BM 9

134 19 6
                                    

(Author POV)

"Ye, mereka memang adik-beradik"

Rose dan Jinyoung terkejut lalu mereka pandang satu sama lain

"Jong-Jongsuk?! Apa hubungan kau dengan diorang ni?" Tanya Lee Teuk sambil merenung tajam Jongsuk

"Kami jiran, saya selalu hantar mereka berdua balik rumah" jawap Jongsuk relaks

"Saya tak percaya" Lee Teuk menggelengkan kepalanya lalu dia berundur ke belakang sedikit demi sedikit

Jongsuk menghampiri Rose dan Jinyoung lalu Jongsuk mengambil kad pengenalan mereka

"See these cards" Jongsuk menunjukkan kad pengenalan Rose dan Jinyoung

Lee Teuk terdiam, mulutnya seakan akan terkunci. Rose dan Jinyoung tersenyum lebar. Dengan perasaan malu yang mula menguasai diri Lee Teuk, dia berlari meninggalkan dataran tersebut dengan pantasnya

Jongsuk, Rose dan Jinyoung tertawa melihat Lee Teuk. Para pelajar yang menjadi penonton turut ketawa

Jongsuk mencapai tangan Rose dan Jinyoung lalu Jongsuk bawa mereka ke meja berhadapan koperasi. Dalam perjalanan ke koperasi, mereka masih asyik ketawa hingga mereka sampai di hadapan koperasi lalu mereka duduk di meja yang tersedia di situ

"Terima kasih cikgu sebab bantu kitorang. Kalau cikgu tak tolong tadi, pergh! Mesti kena kelas tahanan" Jinyoung memulakan bicara

"Sama-sama, perkara biasa je tu. Dah pergi naik kelas" ujar Jongsuk lalu Jinyoung meluru naik ke kelas

Rose masih lagi duduk di hadapan Jongsuk. Tangan Jongsuk dicapainya

"Nah" Rose meletakkan sekeping polaroid di dalam tangan Jongsuk

"Apa ni?" Jongsuk melihat polaroid tersebut. Polaroid itu terpapar gambar mereka berdua semasa mereka dinner semalam

"Gambar kenanganlah, ini pertama kali saya bawa lelaki balik rumah tahu, siap dinner pulak tu" ujar Rose

"Jadi, awak tak pernah bercinta?" Tanya Jongsuk

"Ani, tak pernah. Dahlah, saya masuk kelas dulu, bye cikgu" Rose mencubit pipi Jongsuk lalu dia berjalan menuju ke kelasnya

Jongsuk memegang pipinya yang dicubit Rose. Dia tersengih sambil melihat polaroid itu

"Comel!" Getus hati Jongsuk

###
"Okey murid-murid, hari ini saya nak beri kertas peperiksaan kamu" ujar Jongsuk sambil mengeluarkan kertas peperiksaan mereka

"Pertama, saya bersyukur kamu semua lulus tapi! ..."

"... ada seorang saja yang markahnya di atas pagar. Saya bagi dulu kertas ni, pelajar tersebut sila ikut saya ke bilik guru" Jongsuk memberi semula kertas peperiksaan tersebut kepada mereka. Semua sudah mendapat kertas kecuali Rose

"Weh Rose, markah kau berapa?" Tanya Ceungma

Muka Rose berubah, Ceungma melihat di tangan Rose tiada kertas

"Seriuslah? Weh, kau pandai kot" Ceungma memukul Rose dengan kertasnya

"Manalah aku tahu" Rose menjadi muram

"Rose! Sila ikut saya ke bilik guru" ujar Jongsuk selepas memberi tugasan matematik pada pelajarnya lalu dia menuju ke bilik guru. Rose mengikutnya dari belakang

###
Rose berjalan masuk ke kelas dengan muka yang muram, kawan kawannya semua menghampiri Rose.

"Kau okey tak Rose?" tanya Kaerul yang mula risau

"Tah kau ni, muka kemain muram. Alah kalau fail tu biasalah, nanti kau boleh usaha lagi" Fataen memberi semangat pada Rose

"Betul kata dak Fataen, kau kena bersyukur" kini Ceungma pula memberi Rose semangat

Be Mine! (LJS X PCY) Where stories live. Discover now