" aku nak keluar jap tau " kata aku lalu memandang junkyu yang sedang menonton tv
" dengan siapa ? " tanya junkyu lalu menoleh kebelakang
" dengan hyunsuk . Lagipun aku dah lama tak keluar dengan dia "
" hmm yelah . Balik awal , jangan balik lambat . Kau tu mengandung , kang apa apa jadi susah pulak " bebel junkyu yang risau akan keadaan aku
Aku tergelak kecil melihat junkyu sedang membebel . Nampak comel sangat bila dia terlalu risau dengan keadaan aku .
" yelah encik junkyu . Aku tak lama pun . Nak pergi shopping je "
Hyunsuk pun muncul dari arah belakang dengan pakaian yang macho .
" ha dah siap pun kau minha . Aku ingat belum siap sebab tadi aku ketuk pintu bilik kau lepastu kau tak menyahut , tengok tengok dah ada bawah sini " kata hyunsuk lalu menyilangkan tangannya
" hihi , aku excited sangat nak keluar dengan kau sebab tu aku siap awal " kata aku perlahan
Junkyu bangun dari sofa lalu memegang kedua dua tangan aku dengan lembut . Dia memandang tepat ke arah mata aku . Aku memandangnya dengan pandangan pelik .
" hati hati tau . Kalau ada apa apa , call aku terus . Aku risau ni " kata junkyu lalu membuat muka yang sangat risau
" ala takde apa apa lah berlaku kat dia . Lagipun ada aku " kata hyunsuk selaku abang aku
" yelah hyung , saya risau dengan minha ni . Dia tu dahla mengandung "
" ye aku janji takde apa apa berlalu kat dia nanti . Okey lah kitorang nak gerak dulu . Takut bas dah tak lalu sini " kata hyunsuk lalu berjalan keluar bersama aku .
Kami berdua tunggu di perhentian bas yang tidak lah terlalu jauh di kawasan rumah junkyu
" aku risau lah " kata aku perlahan
" kenapa ? " tanya hyunsuk lalu memandang aku
" aku risau kita terserempak dengan jihoon je . Lagipun dia dah tau junkyu tu siapa " kata aku risau . Aku memandang ke arah lain dengan pandangan sayu . Risau akan terjumpa dengan lelaki durjana itu .
Hyunsuk memegang kedua dua tangan aku dengan lembut .
" kita doa je supaya takde apa apa berlaku nanti . Lagipun aku hari ni aku nak have fun dengan kau . Tak best lah kalau ada someone cuba nak hancurkan hari terindah ni " kata hyunsuk yang mahu meluangkan masa nya untuk aku .
Aku mengangguk perlahan . Aku harap jihoon tidak akan mengganggu kami lagi . Aku dah cukup merana dengan apa yang dia dah buat terhadap aku
" jangan sedih sedih , nanti anak dalam perut kau pun ikut sedih jugak nanti macam mana ? " tanya hyunsuk lalu membuat wajah sedih
Aku tergelak kecil apabila melihat wajah handsome hyunsuk bertukar menjadi muka baby yang sedang menangis .
Tidak lama kemudian , bunyi enjin bas pun mulai kedengaran , bas itu memberhentikan di hadapan kami berdua . Kami masuk lalu duduk di hadapan sekali .
Aku melihat suasana di tepi tingkap manakala hyunsuk sedang bermain hp .
Setelah 15 minit menaiki bas , kami pun sampai di tempat destinasi kami , kami berdua turun lalu berjalan dengan perlahan , kerana hyunsuk risau dengan keadaan perut aku yang semakin membesar .
" jangan laju laju , nanti jatuh kang " kata hyunsuk yang sedang memegang tangan aku dengan sangat erat
" ye " kata aku perlahan lalu berjalan dengan perlahan selepas mendengar nasihat dari hyunsuk .

ANDA SEDANG MEMBACA
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romance" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...