(Rose POV)
Aku mengemas barang-barang aku sebelum pulang. Meja kosong di sebelahku, aku memandang lama
Bila kau nak balik Kaerul, aku rindu kau. Aku cuba menguatkan diri aku walaupun rakan baikku tiada di sisi, mungkin readers confuse, Kaerul perempuan ye ehek!
Aku berjalan lemah. Even semua happy bila balik sekolah tapi bukan aku without u, Kaerul. Hari ini genap 2 bulan Kaerul berpindah kerana ikut parents dia and u know what, about kerja
Pon! Pon!
Dengan pantas aku menghayun tanganku ke depan dan ke belakang seperti sukan besbol lalu aku memandang pemilik kereta itu, yah dia Jongsuk. Dia senyum memandang aku
Haih, pahallah kau senyum, takjadi aku nak marah kau
"Hebatnya awak pukul bola tu!" Perli Jongsuk
"Nak apa?" Tanya aku sambil cekak pinggang
"Jom tumpang saya" offer Jongsuk sambil menepuk nepuk seat di sebelahnya
Tanpa buang masa, aku pun masuk. Sorry eh bukan malas tapi tak rajin
"Saya nak pergi kedai kejap tau. Lepastu saya hantar awak balik" kata Jongsuk sambil fokus dengan pemanduannya
"Erm nae arasseo" aku mengangguk tanda faham
Entah kenapa aku rasa mengantuk mungkin sebab aircond ni kot buat aku selesa untuk tidur
"Awak nak tidur, tidur jelah. Dah sampai nanti saya kejut" kata Jongsuk lalu senyum pada aku. Ceh senyum senyum, penatlah asyik nak cair je
"Hm baik" aku pun melelapkan mata aku untuk berehat sebentar
###
(Author POV)Jongsuk menghentikan keretanya di hadapan rumah Rose lalu dia memandang Rose yang sedang lena tidur. Jongsuk membuka seatbeltnya lalu merapatkan mukanya dengan muka Rose
Semakin hampir wajahnya dengan Rose. Dengan tak sengaja, Rose mengeliat lalu menumbuk muka flawless Jongsuk. Jongsuk segera memegang hidungnya, nasib tak darah
"Awak, kita dah sampai ni" kejut Jongsuk
"Kaerul, aku rindu kau"
"Mengigau~" Jongsuk ketawa kecil
"Awak" Jongsuk menggoncang lembut bahu Rose
"Erm" Rose menonyoh kelopak matanya
"Dah sampai?" Tanya Rose lalu melihat keluar tingkap
"Dah, jom" Jongsuk keluar dari kereta lalu menunggu Rose
Dengan perlahan, Rose keluar dari perut kereta lalu menutup pintu kereta tersebut
"Kejap, tadi cikgu kata nak pergi mana? Tup tup dah sampai rumah saya" Rose mengambil beg sekolahnya di seat belakang
"Tadi awak tidur, tak sampai hati nak kejut. Jadi saya pergilah beli barang apa yang patut" jawap Jongsuk lalu mengambil sesuatu di bot keretanya
"Kejut jelah" Rose roll eyes lalu dia berjalan ke pintu rumahnya
"Eh kejap, nah" Jongsuk memberi beg plastik pada Rose
"Apa ni?" Tanya Rose pelik lalu mencapai beg plastik tersebut
"Bukalah sendiri" jawap Jongsuk lalu memeluk tubuh
Dengan segera Rose membuka beg tersebut lalu terserlah beberapa buah buku latihan Matematik
"Buku?" Rose memandang Jongsuk serius
"Yup, saya nak awak buat buku ni. Esok bawa, saya nak tengok" Jongsuk menghampiri Rose
"Ba-baik" Rose cabut lari masuk ke dalam rumahnya. Jongsuk tersengih melihat karenah Rose
Rose menutup pintu rumah lalu bersandar pada pintu tersebut
"Fuh, kalau dibiarkan tadi. Mati terkejut aku dibuatnya" Rose menyapu dadanya lembut. Rose melihat buku buku pemberian Jongsuk
"Sweet gak dia ni" Rose tersengih lalu menyisir rambutnya ke belakang
"Siapa yang sweet noona?" Tegur Jinyoung. Tah dari mana dia datang
"Tak-takde siapa" Rose dengan cepat berlari naik ke atas
Jinyoung memandang Rose hingga kelibatnya hilang. Jinyoung menggeleng kepala
###
Malam menjelma, Rose serta keluarganya menjamu selera dengan makanan yang dimasak oleh Mrs Park"Tadi kenapa balik lambat Pasta?" Mrs Park memulakan bicara
"Erm, ada kerja sikit kat sekolah tadi" jawap Rose sedikit tipu
"Mana noona dapat buku buku tu?" Tanya Jinyoung ingin tahu
"Haduh mak aiiii, pahal kau tanya pasal buku tu" getus hati Rose
"Bu-buku? Mana ada" dalih Rose
"Jr nampak tadi dalam bilik noona" Jinyoung memandang Rose
"Ouh buku tu, ada kawan noona kasi" tersengih Rose
"Kawan ke pakwe?" Usik Mrs Park
"Kawanlah omma, Pasta ni mana ingat nak couple couple ni. Belajar pun tak habis lagi" bidas Rose
"Taknak couple ke? Tak laku~" Jinyoung ketawa kecil bersama ibunya
"Diam arh kau" Rose menghirup air sirap yang dituang Jinyoung
"Jongsuk nak letak mana?" Tanya Mrs Park
Rose menutup mulutnya dengan tangan. Hampir tersembur air yang diminum Rose tadi
"Apa omma ni, dia kawanlah" Rose menjengil mata ke Mrs Park
"Sekejap je kawan nanti lama lama suami" sekali lagi Jinyoung dan Mrs Park ketawa
"Dahlah, Pasta naik dulu. Penat asyik kena bahan" Rose pergi ke dapur untuk membasuh tangan
"Eh pinggan kamu ni" tanya Mrs Park
"Suruh Jr basuh!" Kata Rose lalu berlari ke atas
"Yaishhh aku bukan bibik kau!" Marah Jinyoung
Rose menutup pintu serapatnya lalu dia menghempas badannya di atas katil
Buku pemberian Jongsuk di sisinya lalu diambil. Diselak satu per satu muka surat
Rose terhenti apabila satu sticky note kecil tertampal di muka surat akhir
"Jangan lupa buat! Study smart not study hard ye sayang" - ur future husb
"Gatal, future husband sangat" Rose menutup buku tersebut lalu baring menelentang. Rose tersengih
"Future husband? Argh!" Jerit Rose sekuat hati
"Oi kau pahal?" Tanya Jinyoung tiba tiba selepas dia membuka pintu bilik Rose. Rose yang dari baring terus duduk
"Erm takde apa" jawap Rose ringkas
"Hish, buat takut aku je" Jinyoung menutup pintu bilik Rose
"Bye Jinyoung sayang! Sweet dreams"
"Gelilah bongok!" Jerit Jinyoung dari luar
Terhambur ketawa Rose selepas mendengar kata kata Jinyoung
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Ficção AdolescenteRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...