" anak dalam perut awak dah 4 bulan lebih ni . " kata junghwan sebagai doktor yang sedang mengechekkan keadaan aku dan perut aku
" nanti kau belikan buah untuk minha boleh ? Kau kan nanti nak keluar " kata junkyu kepada junghwan yang sedang berdiri memandang junghwan
" ha yelah . Kalau suruh kau memang kau tak pandai . Macam mana nak jadi suami orang kalau tak pandai nak beli makanan " perli junghwan lalu bangun untuk beredar
" eh budak ni kang . Aku suruh tolong beli makanan pun nak perli perli . Aku suruh kau sebab aku nak jaga minha ni . Kalau kau takde kat rumah , aku pun takde kat rumah sape yang nak jaga dia " kata junkyu yang masih tidak mahu mengalah dengan adiknya
Aku tergelak kecil melihat adik beradik mula bergaduh manja di hadapan aku
" ha yelah encik junkyu . Nanti aku belikan ye " kata junghwan yang mengaku kalah dan tidak mahu bergaduh di hadapan aku
Selepas melihat junghwan keluar dari bilik aku , junkyu kembali memandang aku
" kau tunggu sini jap , aku nak pergi bawah ambikkan air kosong untuk kau " kata junkyu lalu membuka langkah keluar dari bilik aku
Aku mengikut arahan junkyu , aku hanya baring di atas katil sambil melihat siling yang berada di atas
" apa eh yang hyunsuk buat sekarang ni ? Dah lama aku tak jumpa dia " kata aku di dalam hati
Perasaan rindu aku terhadap abang aku hyunsuk telah membuak buak . Biar pun dia yang telah membuat kehidupan aku hancur , dia akan tetap menjadi abang aku dan selalu akan ada tempat yang paling istimewa di dalam hati aku
Pintu mula dibuka perlahan , seseorang masuk dengan membawa air kosong . Dia mengukir senyuman nya ke arah aku . Aku memandangnya lalu memberikan semula senyuman ke arah nya
" nah . Bangun perlahan lahan " kata junkyu lalu duduk di atas katil aku untuk menolong aku bangun manakala tangan sebelahnya memegang segelas air kosong
Aku bangun dari baring dengan bantuan junkyu . Junkyu menyerahkan air kosong itu ke arah aku . Aku meminumnya dengan perlahan kerana takut akan tertumpah . Selepas air di dalam gelas itu habis , aku menyerahkan semula gelas itu ke arah junkyu
Junkyu mengambil gelas itu lalu diletakkan ke atas meja yang berada di sebelah katil
" gomawo junkyu-shi sebab jaga aku . Aku taktau apa akan jadi kalau bukan korang yang jumpa aku " kata aku perlahan
" eh jangan cakap macam tu . Mungkin orang lain yang jumpa kau jugak akan jaga kau sama macam aku dengan junghwan jaga kau . Jangan pikir negatif minha oi . Kau ni dahla lemah " kata junkyu
Junkyu tidak pernah letih memberikan kata semangat kepada aku apabila aku mula rasa tertekan . Dia jugak tak pernah letih untuk berjaga setiap malam untuk menjaga aku . Aku rasa terharu kerana ada lelaki yang sebegitu risau terhadap aku .
Aku tertunduk ke bawah lalu dengan tidak sengaja , aku mengeluarkan air mata yang sudah lama ingin untuk keluar .
" eh minha ? Kau kenapa ni . Alaaa jangan lah macam ni " kata junkyu lalu duduk di hadapan aku
" aku- aku cuma taksuka dengan kehidupan aku . Dahla kena tinggal dengan omma dengan appa aku lepastu mengandung anak luar nikah . Abang aku pulak entah kemana . Aku taklayak untuk hidup . Aku hanya pembawa mala- "
Kata kata aku terhenti kerana junkyu menutup mulut aku menggunakan jari telunjuk nya
" aku taksuka kau cakap macam tu . Aku rasa beruntung sebab dapat jumpa kau , dapat jaga kau macam ni . Aku tau kau kuat untuk buang semua pikiran negatif kau tu . Aku taknak apa apa jadi dekat kau lepas ni , aku taknak kau jadi macam- ah takde pape lah " kata junkyu lalu wajahnya berubah menjadi sedih
" macam apa ? Kau ada sembunyikan apa apa ke dari aku ? " tanya aku lalu mengelap air mata aku menggunakan tangan
Junkyu tidak menjawab soalan aku , dia terkaku . Kemudiannya dia mengalirkan air mata jantannya . Air mata nya jatuh sikit demi sedikit di pipi gebunya . What ? Hari ini adalah hari pertama aku melihat dia menangis .
" yah junkyu , aku minta maaf ! Aku sepatutnya tak patut cakap macam tu " kata aku serba salah kerana membuat junkyu menangis
Junkyu mengelap air matanya lalu memandang semula ke arah aku
" gwenchana . Lepas ni , aku taknak kau cakap macam tu lagi tau ? "
" okey , aku janji "
Junkyu dengan lajunya berubah menjadi gembira . Tapi , aku ingin tahu apa yang jadi kat junkyu di masa lalu ? Perlu ke aku tanya junghwan atau pun aku perlu diam ?
Tbc
YOU ARE READING
✔️𝐅𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 | 𝐉𝐮𝐧𝐤𝐲𝐮𝐤𝐢𝐦
Romance" Aku akan sentiasa ada dengan kau " - junkyu Kisah seorang gadis yang dijual oleh abang tirinya hyunsuk dan sudah terlanjur dan tidak mahu jihoon menjadi ayah kepada anaknya walaupun jihoon adalah ayah kandung kepada anak itu . Namun kejadian itu t...