Pon! Pon!
"Oi jus oren ikat tepi!" latah Rose
Rose memandang tepat pada pemilik kereta tersebut. Jelingan maut diberikan
"Jomlah tumpang, kamu dah lambat ni. Nanti kena denda pulak" ujar Jongsuk
Tanpa berfikir, Jinyoung meluru masuk ke dalam kereta
"Eh Jr! Sesuka hati kau je. Cepat sini jalan kaki" Rose mengetuk cermin kereta Jongsuk, Rose membuka pintu kereta malangnya Jinyoung mengunci pintu tersebut
"Awak nak masuk kereta atau tak?" Rose masih berdegil, dia berdiri tegak sambil memeluk tubuh lalu dimuncungkan bibirnya , protes. Jongsuk keluar dari kereta
"Atau awak nak saya dukung?" Bisik Jongsuk pada telinga Rose. Rose terdiam, apa patut dia lakukan
"Ouh, sombong eh?" Jongsuk mengangkat Rose cara bridal style lalu dia menuju ke tempat duduk hadapan
"Turunkan sayalah" Rose merangkul leher Jongsuk. Jongsuk meletakkan Rose ke dalam kereta lalu dipakaikan seatbelt
"Degillah lagi, tengok apa saya buat kat awak nanti" bisik Jongsuk di telinga Rose lalu dia wink
Rose memandang Jinyoung yang berada di seat belakang
"Nasib baik dia tidur" Rose menyapu dadanya
Jongsuk masuk semula ke dalam kereta lalu memandu terus ke sekolah. Dahlah lambat, lepas tu tambah lambat lagi dengan perangai degil Rose
Rose dan Jinyoung terlepas dari denda yang kejam bagi pelajar yang datang lewat. Rose kejutkan Jinyoung lalu dia sep tangan Jinyoung tanda mereka gembira, Jongsuk hanya tersenyum melihat gelagat adik-beradik ini
###
Rose termenung jauh memikirkan suatu benda yang kusutkan kepala otaknya"Macam mana dia boleh masuk sekolah ni macam tu je? Dia cikgu ke? Atau dia senior sekolah ni? Tapi tak pernah nampak pun. Argh, semak arh" Rose kusutkan rambutnya
"Oi Rose" tegur Naedri
"Po?" Rose menyambung buat latihan Sains yang diberi cikgu sebentar tadi
"Cikgu nak jumpa kau" Naedri menepuk bahu Rose
"Haramlah!" Rose menutup buku latihannya lalu menuju ke bilik guru, Naedri menjeling Rose
Rose berjalan perlahan, rasa malas menguasai dirinya. Rose membuka pintu bilik guru dan bertemu dengan Wendy
"Cikgu" panggil Rose
"Ha Rose, ni buku budak kelas kamu. Nanti kasi ye, cikgu dah tak ajar kelas kamu" ujar Wendy lalu memberi beberapa buah buku pada Rose
"Baik cikgu. Saya pergi dulu" bow Rose lalu membawa buku tersebut
Rose keluar dari bilik guru dan pulang ke kelas. Di samping dia lalu depan kelas yang berhampiran kelasnya, seseorang menegurnya
"Hai, buat apa tu?" Tegur Jongsuk
"Eish, awak ni. Terkejut saya, tak nampak ke saya tengah bina badan ni" Rose mengangkat buku di tangannya berkali kali
"Amboi, dah pandai berlawak. Pergi balik kelas, ponteng kelas je kerja" Jongsuk mencuit hidung Rose lalu masuk semula ke dalam kelas tersebut
"Hadoi, suka sangat buat orang cair" Rose sempat jeling ke dalam kelas itu, murid murid di dalam kelas tersebut memandangnya pelik. Pandang pandang, tahulah aku cantik
Wait! Dia budak kelas ni ke?
