15

2.6K 33 2
                                    

Mya dan suaminya disambut meriah oleh keluarga lelaki.

" Jom masuk nak. Tuan Besar kami ada datang ke sini. Dia yang suruh buat majlis ni untuk sambut kedatangan kamu ke dalam keluarga ni nak. "
Kata bapa mertuanya. Mya mengangguk. Sampai di ruang tamu, Tuan Besar sudah menanti kehadiran mereka.

" Tuan Besar, pengantin dah sampai. Tuan berkatlah mereka semoga kekal ke jannah."
Kata bapa mertua Mya. Mya dan suaminya bersalaman dengan Tuan Besar,

" Sujud kaki dia nak. "
Kata bapa mertuanya, Mya dan suaminya menyujud kaki Tuan Besar namun Mya ditendang oleh Tuan Besar itu.

" Tuan! Jangan buat isteri saya macam ni. Saya dah tunaikan apa yang tuan minta. "
Kata suami Mya, Aidil,

" Aku suruh kau kahwin dengan dia bukan untuk dia sujud kaki aku, tapi untuk bapak dia sujud kaki aku! "
Kata Tuan Besar itu.

" 10 tahun yang lalu bapak kau masukkan aku dalam penjara! Sampai aku harus melutut merayu kat dia supaya bebaskan aku! Aku hidup hanya untuk balas dendam pada dia! "

" Sekarang, kau telefon bapak kau! Suruh dia datang jumpa aku! "
Kata Tuan Besar itu lalu membaling telefon kepada Mya,

" Xnak! "
Kata Mya,

" Kau xnak?! "
Marah tuan besar itu, lalu

Pap!

Satu tamparan yang kuat hinggap dipipi Mya,

" Tuan! Ini dah melampau! "
Kata Aidil,

" kau jangan campur urusan aku! "
Katanya kepada Aidil. Mya dengan teresak esak menelefon T.Raichand.

" Bangsat! Kumpulkan orang kita sekarang ke rumah Ragaman! "
Kata T.Raichand kepada anak buahnya.

----- - ----  ----- ------- ----- ------ ----- -----

" Tuan Besar! Dia dah sampai! "
Jerit anak buahnya,

" Bagus! Orang tua tu akhirnya mengalah! "
Kata Tuan Besar,

" yang datang tu bukan tua tuan, tapi muda! "
Kata anak buahnya,

" Kau telefon siapa tadi?! "
Marah Tuan Besar sambil menarik kasar rambut Mya,

" Bapa kau! "
Kata Mya kepadanya.

" Habiskan lelaki tu! "
Kata Tuan Besar. Anak buahnya mulai berkumpul mengepung lelaki itu.
Namun satu persatu tumpas ditangan lelaki itu.

" Hey! Kau siapa?! "
Tanya Tuan Besar sebaik saja dia masuk ke dalam ruang tamu itu.

" Siapa dia?! "
Tanya Tuan Besar kepada Mya,

" Dia abang saya! Walaupun dia hadir sebagai tetamu dimajlis saya, tetapi dia datang sebagai abang saya! "
Kata Mya,

" Sial! "
Marah Tuan Besar itu.

" Botak! Belasah mamat ni! "
Kata Tuan Besar. Lelaki yang bernama Botak itu, yah memang sesuai namanya kerana orangnya pun botak.

Dushhh!

Satu tumbukan padu diberikan oleh Miguel kepada Botak itu. Botak itu bangun semula, dia memukul Miguel menggunakan kerusi, Miguel tetap bertahan dikedudukannya.

" Hiyaaaaaaa !!! "
Tumbukkan Botak itu sempat dielak oleh Miguel. Miguel menendang dada Botak itu, Botak itu terbatuk darah. Giliran Miguel memukul Botak itu menggunakan kerusi tadi. Akhirnya, Botak itu kalah jua.
Tuan Besar terkejut. Miguel menghampiri Tuan Besar lalu ditamparnya dengan kuat lelaki itu. Mya lalu berselindung dibelakang Miguel, baju Miguel ditariknya.

" Kau cuma kenal bapa dia, tapi kau lupa tentang abang dia. "
Kata Miguel,

" Berani kau! "
Jerit Tuan Besar itu, dia menghunus pisau ke arah Miguel namun tangannya ditahan oleh Miguel. Tangannya dipulas oleh Miguel,

Crakkk!

" Arghhhh! "
Jerit tuan besar .

Miguel membelasah Tuan Besar dengan teruk sehinggalah lelaki itu tidak berdaya.
Miguel menarik tubuh lelaki itu keluar halaman rumah lelaki itu. Tangan adiknya dipimpinnya, Mya memandang wajah Miguel. Dirinya dilanda serba salah terhadap Miguel kerana membelakangkan Miguel dalam perkahwinannya.

Langkah Miguel terhenti apabila dia melihat keluarganya sudah berada diluar. T.Raichand keluar.

" Aku dah cakap kan berhenti buat! Kau x nak dengar! Sekarang tengok apa yang jadi pada adik aku! "
Marah Miguel pada T.Raichand,

" Kau siapa nak masuk campur urusan keluarga aku? Dia anak aku! Bukan ADIK KAU! "
sahut T.Raichand walaupun hatinya sakit untuk berbicara seperti itu. Miguel tertawa kecil,

" Okay, mulai sekarang aku xkan masuk campur urusan keluarga kau TUAN RAICHAND! "
kata Miguel sambil menegaskan nama papanya.

" Pa! Jangan buat abang macam tu! Abang yang selamatkan adik tadi. "
Kata Mya,

" Dia bukan keluarga kita."
Kata T.Raichand. Miguel berlalu pergi, namun dia ditahan oleh Mya,

" Abang! Jangan pergi! "
Kata Mya. Dia memeluk Miguel, air mata Miguel xdapat ditahannya lagi.

" Adik baliklah ikut keluarga adik. Walaupun kita bukan keluarga, tapi abang tetap sayangkan adik adik abang. "
Kata Miguel sambil mengesat air mata Mya. Michael datang menarik Mya,

" Bawa adik kakak kamu pergi."
Kata Miguel kepada Michael lalu Miguel menghidupkan enjin keretanya.

" Abanggg!! "
Jerit Mya.

MIGUEL [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now