39 : Sleep late

79 23 3
                                        

Naz memang seorang yang selalu tidur lambat pada setiap malam. Malam ni dia berniat nak tidur lambat lagi disebabkan dia hendak menonton drama Korea yang telah dicadangkan oleh salah seorang kawannya.

Malam pun kian larut, dia dikejutkan dengan bunyi lolongan anjing yang sangat panjang diikuti dengan tangisan bayi. Naz ketakutan dan tubuh badannya menggeletar. Ketika itu, dia terdengar bunyi sesuatu yang bergeser di tingkap biliknya. Ketakutan Naz ketika itu semakin bertambah. Dia menguatkan diri yang sudah dikuasai perasaan negatif dengan membaca zikir dan surah-surah yang dihafalnya.

"Hihihihi, tak tidur lagi? Nak teman ni"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Hihihihi, tak tidur lagi? Nak teman ni"

Terkejut bukan kepalang, jantungnya tidak berhenti mengepam darah ke seluruh badan dan Naz pengsan. Apa yang dilihatnya itu sesusuk makhluk bertubuh hitam dengan gigi taring yang panjang.

 LONELY (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang