Rose menunggu Jongsuk di sekolah. Katanya ada mesyuarat. Ni teman pun sebab dia nak bawak pergi makan aiskrim, hehe asalkan ada upah!
"Maaf tunggu lama" Jongsuk terkocoh-kocoh berlari ke arah Rose. Tali lehernya ditarik sedikit, butang baju yang paling atas dibukanya. Jongsuk memandang Rose yang dari tadi merenungnya
"Kenapa pandang macam tu?" Jongsuk menyebak rambutnya ke belakang. Kereta-kereta guru yang terlibat dengan mesyuarat satu per satu keluar dari perkarangan sekolah
"Kejap" Jongsuk merapatkan belakang tangannya dengan dahi Rose, Jongsuk tersenyum
"Dah tak panas" Rose mencapai tangan Jongsuk, tangan itu digenggam ke sisinya
"Awak, kita kat sekolah lagi" laju Rose melepaskan tangan Jongsuk. Rose berdehem kecil menahan malu, rambut disisir ke belakang. Ternaik hujung bibir Jongsuk
"Cikgu nak bawa saya pergi mana?" soal Rose sambil dia berjalan di sisi Jongsuk menuju ke kereta. Jongsuk menekan button hijau pada kunci keretanya
"Secret~" Jongsuk menayang segaris senyuman pada Rose. Haih, cayaq do, fuhhh tahan Rose!
Rose membuka pintu kereta lalu dia masuk ke dalam perut kereta. Pintu ditutup rapat, seat belt ditarik dan dipasangnya dengan kemas. Jongsuk di sebelah sudah bersedia untuk memandu
"Let's go dating!" jerit Jongsuk gembira, tergelak Rose memandang riak wajah ceria Jongsuk
Roti kacang merah yang berada dalam beg Rose dikeluar, bungkusan di bahagian atas dikoyakkan. Rose menolak roti itu ke atas agar dia dapat menggigit roti itu dengan mudah
Rose dengan baju sekolah ditubuhnya mengunyah roti kacang merah yang diambil dari beg sekolahnya. Jongsuk memandang Rose
"Tu bukan roti kat depan bilik kesihatan ke? Awak tahu ke siapa bagi?" Jongsuk terimbas kembali masa dia jumpa roti itu di hadapan bilik kesihatan
~Flashback~
"Hai darling, awak dah sedar" ujar Jongsuk lembut pada Rose, dia menarik kerusi rapat ke katil. Rose menggosok kelopak matanya, dia terus duduk bersila di atas katil itu. Rose memandang sekelilingnya, ni bukan kelas
"Saya pengsan ke cikgu?" tebak Rose. Jongsuk mengangguk perlahan
"Saya minta maaf sebab buat awak macam ni" Jongsuk tertunduk, ini memang salah aku! Jongsuk merasakan kepalanya diusap, terus dia mendongak
"Takpelah, salah saya jugak. Patutnya saya tak payah datang sekolah tapi saya paksa diri saya datang sekolah, omma dengan Jr pun marah" terang Rose panjang lebar, Jongsuk mengukirkan senyuman
"Kenapa datang sekolah jugak kalau dah tahu sakit, sengaja buat orang risau" Jongsuk mencekak pinggang, dia mengemam bibirnya membuat muka geram
"Nanti saya rindu cikgu" jujur Rose membuat Jongsuk tersengih. Alololo, sweet pulak budak ni
"Sweetnya dia, lain kali kalau sakit tak payah datang sekolah, biar saya yang lawat awak kat rumah nanti" ujar Jongsuk yang hanya dibalas anggukan dari Rose. Rose mengerutkan dahinya
"Kenapa ni?" soal Jongsuk bimbang, dia terus berdiri cemas
"Saya lapar" Rose menayangkan sebaris gigi putih milik. Jongsuk menarik nafas dalam, rambutnya disebak ke belakang
"Biar saya pergi beli makanan kejap" Jongsuk menarik selimut menutupi kaki Rose. Rose mengangguk, perlahan dia bersandar pada kepala katil itu
Langkah diatur ke pintu bilik kesihatan. Langkahnya mati apabila ada sebungkus roti kacang merah yang berada betul-betul depan bilik kesihatan. Jongsuk menoleh ke kiri dan ke kanan

ANDA SEDANG MEMBACA
Be Mine! (LJS X PCY)
Teen FictionRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...