Bae selalu guna minyak angin walau kemana saja dia pergi. Ramai orang gelar dia "Bae Si Minyak Angin". Dia dengan minyak anginnya macam belangkas kemana-mana sahaja dia pergi pasti akan dibawa.
Bae ni juga salah seorang kawan baik aku. Kami selalu pergi memancing dan main game bersama-sama. Tapi aku dah tak tengok Bae beberapa hari ni, rupa-rupanya Bae dah meninggal dunia. Aku rasa bosan sangat tanpa Bae sebab dia ni selalu hiburkan aku.
Harini, aku pergi memancing dekat tempat yang aku dan Bae selalu pergi. Memancing punya memancing aku terhidu bau minyak angin yang selalu Bae pakai lagipun suasana time tu pun agak sejuk sampai menggeletar aku dibuatnya. Tiba-tiba, aku terdengar satu suara dari arah belakang aku.
"Hihihihi... Kita kawan sampai mati dan aku akan selalu ada dekat dengan kau, Eman." satu suara yang cukup aku kenali menyapa telinga.
Aku yang memang dah sedia takut apalagi lari lintang-pukang meninggalkan joran dan bekas cacing aku dekat situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Horror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...
