Pada pagi yang cerah, sesi persekolahan sudah mula. Para pelajar bersedia di dalam kelas menunggu guru
Semua pelajar tersenyum lebar berjumpa dengan rakannya tapi tidak Rose, dengan keadaannya yang kurang sihat, nak buka mata pun susah
Rose masuk ke kelas terus meletakkan kepalanya di atas meja. Kaerul di sebelahnya pelik
"Kau okey tak?" Rose mengangguk. Kaerul mengabaikan Rose, bukan tak kisah cuma bagi dia rehat
"Bangun!" arahan ketua kelas diikut oleh semua pelajar di dalam kelas itu kecuali Rose, dia masih berada dalam keadaan yang sama. Kaerul mencuit lengan Rose
"Wey bangun wey, cikgu dah masuk" tiada respon dari Rose, masih statik begitu
"Rose!" Rose tersentak, serta merta Rose bangun dengan perlahan. Rambutnya yang serabai dirapikan, badannya yang lesu diutamakan. Langsung tak kisah apa jadi di sekelilingnya
"Duduk!" arah Jongsuk. Semua pelajar duduk setelah diberi kebenaran
"Buka buku teks, muka surat 198" Kaerul menyelak muka surat buku teksnya. Rose masih mencari buku teksnya di dalam beg, tiada, hampeh betul, ni jadual semalam!
Kepala Rose mula berpinar, dia terus berbaring seperti tadi tanpa mengeluarkan sebarang buku nota atau buku latihan. Kaerul yang khusyuk belajar tidak perasan Rose tidur
"Baik kelas, hari ini---" kata-kata Jongsuk terhenti. Mata Jongsuk tertumpu pada Rose. Pantang betul bila orang tidur waktu dia mengajar
"Rose!" jerit Jongsuk
Rose mengangkat kepalanya lemah, dahi diurut. Kain napkinnya menutup mulut dan hidungnya
"Mana buku kamu?" soal Jongsuk. Rose menggeleng, kepalanya ditahan dengan lengan supaya tidak terlentok
Jongsuk meneruskan pelajarannya yang terganggu. Hampir separuh dia mengajar, kalini dia betul-betul marah apabila Rose langsung tidak fokus pada dia. Wahh, penat-penat aku ajar kau boleh tidur?
"Rose! Kamu berdiri di luar sekarang!" Rose berdiri dengan lemah. Kaki diatur ke luar kelas, air matanya mengalir selepas sahaja dia keluar dari kelas itu. Kaerul risau, mahu pengsan minah ni kang
Rose menyandar pada pintu kelas. Esakannya semakin kuat, kepalanya terasa ringan. Perut mula memulas, air liur memenuhi mulutnya ingin memuntahkan isi perut tapi Rose cuba menahannya. Cikgu jahat! Tak nak kawan cikgu!
Orang lalu lalang diabaikan, muka dah siap tutup dengan kain napkinnya. Rose mencari kekuatan untuk berdiri
"Panggil Rose masuk" arah Jongsuk pada Wooman
Wooman melangkah ke pintu kelas. Kepala dijenguk ke luar, muka Rose yang memerah dipandangnya
"Rose---" kata-katanya terhenti apabila Rose terus melangkah masuk ke dalam kelas. Wooman melihat sahaja Rose berjalan melepasinya.
Rose menjadi tumpuan kelasnya, semua mata tertumpu padanya. Separuh muka Rose ditutup dengan kain napkin, matanya kelihatan sembab dan bengkak
"ROSE!"
Jerit Kaerul kuat selepas sahaja Rose rebah di hadapan kelasnya. Kaerul berlari mendapatkan Rose, kepala Rose dipangkukan
Rose dikerumun rakannya. Jongsuk yang duduk di meja guru terus berlari menghampiri Rose
"Bagitahu cikgu bertugas ada pelajar pengsan, cepat!" arah Jongsuk pada Kaerul. Kaerul mengangguk, dia berlari laju menuju ke bilik guru
Jongsuk memegang kedua belah pipi Rose, ditepuk perlahan pipi Rose. Tiada respon
Jongsuk mengangkat Rose bridal style. Kakinya laju melangkah ke bilik kesihatan. Dengan perlahan dia meletakkan Rose di atas katil yang tersedia di dalam bilik itu. Selimut ditarik menutupi tubuh Rose
"Sabar ye Rose" ujar Jongsuk risau. Kepala Rose berkali-kali dia usap
###
Waktu rehat telah tiba, seperti biasa Kaerul akan rehat bersama Naedri, Ceungma dan Fataen tapi kali ini tanpa Rose. Kaerul menyuap sandwich ke dalam mulutnya tanpa banyak bunyi, roti kacang merah yang dibelinya direnungnya lama"Kau kenapa? Roti ni dah tarikh luput ke?" Kaerul menggeleng, Naedri mencapai roti itu. Laju sahaja Kaerul memukul tangan Naedri. Kaerul merenung Naedri lama
"Apa?" Naedri ketawa melihat muka Kaerul
"Lawak odo muka kau" sambung Fataen yang membuatkan Ceungma turut tergelak
Kaerul menjeling, suapan terakhir sandwichnya dikunyahnya rakus. Roti kacang merah diambilnya
"Tu, makwe korang dah tunggu" Kaerul menunding jarinya pada seorang lelaki yang berpakaian perempuan. Kaerul berlalu pergi menuju ke bilik kesihatan
"Euwww, Kaerul! Tunggu kitorang!" jerit Ceungma. Ceungma berdiri, maknyah di belakangnya dijelirnya
"Naed, cepat lari!" jerit Fataen pula. Tubuh Ceungma ditolak kasar ke tepi. Nasib menyebelahi Ceungma, kelibatnya hilang dengan cepat
"Tak guna Ceungma!" Fataen sudah berdiri ingin melarikan diri. Naedri masih mengunyah ayam goreng, Fataen berfikir seketika
"Sorry Naed" Fataen berlari meninggalkan Naedri
"Fataennnnnnn!" jerit Naedri kuat
"Hai abang sado~" perempuan tak serupa perempuan itu duduk di sisi Naedri
"TIDAKKKKKK!" Kedengaran jeritan Naedri memenuhi ruang sekolah itu
Kaerul tergelak mendengar Naedri menjerit dengan kuat. Langkahnya dituju ke bilik kesihatan. Pintu bilik kesihatan yang terbuka membuatkan Kaerul pelik, Rose dah keluar ke?
Kaerul menjenguk ke dalam. Dia melihat Jongsuk sedang merenung Rose yang terbaring lemah di katil, apa cikgu buat kat situ?
Kaerul memerhatikan Jongsuk dengan teliti. Telinga dirapatkan di pintu
"Saya minta maaf buat awak macam tu ---" Kaerul mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Jongsuk
" --Saya sayang awak sangat-sangat" ujar Jongsuk sedikit sedih, pipi Rose diusapnya perlahan. Kaerul menutup mulut dengan tangannya, is it real?
"Tak boleh jadi" Kaerul terus melangkah masuk ke dalam bilik kesihatan itu tapi langkahnya berubah apabila seseorang menariknya jauh dari bilik kesihatan. Roti kacang ditangannya terjatuh di hadapan pintu bilik itu
"Lepaslah!" Kaerul menyentap tangannya, lelaki di hadapannya di pandang tepat. Tangan dibawa dalam pelukan menghilangkan rasa kebas
"Kau kenapa?" soal Kaerul pelik. Kalau ye pun nak borak, cakaplah elok-elok
"Aku nak ajak kau pergi majlis tari menari hujung minggu ni" ujar Q. Tangannya diseluk ke dalam poket
"Boleh je tapi ---" kening Q terjungkit. Kaerul melangkah ke hadapan menghampiri Q.
"--- jangan segak sangat, tergoda aku nanti" jari Kaerul bermain di dada bidang Q. Q tersengih, dia menggaru belakang kepalanya
"Kalau macam tu, aku pakai tuxedolah ----" kalini Kaerul berundur ke belakang apabila Q membongkokkan badannya. Kaerul menelan kasar air liurnya
"--- biar kau tergoda~" bisik Q di telinga mulus Kaerul, tersenyum sinis dia memandang wajah cemas Kaerul
Dunia seakan terhenti, mata Kaerul dan Q bertaut lama. Kaerul merenung anak mata Q tanpa dia sedar dirinya sangat hampir dengan Q
"Kau mengelamun apa?" Kaerul tersentak. Kepalanya terus menunduk menutup mukanya yang memerah. Q tersengih
"Err a-aku ba-balik kelas dulu" ujar Kaerul, dia sedaya upaya menutup wajahnya dengan rambutnya. Kakinya melangkah ingin pulang ke kelas tapi gagal. Lengan kirinya yang dipegang oleh Q dipandangnya, Kaerul menjenguk melihat wajah Q
"Nanti pakai cantik-cantik tau, kasi aku angau kat kau" pesan Q sambil mencubit pipi Kaerul
"Bluekkkkk! Taknak!" Kaerul menepis tangan Q, dia terus lari meninggalkan Q. Terhambur tawa Q melihat Kaerul lari lintang-pukang
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Teen FictionRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...