###
Masa waktu Wendy sudah tiba, Rose menantikan guru baharu yang menggantikan tugas WendyRose berlari ke pintu, perasaan teruja melonjak di dalam dirinya. Tiba tiba, Jongsuk menghampiri kelasnya bersama beberapa buah buku di tangan kanannya. Kini, Jongsuk berada di hadapan kelas Rose
"Awak buat apa kat sini? Pergi balik kelaslah, nanti cikgu marah" ujar Rose
"Kamu tu buat apa kat depan pintu ni? Usha saya la tu" Jongsuk memandang kiri dan kanan
"Saya tunggu cikgu baharu yang ganti kelas saya. Dah dah, pergi balik kelas" halau Rose
"Ouh, tunggulah ye sampai datang" kata Jongsuk lalu dia masuk ke dalam kelas Rose. Rose berdiri di pintu kelas sambil mencari guru baharunya
"Bangun!" Arah ketua kelas
"Selamat pagi cikgu!" Kata para pelajar di dalam kelas itu
"Selamat pagi, duduk" arah Jongsuk
Rose memandang Jongsuk, sungguh dia tidak percaya yang Jongsuk adalah guru baharunya
"Kamu nak duduk situ sampai habis kelas ke? Atau nak saya dukung awak?" Tanya Jongsuk lalu dia menghampiri dirinya dengan Rose
(Rose POV)
Aku masih lagi terpinga-pinga. Wajah Jongsuk yang ditenung semakin hampir dengan muka aku, the heck pahal dia dekat dengan aku
"Ouh, maaf awa-- , uhuk cikgu" aku buat buat batuk lalu aku bow dekat dia
Jongsuk yang ada di depan aku, aku pandang. Ya Allah, ujian apa ni, pahal dia comel sangat?! Sabar naa
"Saya duduk dulu" aku menuju ke tempat duduk aku selepas sahaja aku bow dekat dia
Aduh, asallah masa ni nak melting. Dahlah satu kelas tengok drama murahan tadi. Mati aku!
"Baik, kita teruskan kelas kita" kata Jongsuk sambil membuka buku Matematiknya
Aku terus mengeluarkan nota lalu bersedia untuk menerima latihan, yah, perkara itu selalu aku buat masa Cikgu Wendy ajar
"Pasta, apa kamu faham tentang topik sebelum ini" the heck tho! Pahal dia panggil aku pasta kat kelas ni!
Semua budak dalam kelas ni cari siapa Pasta, aku diam je sampai nama aku yang SEBENAR dipanggil
"Takde nama Pasta eh dalam kelas ni? Kalau macam tu. Rose, sila terangkan topik sebelum ini" tahu pun nama aku, ingatkan dah lupa ceh
Aku berdiri sambil membuka buku lalu aku menerangkan topik topik sebelum ini. Semasa aku berbicara, tah kenapa future husband aku eh mamat ni datang dekat meja aku
Selesai menerangkan, aku meletakkan buku tersebut di atas meja lalu memandang Jongsuk yang ada betul-betul di hadapan aku.
"Ada sesiapa tak faham?" Tanya Jongsuk sambil memerhati setiap pelajar di dalam kelas itu
"Semua faham, tapi saya takfaham" Jongsuk mendekatkan mukanya dengan muka aku. Pleaselah bukan kat sini
"Kamu tahu kenapa?" Badan Jongsuk dibongkokkan sedikit, wajah aku dengan Jongsuk semakin hampir. Aku mengangkat bahu sedikit
"Sebab saya tak faham. Kenapa bila saya jumpa awak, jantung saya berdegup kencang" bisik Jongsuk pada telinga aku
Keadaan tadi terhenti seketika, aku merenung anak matanya, hell apa aku buat? Dengan tidak sengaja, aku tertolak pensel aku jatuh. Lantas aku mengambil pensel tersebut lalu Jongsuk kembali ke hadapan
Fuh! Lega mattt, nasib tak kena kiss. Aku memegang bibir aku hehe, berangan je lebih
"Rose, sila beri perhatian!" tegur Jongsuk
"Nae! Mianhae" aku kembali fokus pada Jongsuk, eh pembelajaran hari ini
(End POV)

ANDA SEDANG MEMBACA
Be Mine! (LJS X PCY)
Teen FictionRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...