36 : Spirit forest (1)

78 24 2
                                        

Hujan yang turun dengan lebat membasahi tubuh kecil Allen yang sedang berlari-lari anak menuju ke arah perhentian bas. Pakaian yang basah dikibas-kibas supaya lebih cepat kering agar kepulangannya tidak dileteri oleh sang ibu.

Perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang lelaki yang sedang bersandar di perhentian bas tersebut. Lelaki itu tersenyum nipis. Tidak tahu maksud atau tujuannya,  kaki jejaka itu melangkah ke arah Allen.

Allen meneguk air liurnya setelah melihat senyuman pelik lelaki itu. Jauh di lubuk hati, mulai timbul rasa menyesal singgah di perhentian bas yang hanya ada dia dan lelaki tersebut.

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari balik poketnya. Allen makin ketakutan, sah itu bukan mainan. Pistol perak diacukan ke arah dahinya. Dalam gerimis itu kelihatan sebuah van yang berhenti secara mengejut, Allen diarahkan untuk masuk tanpa kerelaan hatinya

"Ahh, ibu di rumah pasti risau. Selamatkan aku dari semua ini, Tuhan."

Dia sudah merasa hendak menangis dan berteriak tetapi arahan lelaki itu diikuti. Langkah perlahannya itu membuatkan si lelaki mengeluh. Dia ditolak dengan kasar dengan menggunakan kudrat lelaki yang jauh lebih kuat berbanding dirinya. Suasana mulai dirasa gelap dan hanya pemandangan hitam yang kelihatan. Allen telah dipengsankan dan dia mula merasa kesakitan yang teramat di tepi perutnya sebelum akhirnya dia rebah.

Kulitnya yang putih itu mula dicemari dengan kehadiran darah dari daging yang telah terpotong. Tanpa perasaan geli mahupun takut, satu persatu organ mulai dikeluarkan. Bermula dari jantung, hati sehingga ke mata dikeluarkan secara berhati-hati lalu diletakkan di dalam balang khas yang disediakan.

Tubuh badan Allen yang kosong tanpa organ dan kelihatan bekas jahitan dilemparkan ke arah hutan yang dipenuhi dengan banyak lagi tubuh yang hancur dimamah ulat dan tulang rangka yang tidak berdosa. Setiap malam,  penduduk kampung yang lalu lalang mendengar tangisan syahdu roh yang tidak tenang di Hutan Roh.

Sehingga kini roh itu, masih menangis meratapi tubuh badan mereka yang disemadikan dengan cara yang tidak wajar. Tiada siapa yang tahu, di situlah pengakhiran mayat mereka yang menjadi mangsa dalam pemerdagangan organ manusia. Sungguh, tiada siapa yang tahu bagaimana cara kematian akan menjemput mereka.

 LONELY (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang