chapter 11 🌸

849 101 0
                                        

Aku membuka pintu bilik aku dengan perlahan sambil melihat sekeliling .

" hari ni jihoon takde kat rumah so line clear nak lari ni " kata aku di dalam hati

Masalah jihoon adalah masalah kecil . Masalah paling besar adalah orang orang jihoon yang berada di luar rumah . Aku berjalan kehulur kehilir sambil mencari idea .

" mesti pintu belakang takde yang jaga " kata aku lalu berlari ke arah dapur

Betul ! Takde yang jaga kat pintu belakang . Semuanya tengah jaga kat depan sahaja .

Aku mengambil kesempatan ini untuk lari . Aku membuka kunci lalu membuka dengan perlahan .

**********************************

Aku berjaya melarikan diri . Aku berjalan dengan perlahan kerana aku terlalu lemah untuk lari . Dengan keadaan aku yang tengah mengandung .

Sedar tak sedar , aku berjalan mengambil masa 35 minit . Air peluh mula membasahi badan . Aku membuat keputusan untuk berehat dulu . Nasib baik lah aku bawak duit sebelum nak lari .

Aku mencari restoran untuk mengisi perut .

Di murni restoran

Makanan yang aku pesan pun sampai . Aku pun makan dengan kenyang sebelum menyambung melarikan diri .

Tiba tiba hp aku berdering menandakan seseorang sedang memberikan aku mesej

Jangan lupa makan .
Jangan biarkan diri tu
kelaparan .
[ jihoon park ]

Ye , nanti aku makan
[ minha kim ]

Kejap lagi aku balik .
Taksabar nak peluk kau .
[ jihoon park ]

Hek , awalnya kau balik ?
Bukan ke kau ada kerja banyak ?
[ minha kim ]

Aku boss so aku boleh je
nak balik awal ke lambat
[ jihoon park ]

Ohh
[ minha kim ]

Okey lah bye ! Nanti
jumpa kat rumah . Ily ♡
[ jihoon park ]

Okey
[ minha kim ]

Alamak , jihoon nak balik awal pulak . Habislah kalau dia tau aku lari . Aku kena lari jauh lagi ni .

Aku membayar makanan yang aku pesan lalu keluar dari restoran itu .

" tapi aku nak lari mana . Takkan ah lari kat rumah hyunsuk . Kalau aku lari sana , confirm ah jihoon tau . Tak pasal pasal hyunsuk kena belasah lagi " kata aku di dalam hati

Aku berjalan dengan tiada hala tuju . Tidak tahu ingin kemana . Yang pasti aku kena lari jauh dari sini .

Jam menandakan sudah pun pukul 6:30 petang . Matahari dengan perlahan hilang dari pandangan . Aku pun tidak tahu kemana aku berada sekarang .

Hp aku berdering . Aku melihat di screen , jihoon ! Aku tidak mengangkatnya malah aku mematikan panggilan itu

" ah lantak lah jauh mana pun . Aku kena jugak lari dari jantan durjana tu . Demi anak ni , aku sanggup buat apa je " kata aku lalu mengusap lembut perut aku yang sedang membesar

Hp aku berdering lagi sekali . Aku dah dapat teka siapa , aku hanya mengabaikan sahaja .

Pandangan aku mula kabur , keletihan aku mula membara . Sudah hampir 5 jam aku berjalan . Dengan suasana makin gelap . Aku menangis ketakutan

" kenapa hidup aku perlu macam ni . Kalau lah omma dengan appa ada lagi , mesti kehidupan aku tak teruk macam ni " kata aku perlahan

Aku melihat di hadapan , ada dua orang lelaki menghampiri aku . Namun aku tidak seberapa dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas

" cik ? Cik okey tak ? " tanya lelaki itu

" tolong selamatkan saya " kata aku lemah

Aku merasakan amat berat di kepala aku . Tidak tahan ingin melawannya . Mata aku mula tidak dapat membukanya dengan luas . Dan akhirnya , kegelapan menguasai diri

" eh cik ! Aduh . Tolong aku angkat dia "

" okey "

Itu sahaja lah yang aku dengar sebelum aku pengsan . Aku harap mereka adalah orang baik yang akan selamatkan aku dari jihoon .

Tbc

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang