22 : The coward

94 30 0
                                        


Aku ni jenis penakut sikit. Pantang orang cerita pasal terserempak dengan hantu sure badan aku berpeluh dan menggigil. Jelas sekali aku tidak berapa menyukai hantu dan takut mendengar apatah lagi melihatnya.

Malam ni malam Jumaat, malam di mana semua member aku akan akan pulang lewat dari biasanya sebab dorang kerja lebih masa. Jadi tinggallah aku sendiri berteman sepi di rumah flat kami.

Disebabkan aku tersangat lapar dan nak makan aku memasang niat untuk ke dapur.

Secara tak sengaja, semasa aku melangkah hendak ke dapur, aku perasan ada kelibat berbaju putih yang tengah mencakar kotak yang tersusun dekat atas almari. Aku kuatkan semangat menuju ke dapur diikuti dengan lafaz zikir.

Aku tolehkan wajah aku ke almari yang aku nampak benda tadi. Makhluk tu memunculkan diri. Jelas kelihatan wajahnya yang hodoh dengan rambut yang kusut masai. Aku menjadi down dan terus pengsan.

 LONELY (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang