Rose pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki ujian SPM tidak lama lagi. Kehadiran guru Matematik baharu menarik perhatian ramai pelajar termasuk Rose. Guru yang paling muda di sekolah itu atau lebih disenangi panggil Jongsuk menjadi idola Rose untuk...
Taeni dan Hyunjae hanya diam melihat Kaerul yang tiba-tiba mengamuk
"Kau okey tak ni?" Q tetap berdegil lalu dia memegang kedua-dua bahu Kaerul
"JANGAN PEGANG AKULAH!" Kaerul menolak Q jatuh dari katil. Mata Kaerul redup, seakan-akan mahu menangis
"Aku minta maaf" sayu saja suara Kaerul lalu dia berlari keluar dari bilik tersebut
"Kaerul!" dengan usahanya, Q bangun dari duduknya sambil dia memegang pinggangnya yang terhentak
"Korang duduk dulu, aku pergi cari dia kejap" Hyunjae dan Taeni duduk di birai katil itu lalu Q berlari keluar. Q memandang kiri dan kanan
"Mana dia pergi ni" Q berjalan menghampiri pintu utama. Taman bunga di belakang hospital terimbas dalam ingatannya. Tanpa menunggu lama, Q berlari menuju ke sana.
Sampai sahaja di situ, Q nampak Kaerul duduk di kerusi di mana pertama kali mereka berbual. Dari jauh Q dapat mendengar tangisan dari Kaerul, yah dia menangis
Dengan perlahan, Q menghampiri Kaerul. Q berdiri betul-betul di belakang Kaerul, dia tidak tahu mahu buat apa, pujuk ke atau kiss? Eh melampau sangat uh
"Hiks kau ke-kena ingat hiks ya-yang dia dah ber-berpunya hiks hiks" kata Kaerul diselang tangisnya
"Dia cakap pasal aku ke?" getus hati Q. Q menjenguk ke hadapan, ternyata Kaerul sedang menatap polaroid kecil yang erat dipegangannya
"Aku suka kau" Kaerul membawa polaroid itu ke dalam pelukannya. Selepas beberapa minit, Kaerul merenung polaroid itu lagi
"Gambar aku?" Q ternampak polaroid itu, yah gambar dia tahun lepas masa dia di kedai dengan gula-gula lolipop. Hak, Comellllll!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Dia suka aku?" Q memegang lembut dadanya. Kaerul di hadapannya dipandang perlahan
(Kaerul POV)
"Aku suka kau" ujar aku lembut lalu aku memeluk polaroid yang dah lama aku simpan. Aku dapat rasakan diri aku semakin tenang, polaroid tadi aku tatap
Gambar Q dengan lolipop, hehe comel! Dalam tak sedar, aku tersenyum memandang polaroid itu
"Eh" serta merta badan aku keras setelah terasa sebuah pelukan hangat pada tubuh aku dari belakang. Aku terus memegang kedua belah tangan yang melingkari leher aku, kepalanya disembamkan pada bahagian leher kanan aku
"Siapa ni?" soal aku apabila pelukannya makin erat. Aku meleraikan pelukan itu lalu bangun
"Q? Ka-kau buat apa kat sini?" tanya aku sedikit gagap. Haih, time nilah kau nak gagap
Q diam lalu dia berjalan dan berhenti di depan aku. Aku mendongak memandang mukanya, wajahnya tiada secalit pun senyuman. Aku hanya berdiam
Q menarik aku ke dalam pelukannya, dia mengeratkan lagi pelukan hangat itu sambil menepuk lembut belakang aku. Aku hanya terkaku. Dengan perlahan, aku membalas pelukannya