Aku membuka mata aku dengan perlahan . Aku bangun dan melihat sekeliling . Aku di dalam bilik aku sendiri .
Aku melihat jam di tangan aku menandakan sudah pun pukul 10 pagi . Aku bersiap untuk mandi . Setelah siap mandi , aku keluar dari bilik aku dan bergegas ke dapur .
Aku mencari makanan untuk dimakan
" hmm nampaknya takde makanan ni , aku kena masak " kata aku di dalam hati
Aku mulai memasak . Masakan yang aku masak adalah nasi goreng kimchi . Aku belajar dari omma aku .
Setelah 20 minit memasak , masakkan pun siap . Aku meletakkan nasi goreng kimchi itu di dalam pinggan . Aku berjalan keluar dari dapur dan duduk di hadapan tv
Aku meletakkan pinggan itu ke atas meja lalu mencari alat kawalan tv . Aku membuka rancangan cartoon . Aku takminat cerita drama drama ni hehe .
Tiba tiba pintu dibuka luas . Hyunsuk masuk ke dalam rumah lalu menutup semula pintu itu dengan kuat
" baguslah kau dah bangun , aku nak kau siap nanti " kata hyunsuk
" siap buat apa ? " tanya aku
" kau takpayah tau lah "
" aku tau lah , kau nak jual aku kan ? "
" ha tau pun . Cepat siap " kata hyunsuk
" kalau omma dengan appa tau kau buat aku macam ni , mesti dorang sedih kat sana " kata aku perlahan
" ha ? Kau nak babitkan mereka pulak ? Kenapa ? Kau taknak aku jual kau ? " hyunsuk mendekati aku
" orang gila je nak bila kena jual " aku menjelingkan mata aku ke arah hyunsuk
Hyunsuk gelak tanpa henti henti
" baik kau ikut je aku cakap , sebelum benda buruk jadi kat kau " kata hyunsuk lalu mendekatkan mukanya ke muka aku
Aku mengelak dari hyunsuk . Aku bangun lalu beredar . Aku meletakkan semula nasi goreng kimchi yang aku tidak habis itu kedalam tudung salji . Kemudian aku bergegas masuk ke dalam bilik aku
Namun hyunsuk dengan cepat menghalang aku dari masuk ke dalam bilik .
" kau nak pergi mana ? " tanya hyunsuk
" masuk bilik lah . Kau nak sibuk kenapa ? " aku menolak hyunsuk ketepi
" sibuk ? Urusan kau urusan aku jugak lah pabo " hyunsuk menarik aku keluar dari rumah . Dia memaksa aku untuk masuk ke dalam kereta miliknya
" ey aku taknak ikut kau lah dasar jantan takguna . Turunkan aku ! " tengking aku
Malangnya , tiada siapa yang mendengar jeritan aku kerana aku berada di dalam kereta hyunsuk
" kau turun masa kita dah sampai kelab nanti " hyunsuk dengan cepat menghidupkan enjin lalu bergerak keluar dari kawasan rumah kami
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Roman d'amour" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...