Jam yang baru sahaja dibeli itu berbunyi tepat jam 12:00 tengah malam menandakan semua penghuni rumah banglo itu telah tidur.
Meer terbangun disebabkan bunyi anjing peliharaan keluarganya yang sedang mengongong seperti ternampak sesuatu.Dia pun memutuskan untuk melihat anjing tersebut. Dia melangkah turun mengikuti anak tangga dengan muka yang mamai. Disebabkan masih mengantuk, dia tidak perasan seseorang sedang memerhatinya di bawah tangga. Sesusuk tubuh yang bertopeng itu, memegang gergaji dan pisau di kedua-dua belah tangannya.
Meer terus berjalan sehingga langkah kakinya terhenti. Matanya menjadi terbeliak dan mulutnya mengeluarkan darah yang banyak. Orang yang memakai topeng itu menarik keluar pisau yang ditekan di dalam perut Meer dan mula mengergaji tubuh Meer sehingga menjadi potongan daging yang kecil. Lalu, daging itu dilemparkan ke arah tingkap rumah tersebut dan dimakan oleh anjing peliharaan keluarga mereka.
"Itulah balasan bila kau terlalu tamak dengan sesuatu sehingga sanggup merampas hak orang lain. Habis madu sepah dibuang," kutuk lelaki itu lalu mengergaji kepala Meer untuk dibawa pulang dan dijadikan perhiasan di rumahnya.
Roh di dalam rumah itu memerhati pemergian lelaki bertopeng yang sedang membawa kepala Meer. Dendamnya kini sudah terbalas dengan Meer. Dialah wanita yang pernah dirogol dan dikahwini lalu dibunuh oleh Meer untuk menutup kesalahannya daripada diketahui oleh umum. Lelaki bertopeng itu ialah Kamal, suami yang baru dinikahinya selepas dia dicuri dan dirogol oleh Meer. Rohnya kini sudah boleh beristirahat dengan tenang.

ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Horror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...