11 : Last song

125 45 4
                                        


Erman ialah kawan sekelas dan teman serumah aku. Kami sama-sama belajar di sebuah sekolah menengah. Dia ni ada tabiat pelik, dia suka sangat menyanyi satu lagu yang sangat sedap didengar tambahan lagi Erman ni mempunyai suara yang merdu. Lagu tu dia akan ulang nyanyi sampai aku pun dah muak dengar tapi aku tak nak tegur sebab takut dia berkecil hati.

Masa ni jam menunjukkan pukul 3:00 pagi, Erman yang baru saja keluar dari biliknya secara tiba-tiba meluru ke arah aku dan terus tersenyum. Aku berasa agak seram sejuk time tu so aku nak blah dari situ sambil membawa cawan yang berisi air milo. Baru sahaja aku berdiri, Erman bersuara dengan nada yang menyeramkan.

"Sebenarnya, lagu yang aku selalu nyanyi tu ialah lagu kegemaran aku dan hari last aku nyanyi masa aku mati dalam kemalangan jalan raya."

Aku tergamam mendengarnya, cawan di tangan terlepas dan berderai di atas lantai, suasana menjadi gelap. Aku pitam pada hari itu.

 LONELY (COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang