Setelah hampir 4 jam kelas berlangsung, kini waktu rehat tiba. Rose mengemas buku bukunya lalu mengikut Kaerul menuju ke kantin atau mudah dikatakan tempat biasa mereka rehat
Rose menuju ke meja di mana kawan kawannya duduk diikuti Kaerul
"Eh Rose, tadi Cikgu Jongsuk suruh kau pergi bilik dia" kata Ceungma selepas sahaja Rose duduk
"Aku baru nak rehat. Hish takpelah, ha Kaerul, nanti balik kelas dengan diorang au" ujar Rose sebelum menuju ke bilik guru
"Okey btw aku bertugas kat koperasi harini" balas Kaerul sambil menghirup milo ais miliknya
"Okey!" Rose mencantumkan ibu jari dan jari telunjuk serta tiga jarinya diangkat tanda 'okey'. Rose mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik guru
###
Rose duduk di kerusi batu yang disediakan di situ. Orang-orang yang sedang berjoging atau lebih tepat bersenam di perhatinya"Mana dia ni? Dah pukul 5 ni. Kata pukul 4.30" bebel Rose sambil melihat jam di tangan kanannya.
~Flashback~
Kling!
Rose menolak pintu bilik guru lalu menuju ke tempat Jongsuk. Rose memerhatinya dari jauh yang khusyuk bermain telefon bimbit lalu Rose mengetuk meja Jongsuk perlahan
"Ha Rose, dah lama saya tunggu awak" Jongsuk meletakkan phonenya di atas meja lalu memberi sepenuh perhatiannya pada Rose
"Maaf cikgu. Ada apa eh cikgu nak jumpa saya?" tanya Rose lalu duduk di sebelah Jongsuk
"Petang ni awak free?" tanya Jongsuk balik
"Free je, kenapa?" Rose sedikit hairan dengan perangai cikgunya yang tiba tiba mengada
"Kalau free, saya nak ajak kamu pergi joging kat taman rekreasi. Nak?" Jongsuk merenung anak mata Rose
"Erm, bo-boleh je" jawap Rose sedikit gagap
"Yeay! Okey petang ni pukul 4.30, tunggu saya dekat kerusi batu berhampiran taman permainan" ujar Jongsuk dengan gembira sekali. Rose hanya mampu memberi segaris senyum yang manis pada Jongsuk
~End Flashback~
"Haih, susah dapat pakwe melayu, eh kau, dia pakwe kau ke?" monolog Rose sambil menampar lembut mulutnya
Kini Rose hanya memerhati kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan itu. Kiyutnyaaaa budak tu! Guerhammm!
Tangan Rose digerak-gerakkan seakan akan mahu cubit pipi budak itu tapi pemandangannya terganggu apabila matanya ditutup
"Hish siapa ni?" tanya Rose sambil memegang tangan yang menutup matanya
"Guess who?"
"Dah agak dah. Datang lambat lepastu main tutup-tutup mata, fikir sweet?" ujar Rose lalu mengalihkan tangan tersebut daripada matanya yang lawo!
"Sorrylah wak~ saya sesatlah tadi" kata Jongsuk lalu duduk di sebelah Rose
"Sesat kejadah nya? Besar sangat ke taman ni?" tanya Rose geram
"Sesat dalam hati awak" jawap Jongsuk sambil melagakan bahunya dengan bahu Rose
Rose menjeling Jongsuk lalu dia memalingkan mukanya agar tidak dapat dilihat oleh Jongsuk. Tanpa disedari Jongsuk, Rose tersenyum mendengar kata-kata Jongsuk
"Sukalah tu?" tegur Jongsuk apabila dia melihat wajah Rose yang terukir senyuman yang lebar
"Erm ma-mana ada" dalih Rose lalu memandang Jongsuk semula. Jongsuk tertawa kecil melihat wajah Rose yang gelabah
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Novela JuvenilRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...