1 minggu kemudian,
Rose masih membuat latihan Matematik untuk persediaan ujian esok. Walaupun sudah pukul 4 petang, Rose nekad untuk belajar. Niat nak belajar dengan Wendy tapi tahu tahu jela, dia en malas
Jadi, Rose belajar seorang diri di dalam kelas dengan tenang~ itu paling penting
"Hish! Susahnya soalan ni!" Marah Rose sendirian
"Sorang je?" Tegur seseorang. Rose menoleh
"Ouh cikgu, cikgu buat apa kat sini?" Kata Rose lalu sambung membuat latihan tersebut
Jongsuk yang berada di pintu kelas masuk menuju ke meja Rose. Tempat di sebelah Rose diduduknya, Jongsuk memerhati Rose yang sedang bersusah payah menyelesaikan soalan KBAT tersebut
"Biar saya ajar awak" kata Jongsuk lalu memandang Rose
"Ouh okey" Rose mengalihkan sedikit buku latihannya pada Jongsuk
"Yang ni awak kena darabkan dengan ni lepas tu pindahkan and the answer is I LOVE YOU" Jongsuk tersengih lalu dia memandang Rose
Dahi Rose berkerut seribu, memikirkan apa benda yang diterangkan Jongsuk
"Apa yang cikgu cuba lakukan?" Rose menggaru kepalanya yang tidak gatal
"Haih, penat saya buat pickupline" Jongsuk menolak buku tersebut pada Rose lalu menyilangkan tangan serta memuncungkan bibirnya
Rose menepuk lembut dahinya, apakan daya cikgu kuat merajuk
"Cikgu janganlah merajuk" Rose menarik lengan Jongsuk tapi direntap semula. Rose mengeluh kecil
Rose menutup buku latihannya. Rose melentokkan badannya ke depan sedikit supaya dia hampir dengan Jongsuk lalu dia menongkat dagunya. Rose memandang Jongsuk with her persuade face
"Cikgu janganlah merajuk" Rose memuncungkan bibirnya. Lawan muncung bibir ke apa ni?
Jongsuk merenung mata Rose lalu mereka ter-eye-contact. Jongsuk mendekatkan mukanya dengan Rose. Wajah Jongsuk semakin hampir dengan wajah Rose
.
.
.
3 inci
.
2 inci
.
1 inci
.
.
.
"Ehem!" tegur seseorang di pintu kelas. Lantas mereka berdua memandang gerangan tersebut
"Eh Jr" Rose terus mengemas barangnya ingin pulang. Jongsuk
menggaru belakang kepalanya menahan maluJinyoung memandang tepat pada Jongsuk. Rose dan Jongsuk menghampiri Jinyoung. Lengan Jinyoung dirangkul Rose
"Jom balik dengan cikgu" offer Jongsuk. Amboi, bila ada adik, siap ber'cikgu' eh. Kalau takde adik uish saya awak
"Boleh gak. Jom Jr" Rose menarik Jinyoung mengikut Jongsuk
Sampai sahaja di kereta Jongsuk, Jongsuk membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk Rose. Rose menuju ke pintu yang dibuka oleh Jongsuk
Belum sempat Rose masuk, Jinyoung melanggar Rose lalu dia duduk di seat hadapan. Jinyoung menghadiahkan sebuah senyuman pada Jongsuk dan Rose
Rose mengecilkan matanya pada Jinyoung, Rose mengalah lalu dia menuju ke seat belakang. Selepas sahaja dia duduk, dia menarik telinga Jinyoung
"Sakit ngok!" Marah Jinyoung lalu menyapu lembut telinganya yang mula berdenyut
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Fiksi RemajaRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...