Semua orang ada ketakutan masing-masing. Cuma perbezaannya itu sama ada kau takut kepada benda kecil, sederhana atau overdose takut begitu juga dengan Lueq. Dia mempunyai ketakutan luar biasa kepada hantu. Mungkin kedengaran agak logik namun angkara penyebab ketakutan itu masih kekal berhujung misteri. Malam ini dia tidur dengan adik lelakinya. Belum puas terlena, dia dikejutkan dengan suara esak tangis yang berasal dari adiknya. Namun, dia benci suasana itu entahlah mengapa pada malam itu juga terjadi blackout .
"Shuhh, abang ada dekat sini. "
Dia mula menepuk punggung adik kesayangannya. Namun sayang, tangisan itu menjadi terlalu kuat diikuti goncangan di atas katil mereka. Timbul kerisauan dalam benak si abang kerana si kecil Aiman sama seperti dirinya, takut dengan suasana gelap. Ketika itu, Lueq mula terhidu satu bau yang sangat busuk diikuti dengan bau lainnya. Sah, itu bau kemenyan.
"Abang, turunlah kitorang kat bawah." jerit satu suara yang cukup dikenali.
Lueq mula menggigil. Siapa yang sejak tadi berada di sebelahnya?
Silalah berhati-hati, maybe tengah malam ni "adik" kau secara tiba-tiba terjah bilik. Boleh jadi mungkin tu hanya benda yang menyerupai adik kau.
#jangansembangkencang
![](https://img.wattpad.com/cover/217160136-288-k498133.jpg)
YOU ARE READING
LONELY (COMPLETE)
Horror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...