Aku keluar dari rumah jihoon senyap senyap . Kerana aku ingin meminta maaf kepada hyunsuk . Perut aku tidaklah seberapa nak besar sangat sebab kandungan dalam perut aku baru 2 bulan lebih .
Aku berhenti di perhentian bas . Nasib baik lah bas datang masa aku tepat tepat datang .
Aku masih hafal lagi jalan ke rumah aku dan hyunsuk . Tiba tiba hp aku berdering , menandakan seseorang sedang memanggil aku . Aku melihat di screen hp .
" halah dia call pulak " kata aku mengeluh apabila ternampak nama jihoon di screen hp aku
Aku tidak menjawabnya malah mematikan lalu masukkan hp itu ke dalam beg hijau milik aku
Setelah 20 minit menaiki bas , aku pun sampai di tempat destinasi . Aku turun dari bas lalu berjalan mencari rumah hyunsuk .
Di hadapan rumah hyunsuk
Aku mengetuk pintu rumah itu dengan perlahan . Hyunsuk membuka pintu lalu terkejut kerana aku berada di hadapannya .
" kau nak apa ? " tanya hyunsuk
" aku-aku nak minta maaf . Aku tau perbuatan aku salah sebab dah mengandungkan anak luar nikah " kata aku lalu tunduk ke bawah
" haih , aku sebenarnya taknak maafkan kau tapi siapa lah aku kan taknak maafkan kau . Hm takpelah , aku maafkan kau . Aku tau bukan kau yang nak buat semua ni pun kan ? "
Aku memandang hyunsuk lalu tersenyum
" kau pergi sini naik apa ? Jihoon tau tak ? " tanya hyunsuk lagi
" em- tak . Aku datang sini naik bas " kata aku perlahan
" jadi , jihoon taktau la ni ? "
Aku menggeleng laju
" habislah kalau jihoon tau kau takde kat rumah tu "
" halah biar je lah dia . Aku bukannya nak pun tinggal dengan dia . Aku lebih suka tinggal dengan kau kat rumah ni "
" erkk , sorry eh sebab pasal hari tu . Aku terdesak sangat nak duit then tercakap pulak macam tu kat jihoon " hyunsuk meminta maaf
" ahh takpe , aku dah lama maafkan kau "
" ha jom lah masuk . Dahla panas kat luar . Tak elok untuk kesihatan anak dalam perut kau tu "
Aku masuk ke dalam rumah lama aku , aku memandang sekeliling , semuanya tetap sama walaupun aku sudah meninggalkan rumah ini agak 3 bulan .
" takde apa pun yang berubah kat sini . Semuanya tetap sama " kata hyunsuk
Selang 40 minit aku berada di dalam rumah hyunsuk , hp aku berdering semula . Aku mengambil hp aku yang berada di beg aku , lalu melihat di screen hp aku
Aku terkaku kerana nama jihoon yang berada di screen hp aku
" siapa call ? " tanya hyunsuk yang sedang mambaca buku
" ji-jihoon " kata aku gagap
" ha ? Angkat je . Tanya dia nak apa "
Aku mengangkat dengan tangan menggigil
" hello sayang . Where are you ? "
" kenapa nak tau ? "
" ofcoz lah aku kena tau sebab kau tu hak aku . So aku tanya balik , kau kat mana ? "
" kau takperlu tau lah "
" aku takperlu tau ? Wow , sekarang kau makin berani eh dengan aku "
" takpayah sebok lah . Bukan urusan kau pun "
" bukan urusan aku ? Okey fine . Aku tau kau kat mana sekarang . Cuba kau bukak pintu rumah kau "
Aku membuka pintu rumah dan hampir terkena serangan jantung kerana jihoon berada di hadapan rumah aku dan hyunsuk
" kat sini rupanya kau ye " kata jihoon
" kau ni takboleh ke biarkan dia bebas sekejap ? Dia nak jumpa aku sebab nak minta maaf je " marah hyunsuk
" aip aip , no no . Dia takboleh bebas walau 1 saat pun "
Aku mengundur kebelakang lalu menyorok di belakang hyunsuk . Aku semakin takut kerana cuma ada jihoon , hyunsuk dan aku sahaja di dalam rumah .
" sekarang ni aku nak adik aku balik ! Kau beli pompuan lain , aku boleh bayar balik berapa banyak kau bagi kat aku dulu " tegas hyunsuk
" simpan jelah duit kau tu , aku takperlukan duit . Aku perlukan adik kau je " kata jihoon selamba
" kenapa kau nak sangat eh adik aku ni ? " tanya hyunsuk
" sebab dia dah pregnant kan anak aku ! " tengking jihoon
" oh so kau nak jadi bapak kepada anak dalam perut minha lah ni ? " perli hyunsuk
" yes u right . Minha , jom ikut aku balik " kata jihoon lembut
" taknak ! Aku nak tinggal kat sini dengan hyunsuk . Dia boleh jaga aku dengan lebih baik " kata aku degil
" degil lah kau ni sayang " jihoon mendekati aku yang berada di belakang hyunsuk
Hyunsuk menolak jihoon
" ni adik aku , kau dengan dia takde apa apa so jangan berani nak datang dekat " tegas hyunsuk
" heh , tapi dalam perut dia tu , ada anak aku jugak . So aku pun ada hak dekat dia "
Aku merasakan pening yang amat kerana suasana menjadi sangat tegang dan bising . Aku berusaha melawan tetapi aku kalah . Dunia aku menjadi gelap dan akhirnya aku tidak dapat melihat jihoon dan hyunsuk
Tbc
YOU ARE READING
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romantizm" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...