Bab 11 : Syamri - Kehadiran Sheila

1.8K 29 13
                                    

Syamri meludah kahak dari dalam kerongkong. Telinganya berdesing apabila mengingati cemuhan yang dilempar oleh Sahak. Selepas kematian Sheila, Sahak seperti memusuhi dirinya. Ada sahaja yang membuatkan mereka berdua bertelingkah. Tambahan pula, lewat ini Syamri berubah menjadi perengus. Mudah naik angin. Pantang dicabar begitu mudah melenting.

Syamri menerjah masuk ke dalan rumahnya. Pintu yang berdaun kembar ditolak kasar. Berdentum dek berlaga dengan dinding. Mujurlah papan dinding tidak luruh dihempas pintu.

Syamri menginjak ke dalam rumah. Papan lantai berkeriuk hasil dari pijakan keras. Tatkala susuk tubuh lelaki itu berada di tengah ruang, muncul deruan angin memupuk pada wajahnya.
Syamri tersentak. Namun langsung tidak mengendahkan kejadian itu. Sedikit pun tidak berasa aneh dengan kemunculan angin yang menyapu wajahnya.

Pabila memandang ke arah pintu bilik yang pernah didiami oleh adiknya. Rasa sayu mula menjelma. Kesedihan di atas kehilangan orang yang disayangi ternyata amat payah disingkirkan. Disedari olehnya, genangan air mata hampir memenuhi tubir mata. Lalu jari menyeka kelopak agar air mata tidak tumpah ke pipi.

"Sheila. Aku akan tuntut bela di atas kematian kau. Aku takkan lepaskan orang yang telah seksa hidup kau." Gumam Syamri.

Dalam berkeluh-kesah, dia tekad untuk melunaskan dendam pada Haidir. Sangkanya, dengan menyeksa dan membunuh Haidir akan menjadi penawar mujarab pada kesakitan yang sedang ditanggungnya. Sekaligus melenyapkan rasa bersalah terhadap Sheila.

"Grrrrr... Grrrr... Grrrr.."

Telinga Syamri menangkap bunyi ganjil dari dalam bilik arwah Sheila. Bunyi aneh yang tiba-tiba muncul itu kedengaran seperti seekor haiwan sedang menderam.  Mungkin ada haiwan liar yang menyusup masuk ke dalam rumah ini. Mungkin juga haiwan itu sedang mengancam sesuatu.

Dengan langkah berhati-hati, Syamri menyusup masuk ke dalam bilik arwah adiknya. Sambil matanya melilau ke  segenap ruang. Dia harus berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Terdetik di dalam fikiran bahawa ada tetamu yang tidak diundang yang sedang bertandang di dalam rumahnya. Andai hajat tetamu itu elok, maka elok jawabnya. Andai bukan, pastinya akan diusir dengan cara yang munasabah.

Sebatang penyapu yang berada di penjuru bilik diambil untuk dijadikan senjata. Dia perlu bersiap-siaga. Bunyi deraman haiwan semakin nyaring seolah-olah seperti petanda satu ancaman. Deria pendengaran Syamri cuba menangkap dari mana datangnya bunyi itu sedangkan matanya tetap meneliti pada segenap ceruk.

Tanpa disangka, seekor makhluk berbulu terjun dari kekuda bumbung dan jatuh tepat di hadapan Syamri. Serentak dengan itu, Syamri melompat kebelakang. Tindak balas spongan kerana terkejut namun keberaniannya tidak tergugat.

Makhluk berbulu yang muncul itu adalah seekor musang. Apabila diteliti saiznya lebih besar dari musang yang biasa berkeliaran di kawasan kampung itu. Bulunya bercampur antara warna perang dan sedikit keemasan. Mulutnya dinganga hingga menampakkan giginya yang halus dan tajam. Mata haiwan itu yang tajam mula melingas sambil kukunya mencakar lantai kayu.

Musang itu sekadar berlegar-legar di hadapan Syamri. ianya belegar sebanyak tiga pusingan sebelum menerjah keluar melalui pintu yang terkahang. Pergerakan musang itu begitu lincah tanpa sedikitpun mengancam Syamri. Makhluk itu ghaib dengan sekelip mata.

Syamri tercengang. Mujurlah musang itu tidak menerkam pada tubuhnya. Belum sempat digertak, haiwan itu begitu pantas melompat untuk melarikan diri dari rumah itu. Syamri meletakkan penyapu yang dijadikan senjata setelah kelibat musang diyakini tidak akan kembali lagi. Dia menarik nafas sebelum meraup wajahnya untuk menzahirkan rasa lega kerana terlepas dari ancaman binatang liar sebentar tadi.

Syamri duduk bersandar pada dinding bilik. Dia mendengus sambil melepaskan sebuah keluhan. Kehadiran seekor musang tidak menjejaskan runtun jiwanya. Malas kepiluannya semakin bertambah apabila berada di dalam bilik arwah adiknya.

JELMAAN BIDADARIWhere stories live. Discover now