chapter 26 🌸

697 79 6
                                        

Siapa sangka , lagi beberapa hari sahaja anak dalam perut aku akan keluar dan aku akan menjadi ibu tidak lama lagi .

Aku tidak lagi merasakan risau tentang orang yang akan menjadi ayah kepada anak ini nanti . Aku mampu untuk menjaga nya sendiri tanpa seorang suami .

Suara panggilan yang nyaring dari bawah telah menganggu aku dari bermain hp .

" kim minhaaa " panggil hyunsuk

" haih nak apa lah dia ni " kata aku di dalam hati . Aku turun mendapatkan hyunsuk .

" aku nak keluar kejap , kejap je tak lama pun . Aku nak kau duduk dalam rumah diam diam . Jangan keluar pergi mana mana . Kau tu dah terlalu sarat . Bila bila masa je anak tu akan keluar . Call aku kalau kau nak apa apa " membebel hyunsuk seperti seorang ayah

" yee aku tau lah . Lagipun kau selalu je tinggalkan aku sendiri kat rumah ni . Aku takde lah nak pergi mana mana pun encik hyunsuk oi " kata aku lalu menjelingkan mata ke arahnya .

" ha menjawab . Aku bagi nasihat ada je benda kau nak menjawab eh " kini pandangan hyunsuk telah berubah menjadi garang

Aku terus diam dan memandang ke arah lain . Kalau aku menjawab lagi kang , mau aku kena campak tidur kat luar .

" aku dah lambat ni . Ingat pesan aku . Jangan keluar pergi mana mana . Call aku kalau kau nak apa apa atau ada apa apa berlaku kat rumah ni " kata hyunsuk tegas

Aku mengangguk perlahan tanpa menoleh ke arahnya .

" dahla takpayah merajuk lagi . Nanti aku belikan coklat untuk kau "

Dengar sahaja perkataan coklat , aku terus menoleh ke arah hyunsuk dengan senyuman yang cukup lebar .

" dengar je coklat , semua hilang dari kepala kau tu eh " hyunsuk memerli aku

" eh dahla . Pergi lah sana . Malas aku nak dengar kau bebel " kata aku lalu membuka langkah untuk naik ke atas

*************************************

Sedang aku bermain hp , aku baru teringatkan yang aku belum lagi membagi makanan ke kucing aku yang berada di luar rumah .

Aku terpaksa kuatkan tenaga untuk turun ke bawah .

" mana hyunsuk letak makanan kucing eh ? " tanya aku yang sedang mencari makanan di dalam stor

Setelah menjumpainya , aku terus bergerak perlahan keluar rumah dan bergegas mendapatkan sangkar kucing yang berada di sebelahan kolam ikan

" mian lambat sebab bagi makan . Minha lupa pulak kat awak yang comel ni " kata aku lalu meletakkan makanan itu ke dalam mangkuk yang disediakan di dalam sangkar itu .

Melihat sahaja kecomelan anak kucing yang berada di hadapan aku , stress yang aku hadapi telah hilang .

" makan kenyang kenyang ye sayang . Nanti kalau dah habis , minha suruh hyunsuk belikan lagi " kata aku yang sedang mengusap lembut anak kucing yang ada 5 ekor di dalam sangkar .

Sedang aku mengusap anak kucing aku , aku mendengar suara enjin kereta dari luar pagar .

" takkan lah hyunsuk dah balik kot . Kejap nya dia keluar " aku bangun lalu bergerak ke pagar

Aku terhenti kerana suara enjin kereta itu bukan datang dari suara enjin kereta hyunsuk tapi datang dari —

" minhaaa . Aku bersyukur dapat jumpa kau lagi " kata junkyu yang berada di luar pagar rumah aku

Aku terkejut dan tidak tahu untuk berkata kata . Dari mana dia tau rumah aku .

" kau nak apa ? Dari mana kau tau pasal rumah aku ? Omma kau tak marah ke kau jumpa perempuan jijik macam aku ni ? " aku menanyakan soalan bertubi tubi ke arah junkyu

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang