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...
