Semakin lama hubungan aku dan junkyu semakin rapat . Rapat sangat macam tidak mahu berpisah .
" junkyu-shi " panggil aku lembut
" nae minha ? "
" kalau lah satu hari nanti kan aku dah takde kat sini , apa kau buat ? "
Dan ya , kami tidak lagi memanggil panggilan awak saya kerana kami berdua lebih selesa memanggil aku kau
" apa kau cakap ni ? Kau jangan merepek lah . Aku taknak kau pergi . Nanti aku rindu . Kenapa kau tanya ? Ni mesti kau dah bosan kan ? Hmmm " kata junkyu lalu memeluk tangannya tanda merajuk
" elele merajuk ke tu ? Aku saje je tanya . Sebab aku dah lama tak jumpa abang aku . Apa lah yang dia tengah buat sekarang " kata aku lalu mengusap lembut perut aku
" kau rindu abang kau ke ? Kenapa kau tak cuba untuk contact dia ? " tanya junkyu sambil mencari alat kawalan tv
" dia tukar nombor . Aku taktau kenapa . Since aku lari dari rumah , aku try nak call dia tapi takdapat . Esoknya aku nak try lagi tapi takde nombor dia kat list contact aku "
Walaupun aku dan junkyu dah jadi semakin rapat , aku tidak pernah memberitahu junkyu dan junghwan mengenai aku dan jihoon . Cukup hyunsuk sahaja yang tau perasaan perit yang aku alami dulu
" kau taknak cuba cari dia ke ? Mana tau nanti jumpa ke ? "
Aku memandang tepat ke arah junkyu yang sedang melihat rancangan di tv
" ye tak ye jugak kan ! Tapi- "
" tapi apa ? Ala jangan risau ah . Aku kan ada , aku boleh teman kau . Aku takkan benarkan kau jalan kaki sorang sorang dalam keadaan macam ni . Perut kau tu pun makin membesar bukan makin mengecik " bebel junkyu yang matanya masih menghadap tv
" yelah . Mana junghwan ? "
" entah , patutnya dia cuti hari ni . Mungkin dia keluar kot "
Omma junkyu dan junghwan juga tidak tahu pasal kewujudan aku di dalam rumah ini kerana mereka berdua takut akan kalau omma mereka menghalau aku , jadi mereka tidak memberitahu kepada ommanya
" em junkyu-shi . Aku nak jalan jalan ah . Bosan duduk rumah . Jom teman aku ? " kata aku lalu berdiri di hadapan junkyu
" kau siyes ke ni ? "
" yelah , siyes ah ni . Aku nak round satu kota seoul ni "
" hmm yelah . Jap , bagi aku tukar baju dulu . Kau tunggu aku kat dalam kereta . 3 minit macam tu aku sampai " arah junkyu lalu bangun dari sofa
" naee " kata aku lalu bergerak keluar dari rumah junkyu dan masuk ke dalam kereta milik junkyu
Tiga minit kemudian , junkyu muncul dengan memakai baju hoddie berwarna hitam dan seluar jin bewarna hitam
" sorry buat kau tunggu lama " kata junkyu sambil menghidupkan enjin
" gwenchana . Takde lah lama pun "
" okey kkaja "
Kami berdua berjalan jalan di kota seoul menggunakan kereta junkyu .
Semasa kami berdua menikmati pemandangan kota seoul , hp aku berdering menandakan ada seseorang sedang message . Aku membuka lalu membaca nya dengan teliti
Hi minha sayang .
Dah lama aku taknampak
kau . Kau lari dari aku ?
sampai hati kau minha .
Kau kena ingat , sejauh mana
kau lari , aku akan dapat jugak
kau . Aku tau hyunsuk taksimpan
kau .Tapi ada sorang jantan
yang simpankau kan ? Takpe
minha , be happy dulu , nanti
kau tau lah apa yang akan jadi
dengan kau dengan jantan yang
sorok kau tu . Kau jangat ingat
aku senang senang nak lepaskan
kau hehehe
[ jihoon park ]Aku membuka mata aku dengan luas . Macam tidak percaya yang jihoon dapat nombor baru aku . Adakah dia tau pasal junkyu dan junghwan ? Apa yang dia akan lakukan terhadap aku jika dia menjumpai aku ? Terlalu banyak persoalan bermain di pikiran aku .
" kau okey tak ? " tanya junkyu secara tiba tiba
" ha ? Apa dia ? "
" aku tanya , kau okey tak ? "
" ohh , okey je . Kenapa ? " tanya aku dalam keadaan risau
" takdelah . Kau nampak macam gelabah bila bukak hp "
" ohh takde pape lah . Biasa lah perempuan mengandung kan nampak gelabah sikit " kata aku yang berusaha untuk menyembunyikan tentang jihoon
" kau kalau ada apa apa benda nak share , share jelah kat aku . Jangan dipendam lama lama . Takbaik untuk kesihatan kau " ujar junkyu yang sedang memandu
" baiklah encik junkyu " kata aku lalu tergelak kecil
Kami berdua menghabiskan masa berdua mengelilingi kota seoul . Adakah aku akan merasai lagi seperti ini selepas jihoon tahu dimana aku berada ?
Tbc
YOU ARE READING
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romantiek" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...