chapter 8 🌸

937 109 7
                                    

Sebulan kemudian

Perut aku makin membesar , aku takut kalau hyunsuk nampak perut aku makin membesar .

Semenjak dua minggu lepas , aku hanya terkurung di dalam bilik kerana tidak mahu terserempak dengan hyunsuk jikalau dia berada di dalam rumah jihoon .

Jihoon mengetuk pintu bilik aku . Aku membuka lalu memandang wajah comel jihoon .

" nak apa ? " tanya aku

" turun jap . Ada benda penting aku nak cakap " kata jihoon

" cakap je la kat sini "

" ala ikut jelah aku cakap , cepat sikit " kata jihoon lalu beredar

Aku mengikuti jihoon dari belakang . Langkah aku terhenti kerana hyunsuk sedang menunggu aku

" kau apa kabar " tanya hyunsuk

" ka-kabar baik " jawab aku gugup

" makin lama makin berseri kau eh " puji hyunsuk

Aku tidak menjawab malah memandang hyunsuk dengan pandangan pelik .

" aku tau kau pelik bila kau tanya aku macam ni . Duduk ah dulu " ajak hyunsuk

Jihoon memaksa aku untuk duduk di sebelah nya

" okey sebenarnya aku nak bagitau something ni . Aku dah dapat kerja , aku dapat gantikan tempat aku kat tempat appa dulu . Maksudnya aku jadi ceo " jelas hyunsuk

" oh baguslah macam tu , takde lah lepas ni hidup kau tunggang langgang dah " kata jihoon

" ohh " jawab ku singkat

" aku datang ni sebab nak ambik adik aku balik . Jangan risau , aku boleh bayar balik duit kau hari tu "

Aku ternganga kerana tidak mempercayainya

" betul ke ? " tanya aku terharu

" kau nak minha balik ? " tanya jihoon

Hyunsuk mengangguk laju

" mana boleh macam tu . Dia dah jadi hak aku . Lagipun kau dah bagi aku " kata jihoon lalu memandang hyunsuk dengan pandangan serius

" ye aku tau tiba tiba je aku cakap macam ni . Minha tu masih lagi adik aku , walaupun aku jual dia dulu "

" maaf , kau takboleh kutip dia balik " kata jihoon

Aku memandang jihoon dengan pandangan terkejut

" eh kenapa ? Aku boleh bayar balik duit kau hari tu "

" bukan masalah duit tapi masalah lain "

Hati aku berdegup dengan laju , takut kalau jihoon membongkarkan rahsia aku

" maksud kau ? " tanya hyunsuk pelik

" adik kau dah pregnant "

Aku terkejut kerana jihoon sudah berjanji dia tidak akan bagitau hyunsuk pasal ni

" ha ?! Pregnant anak siapa ? "

" anak aku "

Hyunsuk memandang perut aku

" minha , ni betul ke ? " tanya hyunsuk

" be-betul . Aku minta maaf " jawab aku takut

Hyunsuk mengeluh

" jihoon , kenapa kau buat adik aku mengandung ?! " tengking hyunsuk

" aku ikut je apa yang kau cakap . Ingat tak masa hari pertama kau jual dia ni kat aku ? Kau kata apa aku nak buat kat dia , buat jelah sebab kau izinkan " kata jihoon selamba

Hyunsuk terkaku . Baru dia ingat dengan kata kata dia selepas dia menjual aku .

" hyunsuk , aku minta maaf " kata aku perlahan

" kau explain kat aku macam mana benda ni jadi ? " tanya hyunsuk tegas

" aku-aku "

Kata kata aku terpotong kerana jihoon memotongnya

" kau takperlu tau , sekarang ni kau dah tau kan perkara sebenar ? And kau mesti taknak kutip dia balik " kata jihoon lalu tersenyum sinis

Hyunsuk bangun lalu beredar meninggalkan kami berdua . Aku mengejar hyunsuk dari belakang

" hyunsuk , maafkan aku . Aku bukannya nak buat ni pun . Aku nak kau jaga aku balik dan aku nak kita jadi macam dulu " kata aku sambil memegang tangan hyunsuk

Hyunsuk menepiskan tangan aku , dia tidak memberi sebarang respon , dia hanya beredar tanpa memandang aku . Aku memandang hyunsuk dari jauh . Sepertinya hyunsuk tidak mahu bercakap dengan aku lagi .

Tbc

✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦Where stories live. Discover now