Mae ialah seorang ibu tunggal kepada tiga orang adik beradik. Menurut anak sulung Mae, Syika, emaknya ni ada perangai pelik iaitu suka menggoreng ikan di tengah malam.
Mungkin bagi orang lain ianya perkara biasa, tetapi emaknya akan melakukan perkara itu setiap hari. Sehinggalah seusai habis majlis tahlil ibunya, Syika dan adik beradiknya yang lain mendengar seperti ikan yang sedang digoreng. Kelakuan itu menggambarkan seperti perangai ibunya ketika masih hidup lagi.
Syika memutuskan untuk pindah dan menetap di Bali, Indonesia bersama adiknya setelah menerima tawaran kerja disana. Rumah yang ditinggalkan mereka itu, didakwa oleh jiran Syika masih seperti ada orang di dalamnya kerana masih terdengar sayup-sayup orang menggoreng ikan di tengah malam.
YOU ARE READING
LONELY (COMPLETE)
Horror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...