Aku ada seorang abang. Nama abang aku Safwan tapi aku panggil abang Paan. Abang Paan ni suka nonton wayang kulit tapi zaman sekarang ni susah kita nak nonton wayang kulit lagi sebab zaman dah makin moden dengan adanya pelbagai peralatan canggih.
Satu hari tu, abang Paan ada terima surat jemputan yang mengundangnya untuk hadir ke persembahan wayang kulit. Tapi yang peliknya surat tu tak disertakan dengan alamat pengirim dan ianya datang secara seolah-olah tahu abang Paan suka nonton wayang kulit. Lokasi wayang kulit tu terletak dekat sebuah padang yang berhampiran dengan dewan kampung kami.
Bang Paan pun dia mesti akan pergi. Tapi, sebab takut sangat ketinggalan dia pergi tanpa beritahu sesiapun walaupun aplikasi WhatsApp dah ada. Sampailah dia hilang selama beberapa hari, tiada siapa tahu dia pergi mana sampailah dia munculkan diri sendiri.
Menurut bang Paan, dia baru saja habis menonton wayang kulit dan pastinya sungguh menyeronokkan baginya. Orang kampung memandangnya dengan riak wajah hairan dan terpingga-pingga. Penduduk yang menemuinya memberitahu bahawa ibu bapa kami sudah mulai risau mengenainya kerana telah hilang selama beberapa hari dan yang mengejutkan wayang kulit di padang itu sebenarnya tidak pernah ada sama sekali begitu juga dengan aku yang tengah bercerita mengenai hal ini kepadamu.
ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Terror⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...
