Hyunsuk akhirnya boleh keluar dari hospital kerana dia sudah dibenarkan oleh doktor untuk dibawa pulang .
" elok elok " kata aku sambil menolong hyunsuk bangun dari katil
" ye " jawab hyunsuk lalu kaki nya berjalan dengan perlahan lahan
Keadaan hyunsuk semakin pulih dan semakin sihat setelah dirawat . Kesan lebam yang berada di muka nya juga turut menghilang .
" kau bawak barang abang kau pergi kereta . Biar aku yang papah abang kau " kata junkyu yang ingin menolong untuk memapah hyunsuk keluar dari bilik wad
Aku mengakur lalu meninggalkan abang aku bersama dengan junkyu . Sebelum beredar , aku membawa beg besar yang diisi oleh pakaian hyunsuk keluar dari bilik wad .
Setelah sampai di kereta junkyu , aku meletakkan beg itu di belakang dengan kemas .
" tak sabar aku nak mulakan kehidupan aku macam dulu dengan hyunsuk " kata aku didalam hati
Setelah siap meletakkan barang di dalam kereta junkyu , aku kembali untuk melihat keadaan junkyu dan hyunsuk yang berada di dalam hospital .
Aku melihat hyunsuk dan junkyu sedang berbual bual mesra sambil mereka berjalan .
" cepat lah woi . Borak lah nanti kat rumah " kata aku yang tidak sabar untuk membawa hyunsuk pulang
" yelah makcik " kata junkyu lalu tergelak kecil
" makcik kau kata ? Aku yang muda ni kau panggil makcik ? " kata aku lalu menyilangkan tangan tanda merajuk dengan lelaki itu .
Hyunsuk hanya tergelak kecil melihat perangai aku yang tidak berubah dari dulu kerana aku suka merajuk walaupun dengan masalah kecil
" eyy dah lah , nak merajuk merajuk pulak . Ni tolong junkyu papah aku . Aku ni bukannya ringan pun " kata hyunsuk
Aku bergegas mendapatkan junkyu yang sedang memapah hyunsuk , aku turut menolong lelaki itu .
***************************************
Setibanya di hadapan rumah hyunsuk , junkyu memberhentikan keretanya lalu dia dan aku memandang hyunsuk sambil tersenyum
" kenapa korang pandang aku senyum senyum ni ? Tau lah aku hensem . " kata hyunsuk yang malu apabila kami melihat nya dengan lama
" aku rasa kau tak patut kot tinggal sini dah . Sebab bila kau duduk kat sini , anak buah jihoon akan carik kau " kata aku yang sedang memandang hyunsuk yang berada di sebelah junkyu
" ala biar je lah . Nanti aku call lah polis " kata hyunsuk
" kalau taksempat ? Kalau dia nak bunuh kau and then polis pun belum sampai lagi macam mana ? " tanya aku
Hyunsuk terdiam sementara ,
" okey sebenarnya kitorang nak tawarkan kau duduk kat rumah junkyu " kata aku lalu tersenyum
" what ? Takpe lah . Takpayah susah susah kan diri . Nanti aku pandai pandai lah jaga diri aku " kata hyunsuk yang enggan tinggal di rumah junkyu
" ala hyung jangan risau , takde apa apa yang jadi dekat hyung nanti . Tinggal kat sini bukannya selamat tapi membahayakan diri hyung " kata junkyu pula
Hyunsuk memandang junkyu dengan malu
" hyung jangan malu . Sebab kat sana hanya ada saya , adik saya , minha dengan pembantu rumah je " kata junkyu yang tidak mahu mengalah dengan hyunsuk
YOU ARE READING
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romance" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...