" aku taknak lah , lepas kan aku " pinta aku
" kau kena jugak ikut aku ! " tengking hyunsuk
Aku dan hyunsuk adalah adik beradik tiri . Mak ayah kami telah pun meninggal dunia 3 tahun lepas . Selepas kematian mak ayah kami , hyunsuk terus berubah . Dia selalu menyeksa aku dan ingin menjual aku di kelab malam .
" kau ni kenapa ! Sanggup kau jual aku demi kepentingan kau ! " tengking aku
" ish kau ni degil lah , aku nak duit faham tak ?! Kita sekarang ni tengah miskin " hyunsuk masih memaksa aku untuk mengikuti dia
" tapi kenapa kau nak jual aku ? Kau boleh je kan kerja ! "
Hyunsuk memandang aku dengan padangan tajam
" kau taknak ikut aku lah ni ? " tanya hyunsuk
" taknak ! "
" nampak nya aku kena guna cara kekerasan "
Aku memandang hyunsuk dengan pandangan pelik
Hyunsuk menarik aku di dalam bilik
" lepaslah ! " aku meronta untuk dilepaskan , hyunsuk memegang tangan aku dengan kuat
" ini balasan sebab kau taknak ikut apa yang aku suruh " hyunsuk membuka tali pinggannya dan melibas aku tanpa belas kasihan
Aku menangis kerana kesakitan yang amat di belakang badan aku .
" sakit ! " jerit aku
Hyunsuk berhenti lalu menaikan dagu aku ke atas
" aku bagi kau dua pilihan , nak ikut aku ataupun nak kena libas lagi teruk ? " hyunsuk memandang tepat ke arah mata aku
Aku tidak menjawabnya , aku hanya menangis kerana aku masih merasakan sakit di belakang aku
" kenapa kau diam ? Kau nak kena libas lagi ? " tanya hyunsuk
" aku cuma nak hidup bahagia je , aku taknak kau jual aku . Aku pun ada perasaan sama dengan kau . Tapi kenapa kau buat aku macam ni ? " kata aku dalam nada yang sayu
" heh , kau nak hidup bahagia ? Jangan harap ! Kau taklayak hidup bahagia . Kau layak hidup dalam keseksaan . Aku pasti nanti ada orang kaya nak beli kau " hyunsuk menarik aku bangun
Aku hanya diam , tidak mampu untuk melawannya . Kerana bila aku nak lawan , dia akan seksa aku dengan lebih kejam
" kau jangan risau , bila aku dah jual kau kat orang kaya , hidup kau akan jadi lebih aman sebab aku dah takde kat dalam hidup kau . Itu yang kau nak kan ? Nak hidup bahagia ? "
" tapi bukan cara macam ni " aku masih lagi menangis
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romance" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...