Waktu rehat telah tiba, Rose berjalan riang keluar daripada kelas. Laju sahaja langkah dia ke bilik guru, katanya nak berterima kasih kat Jongsuk sebab hal semalam
Pintu diketuk perlahan lalu Rose memulas tombol pintu. Tempat Jongsuk ditujunya, yeay! Dia ada
Kelihatan Jongsuk tengah berborak dengan rakannya dalam telefon. Muka serius je, apa yang dibualnya tu sampai muka macam tu sekali tapi seksi! Auch
Rose menghampiri tempat Jongsuk. Kerusi sebelah Jongsuk diduduknya
"Nanti aku call kau balik" Jongsuk meletakkan panggilan telefon itu kelam-kabut. Dia mengalih perhatiannya pada Rose
"Ye ada apa?" Jongsuk bersandar pada kerusinya. Telefonnya diletakkan di atas meja
"Saya nak ajak cikgu pergi tengok wayang" ujar Rose perlahan, mayulah kita!
"Saya baru nak ajak awak, harini balik awal en? Nanti saya jemput awak kat rumah" balas Jongsuk sambil membongkok ke bawah meja. Entah apa dia ambil
"Ouh okey, saya tunggu pukul 2. Saya balik kelas dulu"
"Ehhh kejap. Nah" Jongsuk menghulur sepucuk surat yang berstapler. Rose menyambut surat itu
"Apa ni?" soal Rose pelik
"Majlis Perkahwinan kita" ujar Jongsuk selamber. Bahu Jongsuk dipukul Rose dengan surat itu
"Tengoklah sendiri" kini Jongsuk fokus pada kerjanya. Rose meneliti surat itu, belahan yg tidak distapler itu dibuka tapi masih tak dapat dibaca. Akhirnya Rose menyerah, kang koyak surat ni, tak pasal-pasal aku badmood sebab surat ni je
"Yelah, nanti saya bacalah" Rose melipat surat itu lalu disimpannya dalam poket
"Saya balik kelas dulu, bye" Rose mencubit laju pipi Jongsuk lalu dia berlari keluar. Dia tahu kalau kacau Jongsuk masa kerja memang teruk padahnya
Jongsuk tersengih sambil mengusap pipinya
###
Kaerul menggosok kelopak matanya perlahan, dia terus duduk apabila badannya terasa lenguh. Badannya yang lenguh dipusingkan ke kanan dan ke kiri"Fuhhh" kalini, dia regangkan otot lehernya. Tandas ingin dituju tapi sesuatu menghalangnya
"Argh!" Kaerul menjerit sambil menolak tangan Q yang melingkari pinggangnya
Q tersedar dari tidurnya, laju sahaja dia duduk apabila Kaerul menolak tangannya
"Hm, kau ni kenapa?" Q yang masih mamai tu menggosok kelopak matanya. Belakang tangan kanannya menutup mulutnya yang menguap
"Ka-kau tak buat apa-apa kat aku kan?" soal Kaerul takut, selimut ditarik-tarik menutup tubuhnya
"Apa benda kau ni, kan kita dah tut tut semalam" jawab Q selamber
Kaerul terkejut, air matanya mengalir tak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Q. Dia memeluk erat lututnya
Q tergelak kecil memandang Kaerul, aku gurau je pun. Q menghampiri Kaerul, kepala Kaerul diusap perlahan
"Aku masih waraslah" ujar Q memujuk Kaerul. Kaerul memandang wajah Q yang hampir dengannya
"Kau jahat!" Kaerul yang sedar ditipu memukul lengan Q
"Aduh! Ganasnya~ aku suka" ujar Q membiru. Terbuntang mata Kaerul mendengar ayat Q
"Dahlah, makin dilayan makin mengarut" Kaerul menolak selimut yang membaluti tubuhnya itu
"Sana!" Kaerul turun dari katil. Laju sahaja dia mengatur langkahnya ke tandas
"Aku tunggu kat luar~" ujar Q menggoda
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Teen FictionRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...