Ammar seorang yang sangat menyukai mi goreng. Setiap kali ibunya membeli mi goreng pasti dia akan makan dan tidak akan menyisakan walau sedikit pun mi tersebut untuk orang lain.Malam ini, ibunya berjanji akan membawa mi goreng untuknya selepas habis masa bekerja. Ibunya pun pulang dan dia memberikan mi goreng yang telah dibeli kepada Ammar. Tanpa sepatah kata pun, dia langsung makan mi yang berada di dalam bekas makanan tersebut.
Terdengar bunyi panggilan telefon tetapi tiada siapa yang menyambutnya. Ammar langsung menyambut panggilan tersebut dan terus memuntahkan semua mi goreng yang telah dimakannya. Ammar langsung menuju ke singki dan membasuh mulutnya. Masih ter giang-ngiang tentang apa yang dikatakan ibunya semasa bercakap di dalam telefon.
"Ammar, hari ini ibu balik lambat. Kemungkinan ibu tak dapat belikan mi goreng untuk Ammar." beritahu si ibu.
Ammar lantas melihat apa yang sebentar tadi dimakannya. Rupa-rupanya, pinggan itu dipenuhi dengan cacing dan cicak yang telah mati. Ketika itu, kedengaran bunyi pisau yang diasah oleh seseorang di belakang rumah. Ammar terkedu dan lantas menyembunyikan dirinya. Jika dia bernasib malang pada ketika itu mungkin dia tidak akan menemui ibunya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Horror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...