chapter 22 🌸

699 79 2
                                        

Hari tidak sentiasa akan cerah , langit tidak sentiasa membiru , pelangi juga tidak selalu muncul selepas adanya hujan . Hari ini adalah hari terakhir aku dan hyunsuk akan tinggal bersama dengan junkyu dan junghwan kerana omma mereka berdua akan datang ke rumah anak lelaki nya dan akan terkejut dengan kehadiran aku dan hyunsuk di dalam rumah itu .

" mana minha ni " tanya junghwan yang sedang mencari aku merata tempat .

Junkyu turun dari tangga lalu memandang adiknya yang sedang mencari sesuatu .

" kau carik apa ? " tanya junkyu pelik

" ni ha aku carik minha . Dia belum makan dari semalam lagi . Risau pulak dengan anak dia nanti " kata junghwan risau .

" ha ?! Dia takde ke ? Dah carik semua tempat ? " kali ini junkyu pulak risau dengan ketiadaan aku di dalam rumah mereka

" dah , takjumpa jugak "

" hyunsuk kat mana ? " tanya junkyu

" dia pun aku taknampak " kata junghwan lalu memandang muka abangnya dengan lama

" ha aku dah tau , mesti dia keluar dengan abang dia . Aku dah pesan banyak kali dah kat minha tu , jangan keluar pergi mana mana tanpa aku " kata junkyu lalu mencapai hp nya di atas meja dapur lalu cepat cepat menghubungi aku

Dan ya , memang aku dan hyunsuk keluar tanpa memberitahu apa apa ke junkyu mahupun junghwan .

***********************

" minha dah ke ? " tanya hyunsuk perlahan . Dia tidak mahu junkyu dan junghwan terdengar akan suara nya agak kuat itu .

" dah , jom " kata aku lalu menutup pintu bilik aku dengan perlahan .

Kami berdua berjalan dengan perlahan . Sampai sahaja di hadapan rumah junkyu , kami berdua duduk di tempat perhentian bas lalu menunggu bas untuk datang mengambil kami .

Aku memandang kebawah dengan sayu . Rasa tidak percaya bahawa aku akan lakukan semua ini .

" dah lah . Kita buat macam ni sebab taknak susahkan junkyu . Dia dah banyak tolong kita berdua . Kita takboleh duduk rumah dia lama lama " kata hyunsuk yang sedang menenangkan aku .

" tapi aku taknak tinggalkan dia . Aku dah janji aku takkan tinggalkan dia " kata aku . Air mata tidak dapat tahan dengan lebih lama , aku membiarkan sahaja mereka jatuh di pipi mulus aku .

" ye aku tau ni susah untuk kau . Tapi sampai bila kita nak harapkan dorang untuk tolong kita . Pasal kes jihoon tu , aku rasa dia takkan lepaskan kau dengan mudah . Aku taknak junkyu dengan junghwan terlibat sekali . Dorang tu cuma manusia yang baik , manusia yang tolong jagakan kita " ujar hyunsuk .

Hyunsuk sudah lama untuk plan semua ini . Dia ingin carik rumah baru untuk kami berdua tinggal , bukan tidak mahu untuk hargai junkyu dan junghwan . Tapi hyunsuk tidak mahu menyusahkan mereka berdua lagi .

" maaf minha , aku dah buat kau sedih lagi . Aku bukan abang yang baik untuk kau " kata hyunsuk . Aku menatap matanya dengan sayu . Mungkin dia ingin lakukan semua ini demi aku .

" takde lah . Aku tau kau buat semua ni untuk aku . Kau akan sentiasa jadi abang yang baik untuk aku " kata aku lalu memeluk hyunsuk dengan erat .

Hyunsuk membalas pelukkan aku . Sepertinya sudah sampai waktu nya untuk aku tinggalkan junkyu dan segala kenangan aku berada di dalam rumah nya .

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang