Evans. Pemilik nama kepada seorang lelaki yang mempunyai kebolehan dalam melihat makhluk ghaib. Hidupnya serta-merta berubah 360º dan aku dibelenggu sekelumit rasa kasihan melihat dirinya.
Nama aku Amar, sepupu kepada Evans. Dia pernah bercerita tentang keadaan yang pernah dialaminya. Menurut pengakuannya, dia tidak menginginkan hidup seperti ini seolah-olah dia diburu oleh makhluk halus.
Dia hilang tanpa jejak satu tahun yang lalu, hilangnya dia menyebabkan aku diruntun pelbagai masalah. Seolah-olah, aku mengetahui ke mana hilangnya Evans.
Sebenarnya, tiga bulan selepas kehilangan Evans, aku menerima surat berbaur ugutan yang diselitkan di celah tingkap rumahku. Menurut isi surat itu, nyawa dibalas dengan nyawa, darah dibalas dengan darah.
Jelas sekali, Evans melanggar peraturan tersebut dan aku yang harus menerima padahnya. Itulah mengapa dia menghilangkan dirinya. Pada malam ini, terdengar seperti pisau yang diasah di bawah. Aku mengetahui nasibku pada malam itu yang akan menjadi mangsa. Mangsa yang terjebak tanpa kerelaan hati.
Keesokan harinya, di kawasan perumahan itu, kecoh dengan penemuan mayat yang dicakar dan disiat sehingga menampakkan organ dalamannya. Nasib malang menimpa seorang Amar.
ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Terror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...
