chapter 21 🌸

676 79 1
                                        

Sejak kejadian semalam , junkyu tidak lagi membenarkan aku untuk keluar tanpa nya . Aku faham dengan tindakannya , kerana dia terlalu risau dengan keadaan kandungan aku yang semakin membesar .

" tok tok tok "

Bunyi ketukan yang berada di luar bilik mula menganggu aku untuk mendengar lagu di laptop

" kejap " kata aku lalu turun dari katil dan membuka tombol pintu itu dengan luas .

" kau dah lama tak pergi check kan ? Jom aku teman kau " kata junkyu lalu memberikan senyuman yang cukup manis

" oh haah . Dah lama aku tak pergi check . " kata aku . Nasib baik junkyu ingatkan .

" ha pergi siap . Aku tunggu kat kereta . Hyunsuk ikut sekali tau . Jangan lama lama " kata terakhir junkyu lalu meninggalkan aku keseorangan di bilik

Aku kembali menutup pintu bilik dan mula bersiap .

Di hospital

Hyunsuk dan junkyu menunggu aku dan melihat nurse yang sedang mengscankan (?) keadaan kandungan aku

" kandungan puan sihat .  Tak ada apa apa berlaku " kata nurse itu yang sedang melihat di screen komputernya

" dah berapa bulan dalam kandungan dia ? " tanya hyunsuk yang ingin tahu

" dah 8 bulan . Tinggal lagi 1 bulan je untuk dia nak bersalin " kata nurse itu

Setelah semuanya siap di check , aku bangun dari baring dengan bantuan hyunsuk dan junkyu

" puan minha takboleh buat kerja berat lagi . Dan puan minha takboleh makan dan minum yang berminyak dan keras . Puan minha kena banyakkan makan makanan yang berkhasiat ye . " ujar nurse itu

" okey baiklah . Terima kasih . Saya pergi dulu " kata aku lalu beredar dari situ , begitu juga dengan hyunsuk dan junkyu

Aku berhenti di hadapan mereka setelah lepas dari bilik tadi .

" kenapa berhenti ? " tanya junkyu pelik

" aku happy sebab tak lama lagi aku akan jadi ibu untuk anak ni tapi ada satu perkara yang selalu kacau dalam pikiran aku " kata aku lalu menoleh kebelakang dan memandang tepat ke mata junkyu

" apa dia ? " tanya junkyu yang menunggu perkataan yang keluar dari mulut aku

" aku-aku hmm takpelah . Jom balik " kata aku lalu menyambung semula perjalanan . Niat untuk memberitahu perkara yang selalu bermain di pikiran aku kepada junkyu akhirnya terbatal .

Hyunsuk dan junkyu memandang satu sama lain . Mereka pelik dengan perangai aku hari ini yang sedikit gelabah .

" kau okey tak ? Ada benda yang aku perlu tau ke ? " tanya hyunsuk lalu berhenti di hadapan aku dan menghalang aku untuk berjalan

Aku memandang wajah abang aku dengan lama . Aku tidak tahu sama ada aku perlu bagitahu mereka hari ini ataupun tidak . Aku merasakan bahawa belum sampai waktunya lagi . Aku tidak ingin memberitahu hal ini kepada mereka mahupun junghwan .

" aku belum ready untuk bagitahu korang . Nanti kalau aku dah ready and dah sampai waktunya , baru aku roger kat korang keyh ? " kata aku lalu menolak hyunsuk ketepi dengan perlahan lalu menyambung semula perjalanan untuk sampai ke kereta junkyu .

Di rumah junkyu

Aku membuka tombol pintu utama dan terkejut kerana bibik dan juga junghwan berada di hadapan aku dengan memberikan senyuman ke arah aku .

" yeayy puan minha dah balik " kata salah seorang bibik itu dengan gembira

" jom minha kita ke dapur . Bibik ada masak masakkan yang berkhasiat untuk awak . Baik untuk anak awak tu " kata junghwan selaku doktor yang tahu bagaimana untuk menolong orang .

" okeyy , saya pun tengah lapar jugak ni hihi " kata aku lalu berjalan bersama dengan junghwan ke arah dapur

" tadaa " kata junghwan lalu membuka penutup periuk itu lalu diletakkan di atas meja .

" woww nampak menyelerakan lah " kata aku gembira lalu menepuk tangan tanda aku suka dengan makanan itu

" hihi saya yang suruh bibik masak sebab saya tahu awak kena makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan kandungan awak tu " kata junghwan lalu membawa pinggan dan senduk ke arah aku

" mekasihh " kata aku lalu mengambil pinggan dan senduk di tangan junghwan .

Aku mula makan makanan itu dengan menyelerakan . Aku kena banyakkan makanan yang berkhasiat untuk dapatkan kekuatan . Lagi lagi aku akan dapatkan anak lelaki .

Semua yang berada di dalam rumah ini juga tampak gembira apabila mereka tahu akan wujudnya bayi di dalam rumah ini tidak lama lagi .

Bibik mula beredar kerana mereka ada kerja untuk disiapkan , junghwan pula beredar kerana dia ada laporan di kerjannya yang belum siap . Begitu juga dengan hyunsuk , dia beredar meninggalkan aku . Tetapi tidak dengan junkyu , dia tidak beredar malahan dia menghampiri aku lalu duduk di hadapan aku .

" minha " panggil junkyu perlahan

" ye ? " tanya aku lalu berhenti dari makan dan mula memandang wajah lelaki itu dengan tenungan pelik

" aku-aku " kata junkyu gagap

" kenapa ? Ada benda nak bagitahu kat aku ke ? " tanya aku kehairanan

" ada , tapi takpelah . Kau makan lah dulu . Lepas habis makan , jumpa aku kat pondok sebelah kolam renang . Aku tunggu kau kat sana " kata junkyu lalu bangun dan meninggalkan aku keseorangan disitu . Sepertinya dia ada rahsia yang tidak berani untuk luahkan kepada aku .

" hmm peliknya perangai dia hari ni " kata aku di dalam hati . Kemudiannya aku kembali menikmati makanan yang berada di hadapan aku .

Di pondok sebelah kolam renang

Seperti dijanjikan oleh junkyu , aku mencarinya dan melihat dia sedang menunggu kedatangan aku . Aku menghampirinya lalu berdiri di hadapan lelaki itu .

" ha ada apa ? " tanya aku

Dia bangun lalu memegang kedua dua tangan aku dengan lembut

" aku takut nak bagitahu kau . Takut kau akan tinggalkan aku untuk selama lamanya selepas aku bagitahu kau ni " kata junkyu risau .

" aku takkan tinggalkan kau . Cakap je . Aku sedia untuk dengar " kata aku yang sedang menunggu junkyu untuk membuka mulut dan memberitahu aku perkara yang dia ingin untuk luahkan .

" sebenarnya aku- "

" aku what ? "

" sebenarnya aku suka kau . Aku dah lama suka kau since kita kenal lagi . Tapi aku takut untuk bagitahu kau sebab aku tau aku takde kesempatan untuk bagitahu kau pasal perasaan yang dah lama aku simpan ni " junkyu meluahkan perasaanya terhadap aku

Aku memandang junkyu dengan senyuman yang manis . Aku dah lama tau tentang tu .

" aku dah tau semua tu " kata aku

" mana kau tau ? " tanya junkyu malu .

" aku dah boleh agak ni dari dulu lagi . Dan sebenarnya aku pun suka kau . Semenjak kau care gila pasal aku . Aku terharu dengan apa yang kau buat aku selama ni " kata aku lalu meluahkan perasaan aku terhadap junkyu .

Kami meluahkan perasaan yang sama . Junkyu memeluk aku dengan erat . Aku mengusap belakangnya lalu senyum .

" aku takkan tinggalkan kau seperti mana yeochin lama kau tinggalkan kau " kata aku perlahan di sebelah telinganya

Junkyu masih lagi memeluk aku dengan erat dan tidak mahu untuk meleraikannya . Pelukkan ini tersangat hangat dan seperti aku tidak mahu untuk melepaskannya .

Mampukah aku akan merasakan pelukkan ini untuk selamanya ?

Tbc

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang