Afraid. Be very afraid...
Alien. Itulah gelaran yang diberikan kepadaku. Nama sebenar aku ialah Arryiels Lyzryl Iskandar Ezack Bin Eric Nylxhavier. Campuran Inggeris British sebelah daddy aku dan Melayu Cina sebelah mommy aku. Muka aku boleh tahan kacaknya biasalah kalau mix ni.
Aku bersekolah di sebuah sekolah swasta di mana pelajar yang ditempatkan hanya lelaki. Tahun ni tahun terakhir aku bersekolah. Tapi aku tak pernah stay asrama sebab aku tak suka terikat dengan peraturan ketat asrama. Tak boleh bawa gadjet dan tak boleh buat asrama macam hotel. But, aku tahu dekat mana-mana sekolah mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi tapi dekat sekolah aku ni peraturan dia longgar sikit. Cuma aku still tak suka masuk asrama.
Peraturan longgar tapi mampu melahirkan pelajar yang hebat belaka? Hahahaha, sebenarnya sekolah ni unik sikit. Kalau dia tahu salah seorang pelajarnya bercinta automatik terus buang sekolah. Yes, sebab perempuan adalah titik kelemahan lelaki. Jatuh cinta pun boleh buat orang depress teruk.
Sebenarnya aku nak cakap pasal asrama tapi melalut pula pergi promote sekolah aku dekat korang. Asrama aspura sekolah ni sebenarnya ada 3 blok iaitu blok 5A, 5B dan 5C. Ehh, macam mana aku tahu? Sebab aku pernah curi-curi masuk asrama time form 2.
Asrama ni biasa-biasa saja bagi pandangan orang biasa tapi tak bagi aku. Hijab aku yang terbuka ni merupakan punca utama aku melihat benda yang tak kesat mata. Aku pernah tengok hantu takde kepala pastu tengah bercakap dengan seorang hantu budak perempuan yang memakai gaun merah muda. Huh, ghost communication.
Tapi ada satu malam tu yang buatkan aku terus insaf nak curi masuk dekat dalam asrama lagi. Malam tu malam jumaat keliwon, aku baring dekat lantai dengan Aiman. Pastu dah dekat jam 10:30 malam member aku pesan jangan sebut perkataan "merah" apapun kalau ada orang ketuk pintu atau tingkap tepat jam 12:00 tengah malam.
Dan aku hanya mengiakan apa yang telah dia pesan kepada aku. Mulalah penyeksaan apabila terasa mata aku susah nak lelap dan cuaca malam tu terasa seperti berada dalam ketuhar. Padahal kipas dah pasang nombor 6 tapi tetap rasa panas membahang.
Aku pun buka baju tayang six pack aku ni. Hahahahaha, benda biasa yang lelaki buat kalau panas tapi perempuan jangan buat pulak sangat dilarang keras. Masa dalam keadaan separa sedar, aku dengar ada orang ketuk pintu pastu bagi salam.
"Assalamualaikum...kum...kum."
Time tu juga aku terpandang sesuatu yang melayang.
"Ehh, asal kain merah tu melayang." masa ni jugalah aku sebut benda alah ni.
Tiba-tiba,
Kbom!!!
Ktap!
Ktap!
Ktap!
Bunyi pintu dan tingkap terhempas dan diselangi bunyi tapak kaki seseorang. Aku secara tak sengaja terpandang seorang perempuan dalam rupa buruk yang hendak mencekik aku. Mulut aku terkumat-kamit membaca ayat Al-Quran dan aku terlepas dari dicekik hantu tersebut. Kedengaran tawa mengilai disusuli tangisan bayi dan ketika itu mata aku semakin memberat.
Keesokannya, kecoh asrama dengan aku yang jatuh pengsan di tingkat bawah asrama. Buat malu aku jer. Aku pun dikenakan denda untuk membasuh tandas lelaki dengan kesalahan menceroboh asrama tanpa kebenaran. Tapi yang peliknya apasal aku boleh berada dekat tingkat bawah sedangkan dorm kawan aku tu berada di tingkat 3. Ianya tetap menghuni kepala otak aku sehingga sekarang. Ketika ini aku sedang nampak seorang mak cik yang memandang tajam ke arah aku. Aku tahu dia bukan manusia biasa macam aku dan orang yang tengah membaca. Atau jangan-jangan kau pun tak kesat oleh mata manusia? Fikirlah sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
LONELY (COMPLETE)
Horreur⚛ 1st STORY BY THEgiant_bears Mari, jangan takut jiwa muda. Berdampinglah denganku. Ku janjikan kekayaan, kekuasaan dan segalanya di dunia ini sebagai milikmu. Dialah iblis bertopengkan malaikat yang selalu datang menjengah mencari kesempatan dala...
