chapter 16 🌸

742 94 3
                                    

Nasib baik lah hari ni junkyu tiada di rumah kerana dia ada masalah di office . Hanya tinggal aku , junghwan dan bibik sahaja di rumah .

Mungkin ini adalah kesempatan emas aku untuk menanyakan tentang junkyu . Aku tidak tahu kenapa aku ingin sangat tahu apa yang terjadi di masa lalu junkyu .

Aku mencari junghwan di biliknya . Kelihatannya dia sedang sibuk menulis laporan tentang kerjanya di hospital . Aku membatalkan niat aku kerana aku tidak mahu menganggu . Aku terus beredar tetapi dihalang oleh junghwan

" eh awak buat apa kat sini ? " tanya junghwan sebaiknya sahaja keluar dari biliknya

" ah takde pape . Saya nak tanya something tapi nampak macam awak tengah sibuk , jadi saya taknak ganggu " kata aku sedikit gelabah

" eh takde lah . Saya taksibuk dah . Awak nak tanya apa ? " tanya junghwan yang sedang memandang tepat ke arah mata aku

" saya nak tanya tentang junkyu "

Junghwan terkejut apabila mendapat tahu yang aku ingin menanyakan tentang abangnya .

" kita cerita kat bawah jelah . Nanti orang tau . Jom " ajak junghwan yang mengajak aku mengikuti nya di belakang rumah

Sebaik sahaja sampai disana , junghwan terus menoleh memandang aku

" ha apa dia yang awak nak tanya tu ? "

" semalam saya ada borak dengan junkyu dia kata dia taknak saya jadi macam lepastu dia diam  . Jadi saya nak tahu apa maksud dia ? " tanya aku yang ingin tahu kebenarannya

Junghwan menghembuskan nafasnya sebelum mulai memberitahu perkara sebenar tentang junkyu

" sebenarnya dulu dia ada yeochin , and dia sayang sangat kat yeochin dia . Tapi dia taksedar yang yeochin dia sebenarnya taksuka dia . Dia cuma nak kikis harta kitorang . Saya dah cuba banyak kali tegur dia tapi dia masih taknak dengar , sampai lah satu masa baru dia percaya dengan apa yang saya cakap " ujar junghwan

" lepastu apa yang jadi ? "

" dia nampak sendiri dengan mata dia yang yeochin dia tengah berdua duaan dengan namja lain " kata junghwan perlahan kerana tidak mahu sesiapa yang dengar kecuali aku

Kini baru aku tahu maksud junkyu , dia taknak aku jadi yeochin dia yang dulu . Mungkin dia taknak aku pergi dari hidup dia .

" maksud junkyu dia taknak awak hilang dari pandangan dia , kata lainnya dia taknak awak pergi dari hidup dia "

Aku memandang junghwan dengan pandangan sayu

" kenapa dia taknak cerita kat saya je ? "

" mungkin dia taknak awak tahu apa yang jadi kat dia dulu . Saya tahu awak pun ada rahsia yang awak taknak bagaitahu kitorang kan ? " tanya junghwan

Aku terkaku sementara

" bukan taknak bagitahu tapi saya tak sedia lagi " kata aku perlahan

" macam tu lah dengan junkyu . Dia belum sedia untuk bagitahu pasal ni kat awak . Dan lepas dia kena tinggal dengan yeochin dia , omma kitorang dah takbenarkan dia untuk bercinta . Sebab tu kitorang taknak bagitau omma kitorang yang awak ada dekat sini . Nanti dia halau awak "

Aku menundukkan kepala aku kebawah . Rasa bersalah kerana aku menanyakan hal peribadi junkyu

" dan saya taknak junkyu sakit hati lagi bila awak kena halau . Junkyu tu bukan senang untuk mencintai seseorang . Tapi sekali dia dah sayang orang tu , percaya lah dia takkan semudah itu untuk lepaskan orang yang dia sayang tu " kata junghwan lagi

" maksud awak ? " tanya aku yang tidak faham maksud junghwan

" saya dah sedar ni dari dulu lagi yang junkyu sebenarnya suka awak . Sebab dia takkan bersungguh sungguh untuk buat macam macam kat awak kalau dia taksuka awak . Saya kenal abang saya . Saya boleh nampak kesungguhan dia untuk jaga awak , untuk buat awak tidak pergi dari hidup dia "

Aku membuka mata aku dengan luas . Apakah aku salah dengar ? Hati aku berdegup dengan laju dan aku tidak tahu kenapa . Patutlah selama ni junkyu selalu ada dengan aku tidak kira lah waktu dia tengah busy , dia akan tetap luangkan masa nya untuk menjaga aku

" jadi saya taknak awak pergi . Tolong , jangan buat abang saya terluka untuk kali kedua . Dan saya taknak awak bagitahu kat junkyu yang saya dah bongkarkan rahsia tentang dia "

" terima kasih sebab sudi luangkan masa awak untuk cerita ni . Saya janji saya takkan pergi dari hidup abang awak " kata aku lalu memberi senyuman ke arah junghwan

" baguslah kalau awak dah faham apa maksud junkyu . Okey lah saya nak naik atas dulu . Awak jangan lama lama berdiri kat sini . Awak perlu rehat secukupnya " kata junghwan lalu beredar meninggalkan aku keseorangan di belakang rumah

Selepas melihat junghwan beredar , aku merasakan jantung aku berdengup dengan laju untuk buat kali kedua . Apakah perasaan ini ? Adakah aku mencintai junkyu seperti mana junkyu mencintai aku ?

Tbc

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Where stories live. Discover now