Rose duduk memeluk lututnya, air mata yang dari tadi mengalir dibiarkan membasahi pipi. Selimut ditarik menutupi tubuh, telefon dibiarkan berjauhan darinya walaupun sudah beberapa kali phonenya berbunyi
"Noona! Jom turun makan" Jinyoung mengetuk pintu bilik itu berkali-kali, tapi tiada respons dari respons
"Pasta, jom turun makan. Nanti kamu lapar" kali ini, Mrs Park pula memanggil Rose. Bertambah sedih Rose apabila dia dengar suara ibunya. Semakin kuat esakannya, selimut ditolak ke tepi
Almari baju dibuka, gaun yang dihadiahkan oleh Jongsuk diambilnya. Dipandang lama gaun itu sebelum dia meremuk baju itu
"AKU BENCI KAUUUUU!" laung Rose kuat sambil menghempas gaun itu ke dalam bakul sampah. Dipijak-pijaknya gaun itu sehingga gaun itu tenggelam ke dalam
Rose terduduk, dirinya tak kuat untuk menerima segala dugaan ini. Dirinya yang serabai langsung tak dihiraukan, habis berantakan rambutnya akibat tindakan ganasnya tadi. Dia tak mampu bertahan, kepalanya sungguh ringan
Dung!
Rose terbaring pengsan di tengah-tengah bilik itu. Bunyi phonenya yang berdering memenuhi ruang bilik itu masih bergema
Klik!
Pintu bilik Rose terbuka dari luar. Mrs Park menolak pintu itu luas, kunci di tangannya diberikan pada Jinyoung
"Pasta!" Mrs Park berlari mendapatkan Rose, kepala Rose dipangkukan
Jinyoung bimbang. Telefon Rose yang berbunyi diambilnya lalu dia melihat nama gerangan yang menelefon Rose
NamChingu👑
Jinyoung menjawab panggilan telefon itu
"Yeoboseyo?"
[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]Jinyoung berdiri tegak di muka pintu bilik Rose. Dia merenung tajam Jongsuk, sungguh dia tak senang hati tengok Rose sekarang
"Maafkan saya ahjumma, ni semua salah saya" Jongsuk menunduk menahan rasa kesal di dadanya. Jinyoung menjeling mendengar kata-kata takde faedah itu
"Tak, kamu tak salah. Ni mungkin salah faham, kamu bersabar ye" Mrs Park bangun lalu dia menuju ke tingkat bawah, langkah diatur ke dapur
"Dah faham pulak disalahkan, hms" getus hati Jinyoung. Maaflah, muka handsome tapi bodoh orangnya
"Dah tahu salah dia, perlu ke semak kat sini lagi?" Jinyoung bersuara. Jongsuk mengangkat kepala memandang Jinyoung
"Ha?" soal Jongsuk bingung. Jinyoung di sebelah Mrs Park dipandangnya
"Cikgu takpayah acah innocentlah, kakak saya jadi macamni sebab cikgu, tu pun tak boleh fikir ke?" suara Jinyoung ternaik seoktaf.
Jongsuk berdiri. Dia melangkah menghampiri Jinyoung, Jinyoung tidak mahu bertindak kasar, langsung dia berundur sedikit menjauhi Jongsuk. Bahu Jinyoung dipegang erat oleh Jongsuk
"Cikgu minta maaf, cikgu tahu ni salah cikgu sebabtu cikgu datang sini nak minta maaf" terang Jongsuk sambil memandang Rose
"Tak payahlah! Noona takkan kembali kat orang yang dah buang dia!" marah Jinyoung, tangan Jongsuk ditepisnya kasar
"Jr!" pandangan Jinyoung beralih pada Mrs Park. Jinyoung menarik nafas dalam, matanya mula berkaca
"Cikgu pergi balik, please" ujar Jinyoung tenang sambil menuding jari pada pintu bilik Rose. Jongsuk memandang Mrs Park minta pertolongan
"Pergi baliklah!" tengking Jinyoung kuat pada Jongsuk
"Kamu balik dulu ye Jongsuk, lain hari kamu datang" Mrs Park merangkul lengan Jongsuk. Jongsuk mengangguk, dia menyalam Mrs Park lalu dia keluar daripada bilik Rose
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
أدب المراهقينRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...