3 : Poor child

198 59 5
                                    


Seorang budak mengenakan gaun berwarna biru laut dengan sepasang kasut berenda biru gelap sedang asyik memandang ke arah bumbung. Itulah Anne, anak kepada pengurus sebuah hotel terkenal. Anne ni selalu bertabiat pelik bila dibawa ke hotel itu oleh ibunya, Puan Suzie. Dia sering bercakap dan bertanya pasal benda-benda pelik.

"Ma, tengok siapa kat tingkat tiga tu."

"Ma, kenapa kakak tu tiada kepala?"

"Ma, adik tu jalan merangkaklah."

(Bayangkan gambar di atas situasi di waktu siang )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Bayangkan gambar di atas situasi di waktu siang )


Serta bermacam-macam lagi pertanyaannya. Semakin meningkat dewasa, Anne ditakuti oleh pengunjung di hotel itu dan sering dianggap tidak waras disebabkan kelakuannya itu. Hari berlalu hari, minggu berlalu minggu, pihak hotel mendapat aduan daripada customer mereka di mana air di dalam bilik berbau busuk dan ada cebisan kecil daging yang berwarna hitam yang begitu menggelikan. Esoknya terdengar khabar gempar, Anne ditemui mati oleh seorang pekerja hotel di dalam sebuah tangki air yang dikatakan mengeluarkan bau yang menyengat.

Orang ramai yang memang sangat mengenalinya sangat terkejut. Anne mati dalam keadaan yang menyayat hati sambil memeluk mayat ibu dan bapanya yang telah mereput sepenuhnya.

Rupa-rupanya, selama ini Anne bercakap dan berjalan sendiri tanpa sesiapa yang menemaninya. Semua yang dilihatnya hanyalah ilusi lantaran kematian ibu dan ayahnya yang dia sendiri pun tidak tahu di mana kuburan mereka sehinggalah satu keluarga itu ditemui di tempat yang sama iaitu di tangki air hotel.

Memandangkan ahli keluarga belah ibu dan bapanya, tidak mahu mengambilnya dan hanya mahu mengaut kekayan hotel tersebut, dia menjadi terbiar dan sering pergi ke hotel tersebut sambil bercakap seorang diri sehinggalah akhir hidupnya. Bersemadilah mendiang Anne dengan tenang di alam sana.

 LONELY (COMPLETE)Where stories live. Discover now