BM 22

89 10 1
                                        

Rose memegang tangan Kaerul erat. Sampai sahaja di depan koperasi, Kaerul melepaskan genggaman di tangannya lalu buku di tangan Rose diambilnya

"Aku jaga tempat, kau pergi beli makanan" Kaerul meletakkan buku-bukunya di atas meja. Duit yang dihulur Kaerul tidak diambilnya

"Harini aku belanja" Rose menolak tangan Kaerul

"Uyeahhhh, jangan kau beli salad untuk aku sudah. Kau ingat aku kambing?" ujar Kaerul disambut tawa Rose. Teringat dia masa hari kantin dia belikan Kaerul salad dengan mayonis, member palak er, lama tunggu last-last dapat salad

"Okey, nanti aku belikan timun" laju Rose berlari meninggalkan Kaerul

"YAKHHHHH!" laung Kaerul kuat

"Kuat gila minah ni jerit" Rose yang sudah tiba di kantin menoleh ke belakang sambil ketawa melihat Kaerul



Dush!



"Ouh sorry sorry" Rose menunduk-nunduk minta maaf. Buku pelajar itu yang menyembah lantai dikutipnya

"Takpe-takpe, biar saya kutip" lelaki itu menolak perlahan tangan Rose. Rose mengikut lelaki itu berdiri sambil mulutnya tak henti ucap minta maaf

"Eh Jihoon, kau buat apa kat sini?" soal Rose pelik

"Tak nampak ke aku tengah baca talkin ni" sindir Jihoon sambil menggerakkan mulut mengacah membaca talkin. Rose merenung Jihoon tajam

"Yelah-yelah. Aku baru pindah sekolah ni minggu lepas, omma kau tak cakap apa-apa ke?" Jihoon membetulkan kedudukan buku di tangannya

"Takde pun, maybe dia lupa kot. Eh sorry tau langgar kau tadi" ujar Rose sambil memukul lengan Jihoon

"Kau nak cakap, takpayah nak pukul aku" Jihoon pukul lengan Rose balik. Rose tergelak, tangannya dipegang menahan sakit

"Wey Rose apa lama sangat kau beli----" Kaerul berlari ke arah Rose, kata-katanya terhenti melihat jejaka di hadapan Rose. Kaerul terus berdiri sebelah Rose

"Siapa dia ni? Anak ikan kau ke? Charming siottt" bisik Kaerul perlahan di telinga Rose. Laju Rose tumbuk lengan Kaerul

"Sakitlah!" Kaerul menggosok lengannya

"Padan muka!" ujar Rose. Jihoon yang dari tadi jadi penonton terus tertawa

"Rose, aku balik kelas dulu. Bye" Jihoon menunduk sebelum beredar dari situ

"Bye" balas Rose sambil mengangkat sedikit tangannya

"Bye prince charming!" laung Kaerul kuat. Tangannya diangkat melambai Jihoon. Kaerul dapat lihat dari jauh yang Jihoon melambainya semula

"Oi, kau tak malu ke siot. Kalau Q dengar, mampus kau" Rose menyisir rambutnya ke belakang

"Eleh, apa salahnya. Pasang satu je pun" Kaerul menoleh ke belakang sambil melibas rambutnya. Badan Kaerul mengeras, matanya langsung tak berkedip. Rose di sebelah sudah tergelak

"Pandai-pandailah kau" Rose terus beredar pergi ke kaunter untuk membeli makanan

"Puas betul kau lambai PRINCE CHARMING kau tu" perli Q sambil merenung tajam ke arah Kaerul

Kaerul masih membeku. Takmampu nak berkata apa-apa

"Kau pasanglah satu, aku okey je---" Q melangkah menghampiri Kaerul. Q mendekatkan wajahnya pada telinga Kaerul

"---cuma satu je nak pesan, neraka kirim salam" Q juga beredar meninggalkan Kaerul

"Andwaeeeeee! Wey Q, jangan tinggalkan aku!" Kaerul berlari mengejar Q

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Mar 09, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Be Mine! (LJS X PCY) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang