BM 11

129 18 6
                                        

Rose dan Kaerul berjalan menuju ke kelas apabila selesai membantu Seungho menutup koperasi. Dalam perjalanan ke kelas, sempat mereka mengenang kenangan mereka semasa kecil. Tiba-tiba langkah Kaerul terhenti

"Eh kau ni kenapa?" tanya Rose apabila lihat Kaerul kaku semacam. Kaku takpe ni mata dia sekali tak berkedip, macam kena sumpahan tanggang

"Arghhhhh!" Kaerul menjerit lalu dia meronta seperti kena rasuk!

"Weh weh, kau okey tak ni?!" Rose semakin panik. Rose memegang erat bahu Kaerul agar Kaerul tidak jatuh. Rose hendak jerit meminta tolong apabila dia tidak larat menampung berat Kaerul, pegangannya hampir terlepas

"To--" kata-kata Rose terhenti, mulutnya ditutup rapat dengan tangan Kaerul

"Aku okeylah, bukan kena rasuk pun" Kaerul berdiri sambil menepuk-nepuk baju kurung pinknya yang kelihatan kotor

"Ish kau ni, kau pahal! Jerit tetiba, kau ingat kau beyonce?" ujar Rose sambil memukul bahu Kaerul

"Takde apa" jawap Kaerul selamber lalu dia berjalan masuk ke kelas. Diorang taksedar sebenarnya yang waktu pembelajaran sudah berjalan

"Tunggulah aku!" jerit Rose sambil mengejar Kaerul. Sampai sahaja di sebelah Kaerul, tangannya sengaja dihayun lalu menepuk Kaerul. Kaerul melatah kecil lalu dia menepuk Rose semula

Perbuatan mereka terhenti. Kaerul lagi sekali kaku tapi kali ini dia memandang Rose, mukanya seperti excited tambah malu

"Hai Rose" sapa seseorang

"Ouh hai Changmin" sapa Rose semula. Kaerul dengan sedaya upaya menyorokkan mukanya

"Siapa ni?" Changmin atau lebih dikenali Q mengintai ingin melihat gerangan tersebut

"Siapa ni?" Changmin atau lebih dikenali Q mengintai ingin melihat gerangan tersebut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kaerul yang perasan tindakan Q semakin gelisah

"Aku balik kelas dulu, bye!" Kaerul berlari meninggalkan Rose. Rose dan Q pelik

"Aku balik kelas dulu eh" Rose meminta diri lalu dia pergi

"Ouh okey" Q juga berlalu pergi

###
Sudah 2 bulan Kaerul duduk di sekolah Rose, dan peperiksaan SPM juga semakin dekat

Kaerul yang baru keluar daripada tandas terus berjalan menuju ke kelas. Mulutnya yang basah dilap dengan kain napkinnya

Sedang Kaerul berjalan pulang ke kelas, satu susuk tubuh yang sangat dikenalinya juga berjalan bertentangan di situ

Mata Kaerul tidak mahu memandang jasad tersebut tapi hatinya mengatakan abaikan sahaja. Akhirnya, Kaerul terus memandang figura yang semakin menghampirinya dan mereka bertembung

Kaerul mengukir senyuman. Q memandang Kaerul

"Hai~" sapa Q dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya. Kaerul menggenggam tangannya geram lalu dia berlari anak ke tangga yang menuju ke kelasnya. Kaerul duduk di tangga tersebut sambil menunduk

Be Mine! (LJS X PCY) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang