Jongsuk memandang Rose yang sedang berpeluk tubuh itu. Lambat sangat ke aku datang?
Pintu dibuka, langkah diatur ke tempat di mana Rose berdiri. Betul-betul depan Rose Jongsuk berdiri
"Awak nak mengajuk kat sini sampai bila?" perli Jongsuk, dia juga turut memeluk tubuh tapi matanya mengimbas setiap inci wajah Rose, cantik!
"Patutnya saya yang tanya soalan dulu kat cikgu, kenapa lambat?" Rose menghentak kakinya kuat, muka Jongsuk direnungnya tajam
"Alah sorrylah, sayakan melayu~" pujuk Jongsuk. Lengan Rose digoncang-goncangnya meminta maaf. Rose menghembus nafas berat, muka Jongsuk dipandang semula. Hm rasanya hati aku ni dah banyak kali cair tengok dia, dapatlak dia buat muka comel dia haih, mana fridge?
"Tak payah buat muka comel, dah jom" Rose menarik tangannya dari pegangan Jongsuk, pintu kereta sebelah pemandu ditujunya
"Eh kejap!" Rose berundur ke belakang bila Jongsuk memegang tombol pintu kereta itu. Jongsuk membuka pintu itu lalu dia memberi ruang pada Rose
"Silakan masuk" jemput Jongsuk sambil tangannya mengalu-alukan Rose masuk ke dalam keretanya. Rose tersengih, kepalanya digelengkan sedikit
Rose terus masuk ke dalam kereta. Jongsuk perlahan-lahan menutup pintu itu, pintu bahagian pemandu ditujunya pula. Terus dia masuk tanpa banyak bunyi
"Cikgu, saya nak tanya" Rose memulakan bicara
"Tanyalah" Jongsuk masih fokus memandu
"Kenapa cikgu ajak saya pergi majlis tari-menari tu? Saya tak retilah menari-nari macam tu" soal Rose sambil tangannya memeluk seseorang seakan-akan sedang menari. Jongsuk ketawa melihat riak wajah Rose
"Pengetua suruh bawak pasangan as awak tahukan saya belum kahwin. Jadi saya bawak bakal isteri saya" jawab Jongsuk tanpa memandang Rose. Berderu darah naik ke muka Rose, muka Rose membahang. Dikibas wajahnya dengan tangan kanannya menahan blushing, Jongsuk tergelak
Rose berdehem, posisi duduknya dibetulkan. Cermin sisi di luar dipandangnya, tak berani woah nak toleh kanan
"Dah sampai~" Jongsuk menghentikan keretanya. Rose menjenguk ke luar tingkap, pelik, ni bukan panggung wayang
"Kita kat mana ni?" Rose menoleh ke arah Jongsuk. Kosong, awal mamat ni keluar
Rose meluru keluar daripada kereta itu. Jongsuk yang berdiri tegak di tengah pantai itu dipandangnya, Rose berlari ke arah Jongsuk
Rose mengambil tempat di sebelah Jongsuk, lutut di peluk kemas, kasut dibuka lalu dijadikan sebagai alas. Kakinya menguis-nguis pasir
"Nyamannyaaaa" ujar Rose. Sengaja dia menyandarkan kepalanya pada bahu Jongsuk, Jongsuk tergelak kecil
"Petang macam ni memang tak ramai orang kan" soal Jongsuk. Rose menoleh ke kiri dan kanan, yah lengang gila. Hanya ada 2, 3 family sahaja di situ
"Jom main air" Jongsuk berdiri, dia menghulurkan kedua belah tangannya
"Saya teman cikgu je" Rose tersenyum, dia mencapai tangan Jongsuk. Serta merta Rose berdiri tegak di hadapan Jongsuk
"Argh!" Jongsuk menarik Rose ke dalam air, Rose mengeraskan kakinya
"Jangannnnn, basah baju saya nanti" Rose menarik tangannya dari pegangan Jongsuk. Tangannya yang dipegang kemas oleh Jongsuk terlepas, Rose berlari ke arah tempatnya tadi. Terus dia duduk memeluk lututnya, Jongsuk di hadapannya dijelir lidah
Jongsuk ketawa sambil berjalan menghampiri Rose. Dia mencekak pinggang, rambutnya yang serabai disebak dengan kemas. Jongsuk meregangkan otot badannya, sesekali dia meletup-letupkan jarinya
YOU ARE READING
Be Mine! (LJS X PCY)
Подростковая литератураRose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...